Tuesday, October 26, 2010

Syurga di hatiku


"Adik tu tak bawa buku pun, tak tulis apa-apa pun time pengisian!" Ukhti itu mungkin aneh pertama kali melihat gelagat adik yang begitu.

Lalu saya terkenangkan kembali ketika saya di program pertama, terlalu ghurobaa kerana peserta yang lainnya berpakaian jubah dan tudung labuh sedangkan saya berpakaian ala-ala peserta perkhemahan. Oh, sebenarnya saya memang ingat program 'ini sejarah kita' tu adalah satu program advencer menjelajah hutan belantara dan melihat tinggalan sejarah berharga. Lalu rasa tertipu dan marah kerana rupanya program ni macam ceramah je. Tapi sebab saya ni muka tak tahu malu, lepak je la dengan muka seposen nak dengar ceramah tu half-hearted pada mulanya. Menariknya, penceramah tu perasan saya tak ada buku dan pen. Lalu diberinya saya kertas supaya saya boleh conteng-conteng dan alhamdulillah, dengan kertas itulah saya membawa bekal berharga pulang ke rumah sehingga demam dan rasa dunia dah terbalik sebab separuh percaya....."ha, kita kena buat dakwah ke?"

Ha, dan juga teringat betapa kelakarnya saya yang awal-awal dulu suka ke program dengan sebuah buku kecil untuk mengambil autograf semua orang (sedangkan lepas tu memang jumpa orang yang sama je selalu..haha malunya) Pernah di program pertama saya (masa belum join usrah), ada seorang kakak mengajak seorang peserta ni untuk hadir ke walimahnya. Saya yang pada waktu tu tak tahu pun yang ukhti ni rupanya anak usrah kakak ni dengan menyibuk dan tak tahu malu pun terus je cakap, "akak tak nak ajak saya sekali ke?" =P

Ah, yang menjadi kenangan terindah saya..
autograf dari kakak dulu, "Jom masuk syurga!"
dan waaaaah, alhamdulillah akak memimpin saya untuk menjadi saya seperti hari ini.
Terima kasih kakak, terima kasih Allah!!!

Kini, tanggungjawab dan peluang saya pula mencipta kenangan terindah buat adik-adik.
Kenangan indah dipuput bayu hidayah dan menghidu haruman mekar iman yang menyegarkan lantas membuatkan hidup yang dilalui lebih bererti.
dan meletakkan motivasi hidup untuk meraih syurga Allah.
Kenapa?
Kerana di syurga saja kita bisa bertemu dengan Allah!
Kerana syurga Allah itu janji-Nya buat mereka yang berusaha untuk mengharapkan redha-Nya!

Ah, mari memburu syurga..berlari merebutkan tiket ke syurga sebelum kehabisan!
dan peluang itu cuma sekali...melakukan yang terbaik sebagai abid dan khalifah Allah di dunia!
yuk...........semangat!!!!!




6 comments:

salsabil_3001 said...

peristiwa itu menjadi pengajaran buat diri ini agar lebih berhusnuzhon.. cantikkan tarbiyah?

kuchinque said...

Yang kurik itu kawah,
yang merah itu darah,
yang cantik itu dakwah,
yang indah itu tarbiyah.

Wah, Kak Sal baca belog saya!!
(excited state :P)

kak aii said...

haha..me oso dtg usrah dulu2 dtg berlenggang kangkung je..hihi..yg dgr pun ntah masuk kepala ke tidak. apa yg penting, Allah masih panjangkan langkah sy utk terus ikut, wpun tak berapa nak faham.

semut said...

comel la ceritera akk dulu2
sungguh!
kalau sy ada adik camtu, saya cubit2 pipi dia.

comel sungguh!

SaufiahAzZahrah said...

salam

mari kita berebut2 nak tolong adik2 angkat beg mereka ketika nak naik tren...
manalah tahu boleh mencetak ber-orang2 lagi KD al-khodijah.

kuchinque said...

oh, kalau boleh saya nak mencetak org macam kakak la!