Friday, July 1, 2011

Mendewasa



Terasa sungguh cepat masa berlalu.



Suatu masa dulu sayalah budak yang selalu mencari alasan untuk tidak ke tadika supaya dapat menonton TV pendidikan di rumah.



Saya jugalah budak yang suka keluar dan masuk rumah melalui tingkap secara senyap-senyap kerana hendak keluar bermain.



Semasa darjah tiga, sayalah budak perempuan yang berani memukul budak lelaki yang malas nak buat tugasan bersihkan kelas.



Saya jugalah budak yang sangat selalu berada di atas pentas sama ada membuat persembahan atau mengambil hadiah atas kejayaan-kejayaan tertentu.



Ah, terasa sepertinya hidup menjadi budak-budak sangat bahagia. Hidup tanpa memikirkan susah payah dan hanya perlu bergembira. Horey, mari bersuka ria!






Pasti sangat aneh untuk membayangkan seorang dewasa melakukan aksi-aksi seperti saya di zaman kanak-kanak dahulu. Tetapi tanpa sedar begitulah kehidupan masa kini telah membentuk kita. Budaya menjadikan kita kekal dalam dunia kanak-kanak dalam tubuh seorang dewasa.






Bila seorang kanak-kanak asyik dengan dunia permainan mereka, kita juga diperkenalkan bermacam permainan yang mengasyikkan dan dicanang-canangkan kononnya permainan ini membuatkan kita kelihatan terkedepan, kool dan bergaya. Lalu apa bezanya kita dengan kanak-kanak?






Bila seorang kanak-kanak asyik dengan cerita fantasi, kita yang dewasa juga dijemput mengembara dalam dunia fantasi melalui tivi, muvi, tiub-u dan novel-novel entahpapa. Lalu apa bezanya kita dengan kanak-kanak?






Bila kelihatannya seorang kanak-kanak riang-gembira di atas pentas, maka si tua tak sedar diri ini juga mahu meriangkan dirinya menjadi pojaan hati penonton-penonton...tak kiralah giginya masih asli atau palsu dengan kilauan emas. Lalu apa bezanya kita dengan kanak-kanak?






Aneh sekali bila saat kita mampu untuk memberi jawapan skema, bahawa dengan meningkatnya usia harusnya seseorang itu menjadi lebih dewasa...realitinya yang berlaku hari ini, semakin meningkat usia..semakin menjadi kanak-kanak rianglah nampaknya orang kita yang masih perasan muda.






Mudah saja si lebih dewasa atau si lebih tua itu merasa jengkel melihat kenakalan kanak-kanak yang masih tidak berapa matang pemikirannya melakukan itu dan ini, tetapi tanpa sedar lebih-lebih jengkel lagi kita yang berusia bukan kanak-kanak lagi tetapi punya fikiran, perasaan dan keinginan seperti kanak-kanak. Kesian, kesian, kesian!






Seiring dengan peningkatan usia, maka saya terasa urgensi untuk lebih mendewasakan diri. Benar, tanpa sedar semuanya berada di bawah rencana Allah yang Maha Hebat itu sendiri. Kalau dahulu saya hanya sibuk memikirkan tentang diri dan lingkungan yang lebih kecil, Allah meletakkan saya untuk menggalas tanggungjawab yang lebih banyak mungkin supaya saya tetap berusaha keras untuk memaksa diri menjadi lebih dewasa.






Bukan saja muayasyah dengan adik-adik usrah, tetapi kini dengan keluarga yang lebih besar.



Bukan saja dengan kolej dan ipt tertentu, tetapi dengan pelbagai lapisan dalam masyarakat.



Terkadang tergagap-gagap juga untuk membiasakan diri untuk bersikap lebih dewasa. Cara bercakap, cara berfikir, cara bertindak..semuanya punya penilaian dan kesannya kepada manusia lainnya.



Kita bukan golongan eksklusif yang hidupnya berkisar dengan orang-orang tertentu sahaja. Tetapi kitalah sumber untuk membenihkan masyarakat kepada nilai hidup yang lebih baik, iaitu hidup dengan nilai Islam yang syumul.






Tanggungjawab tentunya melebihi masa yang ada. Lalu mengapa sepertinya ada waktu yang masih tersisa dengan sia-sia?






Ah, mendewasalah diri!!!



T_T



No comments: