Tuesday, October 5, 2010

Hilang taring

Tempoh hari saya menerima hadiah sebuah buku. Sangat-sangat gembira kalau dapat hadiah buku, tak kisahlah kalau buku tu bertulis ataupun kosong, asalkan buku. Kalau buku bertulis, boleh dibaca. Buku kosong pula, boleh ditulis. Bila saja buka bungkusan tu, tergamam dengan tajuk. “Menjadi Pemimpin Super: Membentuk Pemimpin Dunia Akhirat dengan Prinsip Kubik Leadership” terbitan PTS. Wah, gawat deh. Hebat sungguh tajuknya, tiba-tiba rasa macam berat sangat nak baca. Penampilan kulit buku saja pun dah gempak.Tarik nafas, selak-selak sikit…dan terjumpa kisah yang menarik ni…

Kisah Gajah (versi ubah suai oleh saya: maaf ayat dalam buku ni agak monotonous)

Dalam sebuah hutan nun di Irian Jaya, tinggal seekor gajah liar yang sentiasa menjadi buruan. Setelah beberapa lama, akhirnya gajah liar ini berjaya dijejaki oleh seorang pemburu lalu ditembak dengan senapang bius. Ketika tidak sedarkan diri, gajah liar ini diikat kakinya dengan rantai besi yang diikatkan pada pokok yang sangat besar. Apabila sedar, gajah itu lapar dan berjalan mencari makanan. Namun ia jatuh kerana kakinya telah dirantai pada pokok. Gajah liar mencuba berkali-kali tetapi gagal. Gajah itu menjadi penat dan semakin lapar.

Akhirnya gajah itu berhenti kerana kepenatan. Penjinak binatang datang membawa seikat rumput kering dan diletakkan berhampiran dengan gajah liar itu. Gajah itu terus makan kerana lapar. Beberapa hari kemudian, keadaan yang sama berlaku. Gajah liar menjadi lapar, meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi gagal. Penjinak binatang datang lagi dengan rumput kering lantas habis dimakan oleh gajah itu. Perkara yang sama berulang selama beberapa minggu.

Pada suatu hari, penjinak binatang itu melepaskan rantai besi dan menggantikannya dengan tali tebal yang diikat pada pasak kecil di tanah. Namun, gajah liar itu tidak lagi meronta-ronta untuk melepaskan diri. Seolah-olah di dalam minda gajah itu, ia masih terikat dengan rantai besi dan apa pun yang dilakukannya, pasti ia gagal melepaskan diri. Mulai saat itu, sehingga akhir hayatnya, ia merasakan dirinya makhluk yang tidak berdaya melepaskan dirinya dengan apa pun cara.

 

Persoalannya, apakah kaitan cerita gajah ini dengan kita? =)

1 comment:

Anonymous said...

kita selesa hanya dengan rumput kering dan berlapar berminggu2x?

iya,itulah kita yang hanya selesa dgn rumput kering..:(