Tuesday, September 8, 2009

pekak dan bisu


"Sakit telinga aku dengar apa kau cakap ni. Penat dah!" Akhirnya dia meluahkan isi hatinya. Hati saya bergetar. Saya cuba mengawal air muka daripada berubah, cuba tersenyum walau jantung semakin kencang berdegup. Harapnya darah tidak terlalu banyak dihantar ke otak dan membawa haba berlebihan lantas otak tidak mampu berfikir dan bertindak sewajarya.

"Kalau tak nak dengar, tak payahlah dengar," Saya cuba menyambung bicara. "Saya akan tetap cakap dan saya tak akan rugi apa-apa pun.."
"Dah, aku tahu kau nak cakap yang kau cakap ni akan tetap dapat pahala. Baiklah mari kita cakap semua yang akan dapat pahala..Subhanallah, Alhamdulillah.." Cepat dia memintas.
"Ha..bagus macam tu," Saya cuba menggembirakan hati. Malas mahu berfikir niat sebenar dia berbuat demikian. Memang selalu saja dia bernada sinis dengan saya. Tapi moga kali ini dia benar-benar mengharapkan kebaikan daripada zikir yang diucapkan.

Keadaan hening seketika. Masing-masing menyambung makan juadah berbuka. Kali ini bertukar topik kepada makanan pula. "Ah, kenapa mudah sangat bila mahu berbicara dengan kamu tentang pelbagai perkara, tetapi tidak mengenai Islam!" Dalam diam hati saya berbisik.

Usai makan dan berkemas saya masih mencuba untuk membuatnya berfikir.
"Perasan tak, kalau kita gembira atau dapat tahu sesuatu yang best, kita mesti rasa excited nak bagitahu kat orang lain?"
"Where does that theory comes from?" Dia menjawab acuh tak acuh. Atau mungkin dia juga sedang menduga.
"Macam ni, kalau kita dapat tahu ada tempat best yg tengah sale, mesti sangat excited nak bagitahu orang lain juga kan?" Oh, Tuhan saja tahu betapa sebenarnya hati saya berdebar menunggu responnya!
"Mestilah. Sebab kita harap orang pun buat macam tu kat kita. Bila tahu ada sales yg best, harap orang bagitau kita juga."
"Ha, betul! Sebab tu lah saya excited sangat nak bagitahu pasal tadi. Bukan nak tunjuk lagak ke ape. Tapi sebab saya rasa best dan saya suka kalau orang lain pun bagitahu saya benda yang sama. Ingatkan saya tentang itu."
"Nak kaitkan apa? Pahala dengan sales tu? Dah agak dah. That's why I asked you, Where that theory comes from? Duh! Kalau kau buat macam ni, mesti anak murid akan ingat kau ni pelik."
"Haha. I don't mind that. Memang saya buat macam tu pun. Though, it will be good as ..."
"Ye, aku tahu. Aku tak cakap pun tak baik, kan? Tapi you are going to be 1 in a billion people who would do this. Faham tak?" Cepat betul dia memintas.
"Oh. Jadi apa masalahnya?" Saya cuba mendapatkan kepastian.
"You're a FREAK."
Oh Tuhan, dia masih belum faham. Kami hamba-Mu yang lemah, mohon dengan rahmat-Mu berikanlah kami kefahaman dan kesabaran..

Usai fardhu Maghrib, saya cuba mentadabbur beberapa kalam Allah. Sangat menenangkan. Tiba di sepotong ayat, saya terkesima sebentar. Astaghfirullah. Betapa saya mengharap dia dapat membaca ayat-ayat ini. Betapa ayat ini berupa peringatan yang sungguh menggetarkan!

Sesungguhnya binatang [makhluk] yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan bisu yang tidak mengerti apa-apa pun. (22) Kalau kiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan jika Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri [dari apa yang mereka dengar itu]. (23) Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan. (24) Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya. (25) (8: 22-25)


2 comments:

Mar said...

memilih antara redha Allah dan redha manusia bkan mudah, lg2 dgn org yg rapat & dekat dgn kte..

LeEd, keep writing! ur life stories inspired me =)

Mama Hazim said...

jzkk mar =)

redha Allah always #1
tidak bermakna hidup tanpa redha Allah.
moga kita terus tsabat dan diberi kekuatan utk melakukan setiap sesuatu kerana-Nya!