Monday, December 10, 2007

Surat Cinta



Terfikir untuk buat entry pasal ni when Ija mentioned about this during our "lunch outing" today. Entah kenapa dua tiga hari ni I didn't feel very well, pening, dehydrated etc. Hari sabtu hari tu, bangun saja tidur rasa macam kepala ni kena hantuk 15 kali. Sakit sangat. Tapi, biasalah boleh lagi buat selamba bila ayah suruh tolong seterika baju dia. Tapi lepas tu memanglah tak tahan. Telan juga panadol. I'm not the type yang suka makan ubat. Kalau boleh, memang takdenyer nak telan 'drugs'. Dan lepas tu 'pengsan' sampai tengah hari. Yang bestnya, mak saya datang tolong picit-picitkan kaki. Hehe.. ;p

Semalam tidur semalaman di Tanjong Malim menemani mak saya yang ada exam untuk seminggu ni. Tolong teman untuk drive malam sebenarnya. Pagi tadi ada paper, so malam tadi sibuk mak study. Ingatkan nak la tolong sikit-sikit. Last-last, saya 'pengsan' dulu. Memang tak biasa tidur lambat pun..

Pagi tadi nak balik rumah. Tapi singgah dulu KL untuk jumpa Ija. Ija nak balik kampung esok, jadi dia nak buat diskusi sikit sebelum berangkat ke sana. Lagipun dah lama tak jumpa dia. Sejak paper last hari tu (Hehe..). Mula tu penat sebab pusing-pusing Low Yat sorang-sorang cari barang yang mak pesan, lepas tu jumpa Ija kat KL Sentral. Penat sangat sampai tak larat nak cakap banyak bila jumpa Ija. Lepas solat Zuhur, rasa cam dah OK sikit. Pergi masjid Jamek sebab Ija nak cari hadiah untuk adik saudara dia. Saya pula ajak Ija singgah di Pustaka Mukmin untuk cari buku. Untung-untung jumpa buku berbahasa Inggeris tentang kisah-kisah Nabi. Belilah untuk hadiahkan kepada adik-adik saya (Lagipun gambar dia cantik dan menarik, warna-warni gitu ;). Masa tu excited sangat nak pilih buku sampai tak terasa penat, lapar dan dahaga. Tapi tiba-tiba bila rasa badan dah berpeluh sejuk macam nak pitam, terus cakap kat Ija nak stop makan dulu. Kesian Ija, terpaksa melayan karenah orang yang banyak karenah ni. Huu.. Alhamdulillah tak pitam betul-betul je. Kalau tak, haha.. Tak terbayang. Kesian la Ija..
Ija memang penyabar :D
My fault juga sebab tak jaga kesihatan sangat. Lama tak exercise. Ingat buat kerja-kerja rumah (plus angkat Ammar yang beratnya dah 20 kg ke hulu ke hilir) dah cukuplah untuk jadi exercise. Maybe I should start jog from tomorrow onwards.

Surat cinta.
Apa perasaan bila dapat surat cinta?
Suka? Gembira? Seronok? Teruja? Rasa macam nak terbang hingga ke bintang-bintang?
Mestilah rasa hati ni berbunga-bunga, seronok tak terkira. Betul tak?

Tapi,
kalau orang yang bagi surat cinta tu tulis dalam bahasa lain, yang kita tak faham.
Atau mengandungi kod-kod rahsia atau simbol-simbol yang misteri.
Adakah kita akan membiarkan sahaja surat itu diselubungi misteri,
mengandungi rahsia dan tidak melakukan apa-apa untuk memahaminya?
Apatah lagi surat itu ditujukan khas untuk kita. Yang si pengirimnya, telah bersusah payah dengan sepenuh jiwa dan raganya menulis bait-bait indah untuk kita.
Kalau saya, mesti sangat excited nak tahu apa yang pengirim tu bagi. Amboi, siap nak main rahsia-rahsia dan misteri. Lagi la teruja! Macam Dan Brown's The Da Vinci Code dan Digital Fortress pula. Seronok!

Ini hanyalah fantasi saya sahaja.
Surat cinta yang saya ingin jelaskan sebenarnya ialah surat cinta dari cinta Yang Utama.
Cinta di atas segala cinta.
Surat cinta yang merupakan kalam Allah yang kita baca setiap hari.
Bukankah, jika kita hanya membaca tanpa memahami apa maksudnya yang sebenar seperti membaca kod-kod rahsia tanpa memahami maksudnya. Mampukah kita mendalami dan menghayati ayat-ayat indah dalam surat cinta itu sekiranya kita sendiri tidak faham. Betapa ruginya jika kita langsung tidak berusaha untuk memahami maksud daripada surat cinta yang Agung ini? Jika kita boleh menjadi teruja sekiranya mendapat surat cinta daripada sang pencinta dunia, bukankah sepatutnya kita menjadi lebih-lebih lagi teruja kepada Cinta yang di atas segala cinta? Surat cinta daripada sang Pencipta kepada ciptaan-Nya. Kiranya surat cinta yang paling Agung la, kan?

So... Rugi tak kalau kita tak faham surat cinta ni?

"Apakah tidak cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Kitab (al-Qur'an) yang dibacakan kepada mereka? Sungguh dalam (al-Qur'an) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman." (29:51)

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan memiliki mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi..." (7:179)

Kalau al-Maududi (seorang pemikir Islam di Pakistan/India), dia mengibaratkan al-Qur'an seperti suatu preskripsi doktor. Sekiranya kita tidak cuba fahami dan lakukan apa yang ditulis, tidak mungkin kita dapat mengubati penyakit kita. Dan diibaratkan orang yang hanya membaca duduk dan membaca preskripsi itu, dengan harapan untuk menyembuhkan penyakitnya, samalah seperti orang yang gila. --> Macam kita baca buku Medic dalam bahasa Rusia, kalau setakat baca, tak faham pun, tak boleh nak buat apa-apa.

Al-Qur'an juga boleh diibaratkan seperti sebuah manual kehidupan. Dalamnya terkandung panduan untuk kita mengharungi kehidupan. Kalau tak digunakan manual kehidupan ni sepenuhnya, mungkin tak diri kita ni di salah guna?

Al-Qur'an mempunyai seribu satu rahsia, karya paling Agung untuk manusia. Juga satu mukjizat yang kekal sehingga ke hari ini. Tapi, kelakarkan bila kita boleh nak bersengkang mata baca novel dan komik sampai tergolek-golek, nak baca al-Qur'an lama-lama sikit pun payah, apatah lagi nak fahamkan? Sedangkan novel dan komik tu hanyalah ciptaan manusia yang ilmunya tak seberapa... ;)


Make it a must to have a tafsir with you ~
May Allah bless ~~*

No comments: