Sunday, December 23, 2007

salam aiduladha ^^


assalamualaikum
I hope it's not too late for me to wish everyone, "salam aiduladha"
Hmm, so what does aiduladha means to you?
Apa erti Aiduladha buatmu? ececeh, cam iklan dove pula ;p

But seriously, I have to admit that I don't feel Aiduladha as a major feast here in Malaysia, as it should be.
and never was it. There's no need to blame anyone for that anyway..
So, I think I need to start thinking of what does Aiduladha should mean to me.
And here it goes...

Selalunya kita akan kaitkan aiduladha dengan pengorbanan. Dan cerita yang sangat masyhur mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.
Jadi, apa erti pengorbanan buatmu? (hehe..)

Oleh sebab tak ada orang lain yang nak menjawab, maka dengan senang hati saya ingin menjawab soalan ini. (daaa..~)

Apa erti pengorbanan buat saya?
Sukalah hati saya kiranya kita kembali mengambil contoh kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ini. Cuba kita fikirkan, bagaimana mereka sanggup melakukan suatu pengorbanan yang sungguh sukar, melampaui batasan kemanusiaan. Bayangkan seorang bapa yang sanggup menyembelih anaknya sendiri dan seorang anak dengan rela hati untuk disembelih. suatu pengorbanan yang mengatasi rasa kemanusiaan. Sekiranya kita memandang kisah ini dengan kaca mata seorang manusia biasa, kita akan melihat ia sebagai suatu yang mengarut, gila atau abnormal.

Jadi, apakah maksud disebalik arahan Allah supaya mereka melaksanakan pengorbanan ini? Konsep yang cuba dijelaskan ialah kemanusiaan dan rasa bertuhan.
Apa kaitannya?
Allah mengajar manusia untuk melaksanakan segala sesuatu atas dasar kepatuhan kepada Tuhan dan bukan didasari oleh faktor kemanusiaan.
Bagaimana ini terjadi?
Berbalik kepada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tadi, sekiranya mereka melakukan sesuatu atas dasar kemanusiaan, sudah tentu mereka tidak tergamak untuk melakukan pengorbanan itu. Tetapi, apabila mereka melakukannya atas dasar arahan Allah (bertaqwa), mereka rela melakukannya.

Cuba kita kaitkan dengan situasi hari ini.
1)Anda sayang ibu anda? (contoh jawapan: Mestilah sayang...)
2)Kenapa anda sayang ibu anda? (contoh jawapan: Apa punya soalan daa.. Ibu yang mengandungkan kita susah payah, nak bersalin tu lagi la, sakit woo.. jaga kita dari kecil, bagi makan minum, etc. etc..)

Ok, sekiranya jawapan anda ada la lebih-lebih kurang macam contoh jawapan di atas,
anda sebenarnya masih menyayangi ibu anda atas dasar KEMANUSIAAN.
Cuba kita lihat jawapan yang lain sikit,
Jawapan 2: Bukankah Allah yang menyuruh kita untuk berbuat baik dengan ibu bapa? seperti dalam al-Qur'an (29:8 )

Sekiranya seseorang itu hanya berdasarkan kepada kemanusiaan, mereka yang tidak dipelihara oleh ibu bapa, yang kurang mendapat didikan ibu bapa, akan mudah memberontak, mengasari dan menderhakai ibu bapa apabila rasa kemanusiaannya hilang. Tetapi, sekiranya orang itu berpegang kepada mengasihi ibu bapa atas dasar mentaati perintah Allah, orang itu akan lebihberhati-hati terhadap tindakannya dengan mereka.

Ada sebilangan orang yang lebih 'takut' kepada ibu bapa daripada takut kepada tuhan. Mereka tidak sanggup melukakan hati ibu bapa, maka dilakukannya perkara-perkara buruk di belakang mereka. Apakah mereka sangka Tuhan tidak tahu perbuatan mereka? Atau, sudahkan hilang rasa bertuhan? (nauzubillahi min zalik..)

Sekiranya kita menyayangi ibu bapa atas dasar kemanusiaan semata-mata, maka apakah bezanya kita dengan orang lain yang tidak beragama Islam?

Konsep kemanusiaan dan ketaqwaan ini tidak hanya tertumpu kepada konteks mengasihi ibu bapa sahaja, malahan apa sahaja yang melibatkan perasaan manusia. Persahabatan, cinta dan sebgainya, semuanya seharusnya didasari atas kepada ketaqwaan. Melakukan segala sesuatu kerana Allah.

Mengasihi orang yang lemah dan memerlukan - kerana Allah menyuruh kita berbuat baik kepada manusia.
Mengajak orang melakukan sesuatu yang soleh - kerana Allah menyuruh kita mengajak kepada kebaikan
Menasihati orang yang melakukan kesilapan dan kemungkaran - kerana Allah menyuruh kita mencegah kemungkaran.
Atasilah rasa kemanusiaan dengan ketaqwaan :)

Wallahua'lam

p.s: apa yang saya tulis, adalah mengikut sesuka hati saya. Sekiranya anda mendapati ia tidak benar, atau tidak bersetuju --> sila beri tunjuk ajar ... :D

No comments: