Tinggal 2 hari untuk kembali kepada fitrah. Ah, apakah tamat tempoh berada di kepompong Ramadhan ini saya akan keluar menjadi seekor kupu-kupu suci nan indah? Tinggal dua hari untuk mencuci diri dan membentuk diri untuk bersedia menghadapi hari-hari seterusnya yang penuh cabaran nanti. Apakah saya telah bersedia?
Terlalu banyak yang berselirat dalam benak saya. Entah kenapa, untuk menghadapi dua hari akan datang seperti menghadapi episod yang paling mendebarkan dan menyedihkan. Sepertinya saya mahu duduk dalam kepompong Ramadhan ini lebih lama. Sepertinya saya enggan keluar dan menghadapi dunia penuh cabaran itu. Berakhirnya Ramadhan tahun ini, bererti saya perlu menghadapi seribu satu persoalan kehidupan yang bakal menggundahkan jiwa.
Benar. Kehidupan selepas Ramadhan ini merupakan episod transisi dalam kehidupan saya. Transisi alam pekerjaan ke alam pekerjaan yang mendebarkan. Transisi alam kanak-kanak ke alam dewasa yang menggerunkan. Transisi daripada satu tempat yang sungguh selesa kepada entah ke mana saja yang mungkin saya ditempatkan sebagai guru kelak. Semuanya cukup mendebarkan. Saya seekor beluncas yang bakal terbang bebas sebagai kupu-kupu tetapi terasa sangat takut terhadap kebebasan tersebut. Mungkin saya seekor beluncas yang belum cukup matang. Mungkin sememangnya saya seekor beluncas yang sepatutnya mendapat 'time-extend' untuk berada lebih lama di dalam kepompong. Atau mungkin saja saya patut menjadi belalang seperti adik-adik yang berada di negara peti sejuk? Tetap melompat dengan cergasnya biar apa pun situasi mereka.
Tamat saja membaca buku Detik-detik hidup IHAB, seperti meniupkan semangat baru untuk saya. As-Syahid IHAB, seorang guru dan pendidik berjiwa besar. Tidak dapat dinafikan, beliau memang sangat mengkagumkan. Bila ditempatkan saja di Ismailiyah oleh kementerian pelajaran, di situlah mula dakwah mekar hasil tanaman dan penjagaan yang rapi. Malah saya kagum dengan pendirian IHAB yang sungguh teguh. Sehinggakan ketua pengarah pelajaran pun kagum dengan apa yang diusahakannya lantas menjadi salah seorang anggota IM.
Saya cukup suka dengan apa yang dilakukan oleh IHAB. Kesatuan dan perpaduan, bukan setakat dengan gagasan yang diuar-uarkan tetapi menerusi praktikalnya! Apabila IHAB tahu bahawa masyarakat di sana berpecah belah, diusahakan apa saja cara untuk menyatukan mereka. Islam itu satu, dan kita sebagai muslim itu bagai satu keluarga. Biar bagaimana pun sesetengah kumpulan itu bekerja pastinya mereka juga berusaha untuk menegakkan Islam kembalil, bersama mahu membaiki rumah kita yang sedang terbakar dan hampir roboh ini walau dengan cara yang berbeza. Mengapa perlu lihat pada perbezaan yang sedikit itu sedangkan kita punya persamaan yang lebih besar. Ah, saya sungguh tidak gemar apabila ada pihak yang menuduh sesetengah pihak itu kerjanya tidak syumuliah dan sebagainya. Kenapa tidak kita mendoakan pihak yang sebelah sana itu juga moga-moga kerjanya dan kerja kita dua-dua ada kebaikannya di sisi Allah? Saya suka dengan peringatan daripada tulisan ini dan ini.
Melihat kepada personaliti IHAB yang sungguh mengkagumkan itu, harus dilihat juga kepada permulaan hidupnya dan bagaimana dia dibesarkan. Bermula daripada fitrah, sejak dari kanak-kanak lagi IHAB dididik untuk menghargai ilmu dan Islam. Malah IHAB melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Damanhur ketika usianya baru 13 tahun! IHAB ialah pelajar termuda ketika itu. 3 tahun selepas itu dia ke Darul Ulum (kini Cairo Uni.) ke peringkat ijazah. Malah IHAB berasa serba salah untuk melanjutkan pelajaran lagi. Petikan dari buku tersebut:
Saya selalu menyoal diri saya, "Mengapa kamu hendak memasuki Darul Ulum? Adakah kamu menginginkan pendidikan yang lebih tinggi kerana mengejar kekayaan? Adakah kerana kemegahan? Adakah kerana hendak mendapatkan khazanah ilmu kerana hendak menandingi ulamak terkenal; atau kerana hendak bertengkar dengan orang-orang jahil; atau hendak mengatasi orang lain agar hak-hak kamu tertegak?" Teringatlah saya bahawa sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana mencari keredhaan Allah dan dia juga tidak mengamalkan ilmu itu, maka dia akan menerima balasan api neraka.
Subhanallah. Satu peribadi yang hebat bermula daripada pendidikan sejak fitrahnya. Andai melihat kepada masyarakat Islam sekarang terutamanya yang berada di sekeliling kita, betapa kita sudah lari daripada kefahaman Islam yang 'fitrah' dan suci. Melihat anak-anak kecil di kaca tivi dipromosi hebat dengan hidup glamer dan hiburan. Seolah-olah itulah realiti kehidupan yang sepatutnya setiap daripada mereka hadapi untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Betapa nilai fitrah Islam itu telah tenggelam dalam kabus dan kekeliruan ciptaan manusia dunia. Saya sendiri kaget, andai begini keadaanya sekarang. Cabaran menjadi pendidik dan ibu bapa itu tidak seharusnya dipandang ringan. Kita berada di zaman masyarakat muda yang telah kecundang akhlaknya. Hidup dalam bayang-bayang dan angan-angan.
Hati saya pedih. Manusia sibuk dengan fantasi. Seperti mengejar bayangan bola cuma, atau mungkin mengejar bola tanpa ada tiang golnya. Bermain sehingga penat, mengejar yang tidak kesudahan. Oh, masyarakat yang kelihatan hebat hanya pada sertifikat dan bangunan bertingkat-tingkat, tapi kecundang untuk mengenali hakikat.
Bangunlah, mimpi sudah tamat. Tanya pada diri, apa yang kau bawa untuk akhirat?
Di perayaan fitrah, ayuh kita kembali kepada fitrah.
Islam yang fitrah.

No comments:
Post a Comment