Wednesday, October 20, 2010

Cedera parah



Dunia yang buas sering saja mengejar mangsanya


pemangsa ganas di balik topeng indah ramah mesra


menggoda dengan perangkap dipasang merata


lalu saat si mangsa terkebil-kebil tidak ketahuan hala


pemangsa ligat menerkam


merobek si mangsa tanpa diduga


cedera parah


luka berdarah


andai si mangsa masih terkedu tidak berbuat apa-apa


maka hancurlah ia menjadi santapan


dan akhir hayatnya tidak bererti apa-apa.



Tapi andainya si mangsa tetap bangun berusaha


tetap melawan dengan kekuatan yang tersisa


bangkit menerjang si pemangsa dengan perkasa


dan biar parut luka ini menjadi tanda


si mangsa berjaya bangkit semula


tidak rela kalah biarpun lelah!


kerana misi hidupnya, biar mati untuk Allah!


kepada Allah, kerana Allah!

picture source

2 comments:

Abu Khalid said...

Adeih sakitnya

Semoga kita semua berjaya bangkit semula

Agar luka ini bukan mengorbankan kita, namun menjadi bukti pengorbanan

ummu_abdullah said...

Bangun dan menyerang... Jazakillah khair ukhti...