Saya masih ingat saat itu.
Saat jatuh cinta pertama kali.
Hati sepertinya berdesir mengingatkan tentang cinta hati yang satu. Ah, malu bila mengingatkan. Bukan saya tidak pernah mengetahui tentang si dia, tetapi hari itu sepertinya saat pertama saya mula mengenal si dia dan entah bagaimana tanpa sedar saya sudah jatuh cinta dengannya, pertama kali. Mungkin sebelum ini saya belum pernah benar-benar mahu mengenal tentangnya. Mungkin kerana saya segan untuk kelihatan beria-ia terhadapnya. Atau mungkin saya yang mudah saja terpengaruh dengan kata-kata orang sehingga saya tidak melihat sisi-sisi indah padanya.
Ah, malu.
Tapi saya semestinya patut bersyukur pada Allah yang mengurniakan rasa cinta itu padanya. Mungkin jika tiada rasa cinta itu, sayalah manusia paling rugi di alam buana. Kerana rasa cinta itu saya mula cuma mengenalnya dengan bersungguh-sungguh dan menghargai kehadirannya buat diri saya.
Geram.
Geram.
Geram.
Saat orang-orang lain memperlekehkannya.
Bila orang memandang rendah pada kesempurnaannya.
Pada orang yang menjauhkan orang lain daripada mengenalnya, malah mengejek orang yang cuba untuk mencintainya.
dan saya paling geram pada diri sendiri
saat diri ini seolah mempermainkan cinta yang satu masa dahulu pernah diungkap.
Cinta bukan sesuatu yang harusnya berlegar di dalam hati cuma
tetapi perlukan bukti dari perbuatan kita...
Lalu apa buktinya cinta saya?
Apa buktinya cinta saya pada Islam, anugerah terindah dari Al-Khaliq buat sekalian alam?
Saya mencintainya yang membuatkan saya malah terasa lebih dekat dan cinta dengan Tuhan.
Saya mencintainya kerana Islam itu membuatkan saya malah lebih baik daripada dahulu.
Saya mencintainya kerana berjuta kebaikan yang dibawa bersamanya untuk seluruh makhluk Tuhan.
Saya mencintainya saat saya mula mengenalnya kembali.......
dan betapa saya berharap manusia lain juga bisa merasai kehebatan cinta ini.
tetapi sejauh mana telah saya berusaha agar manusia lain dapat merasai getar cinta ini?
No comments:
Post a Comment