Bismillah.
Sudah sangat lama saya tidak menulis di sini, afwan ya! Bukan lama tak menulis, tapi selalunya tulisan saya terperuk dalam draft saja sebab mencari-cari waktu untuk menyelesaikannya..lalu tersimpan menjadi arkib sahaja.
Hari ini 31 Disember 2011, hari due date saya untuk kelahiran anak pertama. Tetapi ditakdirkan Allah, sang mujahid ini keluar dua minggu lebih awal iaitu pada 17 Disember 2011 jam 2.22 petang.
Allahu Akbar!
Muhammad Hazim, begitulah namanya. Hazim yang tekun, cermat, teliti, tegas, tabah dan segala yang positif seangkatan dengan maksud namanya, moga-moga!
Proses kelahiran yang sangat mengujakan. Bermula dengan turun tanda pada tengah hari Jumaat sehingga kontraksi yang sangat kerap di awal-awal pagi, lalu kami berkejaran untuk Subuh di Hospital Sungai Buloh. Alhamdulillah, terasa sangat dimudahkan Allah. Cuma saya terpaksa tersipu-sipu malu dengan diri sendiri yang tak berapa nak reti..haha. Mana tidaknya, disangka mahu terbuang air besar, rupanya bayi yang hendak keluar!
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah atas kebesaran nikmat-Nya. Jika mahu diungkapkan dengan kata-kata pasti tiada ayat yang sempurna mahu menggambarkan sebesar mana nikmat-Nya.
Lalu pada hari ini, genap 16 hari Muhammad Hazim berada di alam dunia penuh pancaroba. Sudah beberapa kali kami berulang-alik ke klinik dan hospital untuk mengambil darah dek kerana sakit kuning yang belum sembuh sepenuhnya. Pagi tadi ke hospital lagi. Kali ini untuk LFT kerana sudah lebih dua minggu tahap billirubinnya belum ke tahap normal. Subhanallah, moga kamu menjadi Singa Allah yang gagah berani! Tidak gentar diancam dan tetap kuat walau dalam kesakitan!
Alhamdulillah, setakat ini keputusan menunjukkan hatinya berfungsi normal. Cuma masih perlu diusahakan untuk menurunkan paras billirubin ke tahap normal. Yuk, Hazim sayangg! Kita terus berjuang!!