Wednesday, September 16, 2009

antara takut dan harap

Bismillah.

Moga di malam-malam terakhir ini kitaterus bersemangat berusaha untuk meraih cinta-Nya yang Maha Hebat. Allah swt memberikan kita kemudahan dalam memilih ke jalan kebaikan dengan takut dan harap. Takut daripada menerima azab-Nya dan murka-Nya tetapi memberi harapan yang indah-indah dengan balasan syurga yang tak terjangkau akal kita untuk membayangkan kehebatannya.

Menurut Fudhail bin Iyad, adalah lebih baik seseorang hamba itu mengharapkan syurga dan cinta Allah daripada melakukan sesuatu kerana takut kepada murka Allah. Oh, bayangkan saja jika seseorang itu patuh kepada kamu kerana takut dimarahi kamu. Seorang lagi melakukan sesuatu atas dasar mahu mengharapkan kebaikan daripada kamu. Seorang yang lain pula melakukan apa saja atas dasar mencintaimu. Pastinya hati kita lebih senang dengan orang yang ketiga. Melakukan sesuatu kerana kecintaannya dengan tulus ikhlas.

Tetapi menurut Fudhail bin Iyad lagi, adalah lebih baik seseorang hamba itu mentaati Allah atas dasar mengharapkan syurga daripada takutnya terhadap azab siksaan di kemudiannya. kerana ketaatan dengan harapan akan membuahkan kecintaan. Begitulah tingkatan iman seorang hamba. Tiada salahnya jika mentaati Allah kerana takutkan azab-Nya, tetapi adalah lebih baik jika kita melakukan sesuatu kerana mengharapkan kebaikan daripada Allah. Malah yang paling baik ialah melakukan sesuatu atas rasa cinta kepada Allah.

Mari bercinta dengan Allah.
Sedikit hadiah buat semua ^_^


No comments: