Selalunya, nak menghasilkan sesuatu yang sempurna dan terbaik perlu melalui fasa-fasa sukar yang banyak. Terima kasih Allah kerana memilih saya untuk berada di situasi itu. Mungkin sudah saatnya saya lebih banyak berfikir dan bertindak seperti manusia dewasa. dan dalam tempoh sukar itu saya banyak mengimbau kembali kisah Nabi Yusuf yang diuji.
Semoga saya tetap berada di pihak yang benar dan tetap memperjuangkan yang haq.
Semoga saya tetap tabah dan menyantuni manusia lainnya walau mungkin ujian yang dihadapi itu meremuk-redam sekeping hati yang tipis ini dan menggugah emosi.
Semoga saya menjadi persis Nabi Yusuf, yang masih bisa melihat sinar positif da'wah walau ditempat sesempit sel tahanannya dan terpaksa menghadapi ujian paling getir berseorangan tanpa keluarga, saudara mahupun sahabat. Kerana yang tetap akan bersama dengan kita ialah Allah! Walau dalam apa pun keadaan kita.
Semoga saya bisa mencontohi yang penuh kemuliaan, ar-Rasul tercinta dalam menghadapi kesukaran da'wah di Thaif. Tetap mampu mendoakan segala kebaikan untuk anak cucu di sana.
Positif! Positif! Positif!
Hasbunallahu wani'mal wakeel.
After hardships will always come ease!
Sunday, June 27, 2010
Saturday, June 26, 2010
barakallahu lakum wa lana!
My dear sister,
Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair!
I still remember the talk we had
and how it actually made me think.
You are very right dear sis,
and I'm much than happy that you have made the first move!
Selamat membina segitiga cinta...
dengan Allah di puncak tertingginya!
Moga mendapat keluarga sakinah yang mawaddah,
mujahid-mujahidah soleh-solehah
yang menjadi penyambung delegasi da'wah
meneruskan perjalanan hingga tiba di Jannah.
Thursday, June 24, 2010
Where are we now?
I am 23 this year.
Where am I now?
What am I doing here?
Let's bring the light that shines them..
Wednesday, June 23, 2010
anai-anai senyap
"Dahulu anak-anak muda berkeliaran di jalan-jalan dengan membawa botol minuman keras, sedangkan sekarang anak-anak muda di Gaza membawa al-Qur'anul Karim. Dahulu banyak anak-anak gadis yang menghabiskan waktu dengan mendengar muzik dan lagu. Tetapi hari ini, dengan kurnia Allah, banyak gadis yang hafal al-Qur'anul Karim, perempuan yang cerdas, wanita yang menutup aurat dengan jilbab, muslimah yang berjihad. Saya mengucapkan selamat atas semua muslimat palestin"
- Ismail Haniyeh
(Petikan daripada buku ust. Muhammad Lili Nur Aulia, "Dari Semenanjunh Gaza, ayat-ayat Allah berbicara")
Buku yang bagus sebagai sedikit referensi ringkas bagaimana tawasul ijtima'i HAMAS berjaya menarik minat sokongan padu rakyat palestin, lalu dengan izin Allah, perubahan dapat dilaksanakan dalam masyarakat. Subhanallah.
Saya selalu berfikir, sejauh mana peranan wanita dapat dimanfaatkan dalam tawasul ijtima'i. Kerana sepertinya wanita itu harus bekerja di balik tabir saja. Yang lelaki tentunya lebih mudah, bangun saja dan berbicara bila perlu. Tapi bukankah tugas wanita di balik tabir itu sepertinya lebih hebat? Seperti menjadi anai-anai yang bekerja senyap-senyap, memamah jahiliyyah dari lubuk hati masyarakat dengan tarbiyah Islam, juga membina koloni anai-anai yang lebih ramai, yang kemudiannya bisa meruntuhkan berhala tirani tanpa disedari.
Anai-anai daripada keluarga semut. semut yang sentiasa bergerak pantas ke sana ke mari.
dan kamu tahu bila semut berhenti bergerak?
Hanya apabila dia mati.
Sunday, June 20, 2010
The Miracle
Alhamdulillah. Baru tiba di rumah selepas perjalanan panjang yang melelahkan. Seharian merentas sempadan negeri, demi cinta dan cita. Ah, mungkin begitu juga perjalanan dakwah ini nanti...tentunya melelahkan, tapi saat kita menggapai puncak tertinggi segala lelah itu pasti sirna dek sinar terang cahaya Islam sudah menerangi segenap bumi. Impian yang indah, dan moga impian yang bisa menjadi tumuhat untuk terus melalui perjalanan melelahkan ini.
Hari yang penuh keajaiban. Tentunya daripada Allah jua. Terdahulu, dua hari yang lalu saya diminta oleh seorang ukhti untuk berkongsi dengan adik-adiknya tentang buku "Jalan Dakwah" karya Mustafa Masyhur. Tidak mahu berlengah saat menerima tawaran hebat, saya cuba mengambil masa membaca semula buku yang sudah lama tersimpan. Subhanallah, sangat indah bagaimana al-Ustaz menukilkan buku itu sebagai panduan sang pemuda agar langkahnya benar-benar seirama dengan para syuyukh yang lebih awal. Betapa banyak panduan dan perkongsian yang sememangnya perlu dihadam dan dialirkan ke segenap salur darah.
Dan saya cukup tersentuh dengan seperenggan ayat di awal mukaddimahnya,
"Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniannya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t serta sunnah Rasulullah s.a.w juga sunnah salafussoleh r.a"
Sungguh mengujakan sehingga saya beriya-iya menyiapkan powerpoint presentation khas untuk perkongsian itu pada malam sebelumnya. Di awal pagi saya bersiap-siap dan menelefon ukhti untuk mengetahui tempat perkongsian. Oh, rupanya saya sudah tersilap tarikh. Perkongsia itu sepatutnya pada minggu hadapan. Kerana beranggapan perkongsian itu sepatutnya semalam, maka saya bersungguh-sungguh membaca buku tersebut. dan Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk menghubungkaitkan dengan peristiwa besar hari ini. Keajaiban yang indah, tentunya daripada Allah.
Tambah mengujakan, hari ini saya bertemu dengan si idaman hati. Saat mula mengetahui dia turut berada di sana, saya sudah tidak senang duduk. Alhamdulillah, Allah memberi peluang untuk saya bertemu sendiri dengannya. Kegembiraan yang tidak terkata, kerana pada hari ini saya dapat membawanya pulang! Ah, siapa lagi si idaman hati itu kalau bukan sepertinya tajuk entri hari ini dan ya, gambarnya sekali. Oh ya, jazakilllahu khairan kepada ukhti yang meminjamkan duitnya kepada saya untuk mendapatkan idaman hati saya ;)
Hari penuh keajaiban, tentunya punya titipan amanat dari Tuhan. Betapa banyak nikmat yang dikurniakan, lalu apa yang telah dan akan kamu usahakan? Perjalanan masih panjang, kerja semakin banyak, apa benar dengan keadaan sekarang kamu mampu bertapak seirama? Bersihkan dirimu, teguhkan ikatanmu dengan Tuhan. Andai saja sang perajurit al-Qassam sendiri mesti lebih hebat ibadahnya berbanding orang lain, maka bagaimana dengan kita para pejuang dakwah? Allah menyempurnakan keajaiban indah buat kita dengan kejayaan Islam hanya setelah kita menyempurnakan segala usaha ke arah itu. Dan di setiap lorong-lorong usaha itu, Allah sedia membantu kita hanya sahaja kita benar-benar berusaha memohon bantuan-Nya.
Muhasabah!
Berubah!
dan terus, terus, terus melangkah!
sehingga lelah merasa lelah denganmu
sehingga jemu merasa jemu denganmu
kerana Allah tidak pernah jemu sehingga kita sendiri merasa jemu.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ قَالَ مَنْ هَذِهِ قَالَتْ فُلَانَةُ تَذْكُرُ مِنْ صَلَاتِهَا قَالَ مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ
Daripada ‘Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. masuk menemuinya dan dekat dengannya ada seorang perempuan. Rasulullah s.a.w. bertanya, siapakah dia ini. ‘Aishah menjawab, si fulanah dan beliau menyebutkan tentang sembahyang perempuan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: Cukuplah. Hendaklah kamu beramal mengikut kemampuan kamu. Demi sesungguhnya Allah s.w.t. tidak jemu sehinggalah kamu merasa jemu. Dan agama yang paling disukai Allah ialah apa yang dilakukan seseorang secara berterusan. (al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Ahabb al-Din Ila Allah ‘Azza Wa Jalla Adwamuha)
Hari ini
Sepertinya di hari ini bakal bergema suara persis suatu masa dulu di Bukit Safa.
Apakah kalian sedia menjadi benteng, memikul segala beban da'wah ini
saat kita mula melangkah ke medan terbuka.
Lalu apa yang kalian bawa untuk bisa bersama mereka yang telah terlebih dahulu mengorak langkah?
Apa yang bisa kita beri buat da'wah ini
saat Allah mengurniakan kita untuk melalui satu fasa baru dalam sunnatullah perjalanan da'wah.
Mohon doa semua.
Kita sedang melangkah ke fasa baru
malah fasa yang menjanjikan pengorbanan yang lebih dahsyat.
Lalu apa persediaan kita?

Saturday, June 19, 2010
Budak-budak
Dulu semasa saya di zaman budak-budak, saya selalu geram bila ada orang cuba untuk mengatakan bahawa banyak daripada perkara masa lapang saya adalah salah satu agenda musuh Islam. Dari permainan komputer, muzik hinggalah kartun. Kononnya, ada udang di sebalik batu di setiap perkara yang dihasilkan itu. Saya yang degil ketika itu hanya menganggap semua itu adalah taktik orang Islam sendiri untuk mencari alasan supaya budak-budak tak main-main sangat dan rajin beribadat. Astaghfirullah, mohon Allah ampunkan kejahilan saya dulu.
Selepas diri dipancari cahaya Islam yang indah, alhamdulillah beransur-ansur pudar noda jahiliyyah (dan harus masih terus mujahadah!). Menariknya, Allah memberi tarbiyah kepada saya dalam bentuk yang berbeza. Bukan daripada slot Sayonara Jahiliyah mahupun Ghazwatul Fikr, tetapi cukup dengan ayat cintaNya lewat memahami matlamat hidup pertama, 51:56.
Manusia diciptakan dengan tujuan sebagai abid, hanya untuk beribadah kepadaNya! Lalu apa saja perkara yang bukan ibadah, mestilah ditinggalkan kerana bukan itu tujuan kita diciptakan. Semudah itu, bukan? Misalnya, kerusi diciptakan dengan tujuan supaya kita dapat duduk di atasnya. Mungkin tidak tercatat secara rasmi, tetapi kita faham-faham saja bahawa kerusi itu layaknya supaya kita dapat duduk di atasnya. Lalu bayangkan, andainya setiap kali kita mahu duduk dan kerusi itu bertindah dengan melarikan diri, melompat ke sana ke mari, bermain bola atau apa-apa saja yang bukan menjadi tujuan penciptaanya, pasti kita sendiri berasa geram. Ah, mahu saja dipatah-patahkan kerusi itu dan buat saja kerusi baru yang lebih baik dan mampu mencapai tujuan kerusi diciptakan.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Manusia diciptakan dengan tujuan sebagai abid, hanya untuk beribadah kepadaNya! Lalu apa saja perkara yang bukan ibadah, mestilah ditinggalkan kerana bukan itu tujuan kita diciptakan. Semudah itu, bukan? Misalnya, kerusi diciptakan dengan tujuan supaya kita dapat duduk di atasnya. Mungkin tidak tercatat secara rasmi, tetapi kita faham-faham saja bahawa kerusi itu layaknya supaya kita dapat duduk di atasnya. Lalu bayangkan, andainya setiap kali kita mahu duduk dan kerusi itu bertindah dengan melarikan diri, melompat ke sana ke mari, bermain bola atau apa-apa saja yang bukan menjadi tujuan penciptaanya, pasti kita sendiri berasa geram. Ah, mahu saja dipatah-patahkan kerusi itu dan buat saja kerusi baru yang lebih baik dan mampu mencapai tujuan kerusi diciptakan.
Kalau dahulu mungkin kita tidak nampak kesan secara langsung bagaimana wasilah-wasilah dakyah musuh Islam itu mampu memberi kesan kepada masyarakat Islam, tetapi kini dengan meluasnya telah terlihat impak besar daripada wasilah yang pada pandangan kita dahulu tidak terlihat bahayanya. Pada saya, antara bahaya besarnya ialah fenomena masyarakat masa kini yang membesar dengan jiwa budak-budak. Andai kita menyatakan bahawa orang yang mukallaf itu mampu membezakan baik dan buruk, maka kita juga setuju bahawa si mukallaf ialah orang yang rasional. Dan itu seharusnya menjadi ciri-ciri seorang yang bersifat matang dan dewasa.
Budak-budak itu sifatnya emosional, sangat mengikut perasaan, tidak panjang fikirannya dan tentunya, sangat suka bermain dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya melainkan apa yang dia sedang mainkan sahaja.
"Cikgu, apa cer ni? Kenapa kitorang kena beratur macam budak-budak sekolah rendah?"
"Oh, bukankah awak ni memang budak-budak? Rosakkan kerusi meja sekolah, rosakkan pintu...budak-budak je yang suka rosakkan barang-barang sebab dia tak tau nak guna macam mana. Ok, budak-budak.... beratur cepat!"
Saya fikir berada di sekolah menengah lebih mudah kerana pelajar-pelajar sudah besar dan lebih matang. Tetapi silap, generasi kini malah fikirannya lebih kebudak-budakan dan tidak seimbang dengan emosi. Bukan masalah kurang pengetahuan kerana mereka malah lebih jauh ke depan soal hal-hal orang dewasa. Tetapi masalahnya, mereka tenggelam dalam fikiran dan emosi budak-budak sedikit sebanyak kesan ghazwatul fikri yang tidak diendahkan oleh kebanyakan umat Islam termasuk saya dahulu.
Masalah ini bukan isu di sekolah saya yang kecil itu tetapi merupakan isu fenomenal. Lihat saja, berapa ramai yang lebih kisahkan permainan bola sepak piala dunia berbanding isu palestina mahupun isu sejagat yang lebih realiti. Tidak terlepas juga pelajar-pelajar yang ilmunya berbuku-buku tetapi menghadapi dunia nyata pun tidak mampu kerana hidupnya berkisar pada teori dan berperasaan perasan bahawa diri cukup hebat dengan A+ lurus tercalit di slip keputusan peperiksaan. Ah, andai saja mereka tahu bagaimana A+ itu bisa menjamin mereka kekal 'hidup' dan mampu mengharungi cabaran dunia sebenar nanti, apatah lagi akhirat!
Lihat juga, manusia-manusia dewasa yang terkinja-kinja dengan permainan yang dahulunya menjadi minat budak-budak saja, jaringan sosial! sibuk dengan fesbuk, apatah lagi sibuk dengan permainan kanak-kanak di dalamnya. Kasihan, manusia dewasa yang sepatutnya sudah mampu mengemban tanggungjawab khalifah kini sepertinya dihipnotis menjadi kanak-kanak jadian. Apatah lagi bila melihat dari kaca mata televisi, manusia yang kononnya dewasa tapi berkelakuan mengalahkan budak-budak...lemas dalam emosi dan fantasi sendiri.
Kembali ke dunia realiti, masih banyak yang perlu diusahakan. Manusia dewasa dengan jiwa budak-budak, harus disantuni sebagaimana budak-budak suka disantuni. Begitukah?
Ah, mungkin mereka harus disedarkan akan siapa mereka sebenarnya.
Persis sang singa yang berjiwa kijang, tertipu dek tenggelam dalam fantasi sendiri.
Ayuh, bangunkan mereka!
Thursday, June 17, 2010
helo, helo...dengar tak?
"Kenapa tak dengar?"
"Berapa kali nak cakap?"
Komunikasi. Basic. Mudah. Simple.
Tapi kenapa ramai yang masih ambil mudah?
Hanya berharap semua orang faham tanpa perlu susah-susah terangkan.
Kita tak hidup dalam dunia kartun yang semua orang boleh nampak 'bubble' fikiran kita dan tak perlu susah-susah buka mulut untuk cakap sebab semua orang pun boleh baca sendiri 'bubble' tu.
Wake up!
Time to make a change.
Communication is basic in organization.
Kata nak bina tamadun,
tapi kalau komunikasi pun kecundang...
bina sajalah tamadun dunia kartun.
Sekian.
(entri ini ditujukan khas buat penulis sendiri. tapi bagi sesiapa yang terasa sendiri, mungkin boleh jadi sesuatu yang kita boleh fikirkan bersama. I have no intentions to anyone but rather to my ownself. Hai si Melankolis, bangkitlah! Mereka menunggu seruan Tuhan-Mu)
Tuesday, June 15, 2010
Rasa itu.
"Akak, kenapa saya dah tak rasa manisnya usrah..macam masa mula-mula saya masuk usrah dulu?"
"Saya rasa masalah saya ialah saya dah tak 'feel'. Saya faham apa yang akak cakap, saya boleh jawab apa saja soalan akak... tapi tak masuk dalam hati..sedih sangat. Saya geram bila lihat sahabat yang lain ada 'rasa' tu, tapi saya tak!"
Subhanallah. Terkadang Allah mengajar kita untuk memahami kehidupan ini dengan pelbagai cara. Seperkara yang sering kali menarik-narik jiwa untuk membicarakannya. Halawatul iman. Merasai kemanisan iman...Ah, benar. Saat pertama kali merasai manisnya iman, hati rindu-rinduan mahu merasainya lagi. Benar sekali, perasaan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang pernah merasainya saja. Lalu saat iman jatuh merudum, saat virus futur mula berani-berani menjangkiti diri, saat hati sunyi tanpa rasa indah lagi....maka kita merasa keluh-kesah. Sepertinya lemah tak terdaya. Seperti membuat apa saja tak kena.
Lalu apakah kerana hilangnya rasa kemanisan iman itu lalu kita tinggalkan segalanya?
Apakah benar amal kita, jika begitu?
Lantas lihat kembali, untuk apa kita mengerjakan sesuatu itu? Adakah untuk meraih redha Allah,
atau cuma untuk mengecap kemanisan iman?
Seperti, apakah kerana tidak merasai lazatnya dan khusyuknya solat, lalu kita sanggup meninggalkan solat?
Awas, andai amal kita bertujuan untuk meraih kemanisan iman.
Bisa saja ia menjadi tempat untuk syaitan merosakkan amal.
Kerana amal sudah tidak lagi suci bersih untuk meraih redha-Nya
kerana amal itu bisa saja sudah tersasar dari tujuannya.
(Lalu awas, awas, awas...apakah niat besar amal kita untuk meraih kemanisan iman? Astaghfirullah!)
Kemanisan iman mungkin menjadi penanda aras iman, dan andai kita merasainya... itulah kurniaan Allah yang amat berharga.
Tetapi andai kita merasai pahitnya futur, atau iman yang tak seberapa lazatnya, maka itu tetap juga kurniaan-Nya yang amat berharga!
Kerana perasaan itu sepatutnya membuatkan kita malah membutuhkan-Nya!
Kerana perasaan itu sepatutnya mendesak amal kita yang berlipat ganda!
Kerana perasaan itu sepatutnya membuatkan kita malah lebih giat mujahadahnya!
dan kerana perasaan iman yang lemah itu,
beserta dengan mujahadah kita...
Allah malah memberi peluang untuk kita mengecap lebih banyak pahala di setiap usaha kita! Lagi rasa susah, dan semakin banyak usaha yang perlu dilakukan...maka lebih banyaaaaaaaaaaaaaaak pahala yang Allah sediakan. Bukan begitu?
Subhanallah.
Segala puji bagi Allah.
Tuhan penuh cinta buat hamba-Nya.
Wednesday, June 9, 2010
The 6th Sense
Andai bertanya kepada seseorang tentang deria yang keenam, rasa-rasanya bagaimanakah jawapannya? Teringat suatu masa dahulu semua filem bertajuk The Sixth Sense berjaya melonjakkan nama M. Night Shyamalan sebagai pengarah filem bergenre seram/sains/fiksyen yang sangat berbakat. Saya juga satu masa dahulu peminat filem-filemnya, tentunya kerana filemnya membuat kita berfikir!
Alhamdulillah. Setelah mengalami sesi khas tarbiyah Allah melalui pengalaman kehidupan hari ini, saya baru menyedari hakikat betapa banyak manusia yang tidak perasan tentang deria keenam yang dianugerahi Allah kepada sekalian manusia. Selepas meminta bantuan encik gugel untuk meninjau definisi deria keenam oleh kebanyakan manusia, maka saya dapat simpulkan bahawa deria keenam juga dikenali sebagai ESP (extrasensory perception) atau intuisi atau yang lebih kelakar lagi, kemampuan seseorang untuk mengesan dunia ghaib (okey, ini seperti yang didefinisikan oleh filem The Sixth Sense itu sendiri kan?).
Bagi saya, definisi deria keenam yang diberi oleh kebanyakan orang ini kurang tepat. Kerana prinsip bagi sesuatu deria, harus punya ransangan (stimuli) dan organ derianya (sensory organ). Seperti deria penglihatan, cahaya sebagai ransangannya dan mata ialah organnya. Begitu juga dengan deria pendengaran, deria bau dan sebagainya.
Lalu, apa itu deria keenam sebenarnya? Apakah ransangannya? Apakah organnya? (Nampaknya selepas ini boleh mulakan kajian yang lebih ampuh tentang deria keenam. Sounds like a thesis project anyone? heh.)
Saya bukanlah seorang yang punya ilmu yang sesuai untuk membincangkan tentang hal ini tetapi jika hanya mahu merujuk deria keenam seperti cara ahli ilmuwan barat menganggap deria keenam sebagai kuasa psikik, maka saya kurang setuju. Kerana ada banyak lagi ransangan yang tidak dapat dikesan oleh indera yang lima, tetapi kita tidak dapat nafikan kewujudannya. Itulah perasaan/emosi/athifi dan organ derianya ialah hati.
Kita mampu merasai kehadiran perasaan gembira, sedih, geram, takut, cinta dan benci tetapi kita tidak mampu untuk melihatnya, menyentuhnya, menghidunya, mendengarnya mahupun merasanya dengan lidah melainkan hanya melihat kesan-kesan daripada kehadiran perasaan-perasaan ini. Walaupun perkara-perkara ini sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera, tetapi kita 100% tidak dapat menafikan bahawa perasaan ini benar-benar wujud. dan anehnya, kita tidak pernah persoalkan bagaimana sebenarnya rupa perasaan-perasaan ini. Walau mungkin ada yang mengkonotasikan cinta dengan bentuk jantung tak seberapa, atau marah dengan api dan telinga berasap (walau hakikatnya tak pernah orang marah sampai keluar asap) tetapi itu bukanlah gambaran yang tepat terhadap perasaan-perasaan yang tidak diketahui rupanya bagaimana kerana sememangnya kita tidak dapat mengesannya menerusi indera yang lima melainkan kesan-kesan daripada kehadiran perasaan itu sahaja. Contohnya, bila sedih menangis atau gembira akan menunjukkan senyuman hingga ke telinga (exaggerating okay).
Lalu apa yang ingin saya beritahu di sini?
Andai manusia melihat lumpuhnya salah satu deria yang lima seperti sesuatu yang sangat besar, maka harus diingatkan bahawa kita punya deria keenam yang mempunyai peran yang malah lebih besar. Si buta mungkin tidak dapat mengesan cahaya menerusi organ matanya, tetapi andai dia memelihara deria keenamnya iaitu hati maka tiada apapun yang merugikannya kerana hati yang berfungsi sempurna, terpelihara suci dari noda akan bisa menyuluh cahaya buat dirinya hingga ke akhirat.
Ransangan buat hati ialah dosa dan kebaikan, al-bathil dan al-haq. Seringkali hati yang penuh noda, tidak mampu menerima ransangan yang sempurna. Malah mungkin bertindak di luar fungsi asalnya. Bukanlah sesuatu yang aneh jika sesuatu organ mampu mengesan ransangan yang berbeza-beza kerana kulit pun bukan hanya ada satu reseptor sahaja! Ada reseptor sentuhan, tekanan, kesakitan, panas dan sejuk. Maka hati juga begitu, andai terlalu banyak ransangan al-bathil yang diterima oleh reseptor pada hati, mungkin saja menyebabkan reseptor al-haq itu kurang berfungsi lalu maklumat yang diproses dan terzahir daripada amalan kelihatannya yang buruk-buruk sahaja kerana reseptor al-bathil itu malah lebih menguasai daripada reseptor al-haq.
Andai manusia bisa merasakan peri pentingnya deria keenam, iaitu hati sebagai pengesan dan penentu penzahiran amal kita dalam rupa yang bagaimana, membantu kita mengesan sesuatu yang baik dan yang buruk, membuat penilaian dan keputusan yang baik dalam setiap siku-siku kehidupan dan segala macam perkara sebagaimana yang disebut dalam hadis keenam an-Nawawiyah bahawa hati sebagai penentu baik-buruk seseorang itu, maka tidak akan mereka persia-siakan masa melainkan untuk menyantuni segala keperluan hati agar reseptor al-haq dan al-bathil bisa berfungsi dan menentukan pilihan yang terbaik dalam setiap tindakan kita.
Kita tidak punya kuasa melihat di luar jangkauan lima indera, maka peliharalah deria keenam agar mampu membuat pilihan bijak dalam kehidupan. Kerana hidup ini ialah tentang membuat pilihan tentunya! Pilihan ke syurga dan neraka, menjadi manusia sengsara atau bahagia, berbuat baik atau buruk, merugikan diri atau menguntungkan diri...semuanya di tangan kita!

Sunday, June 6, 2010
dunia-akhirat
Sebaris ayat daripada tafsir fi zilal yang sangat menyentuh saya pada hari ini.
"Taraf yang menyediakan manusia di dunia ini supaya sesuai dengan taraf nikmat-nikmat di akhirat"
Subhanallah. Baru minggu lepas berbicara dengan mereka tentang kehidupan dan kematian. Kehidupan manusia yang seharusnya merupakan fasa menyediakan diri untuk menjadi benih yang terbaik, kerana kelak saat kita menghadapi kematian dan ditanamkan (dikuburkan), biji benih (diri kita) yang kita telah usahakan itu kelak akan dicambahkan (dibangunkan untuk dihisab) kelak di akhirat.
Andai banyak di antara manusia yang berasa terkongkong dengan syariat Islam, merasa terkekang dan tidak dapat bergerak bebas mengikut hawa nafsu maka mereka seharusnya mengetahui, kekangan dan kongkongan itu merupakan suatu norma biasa dalam hidup kita pada setiap kali kita mahu mengubah kehidupan kita menjadi yang lebih baik.
Lihat saja, andai seseorang mahu kelihatan berada di kelas tinggi seperti orang-orang ternama, maka dia mesti mengikut segali protokol, tatasusila, etiket dan segala macam perkara berkaitan sesuai dengan masyarakat kelas tinggi. Mahu kelihatan cantik menarik saja, banyak perempuan tidak berkira soal mengekang dan mengongkong diri mereka untuk mengikut trend terkini, memastikan diri istiqamah memakan dan meminum segala macam supplement untuk membantu diri kelihatan cantik-anggun-ayu, mengawal diet, bersenam (di sekolah saya, cikgu-cikgu ini mengikuti kelas line dance. Kelas gitu!) dan mengorbankan wang dan masa untuk ke spa dan mall hampir setiap bulan. Benar, untuk menaik-taraf diri kita perlukan pengorbanan, dan pengorbanan itu terhasil bila adanya syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan hasil yang diingini itu tercapai.
Lalu, segala apa yang telah digaris Allah yang Maha Kaya Pengetahuan-Nya kepada manusia di dunia ini adalah untuk menyediakan manusia agar bisa mencapai taraf yang dikehendaki di akhirat. Ah, mahu membayangkan syurga saja pun kita tidak mampu...lalu bagaimana dapat kita bayangkan setinggi mana kelas-kelas manusia yang bisa mencapai syurga, apatah lagi syurga Firdausi!
Syariat Islam itu tidak bersifat mengongkong dan bukanlah menyekat kebebasan manusia, tetapi merupakan kaedah untuk meningkatkan taraf manusia di dunia agar bisa mencapat taraf akhirat yang sudah tentunya punya standard yang cukup tinggi.
Andai perempuan-perempuan yang berlumba-lumba untuk memenangi beauty pageant saja sanggup mengikut segala macam protokol, berbahasa lunak lembut, bersopan santun, melambai lembut gemalai, memastikan muka tersenyum sentiasa walau hati tersiksa dan sebagainya...sanggup mengekang segala keinginan saat berada di hadapan kamera terutama di saat-saat akhir di atas pentas itu (kerana mungkin saat itu ada saja yang mahu menggaruk kegatalan, hendak bersin, hendak ketawa, hendak ke tandas...) tapi, mereka tetap mengekang segala perasaan dan kehendak itu., kerana mahu tetap kelihatan cukup standard seperti beauty pageant....maka bagaimana kita, andai mahu menjadi manusia yang layak sebagai ahli syurga? Seharusnya ada standardnya...dan nah, itulah yang digarisi oleh syariat Islam yang maha indah itu!
Kerana itu Islam itu datang dengan pakej sebagai cara hidup, harus diaplikasi secara syumul... secara seluruhnya di setiap aspek kehidupan termasuklah di celah yang paling seni sekalipun.
Islam hadir dengan syariat dan panduan, agar kita bisa membentuk diri menjadi benih yang paling baik. Bila ditanamkan kelak menumbuhkan pohon yang bisa menghasilkan buah yang paling manis dan bermanfaat di akhirat. Lagipula, matawang di akhirat kelak hanya menggunakan dosa dan pahala, bukannya sen dan ringgit. Lalu andai mahu membeli-belah semewah-mewahnya di akhirat, harusnya mula bijak membuat pelaburan...moga-moga punya matawang pahala yang lebih banyak, kan? =)
Friday, June 4, 2010
pembuli
Peristiwa yang berlaku di sekeliling saat dalam waktu yang terdekat, banyak mengingatkan saya tentang pembuli. Jangan salah anggap, saya tidak pernah membuli dan belum lagi rasanya pernah dibuli. Dibuli sedikit-sedikit oleh rakan sekerja mungkin ada, tapi cuba ikhlaskan hati moga itu satu latihan untuk menjadikan saya lebih cekatan dalam bekerja. Ah, kalau buat sesuatu dengan ikhlas, maka kita hanya mengharap balasan daripada Allah saja...lalu tiadalah persoalan terasa dibuli...bukan begitu?
Jangan silap lagi, saya bukan juga manusia yang mudah saja dibuli. Pernah saja suatu waktu lama dulu, andai ada orang yang memotong barisan..saya pasti akan menegur. Atau mungkin ada saja orang yang berjanji tetapi tidak ditepati, awaslah dengan kata-kata saya yang pedas tu nanti. Mungkin suatu ketika dahulu, sebelum saya betemu dengan tarbiyah..saya akan jadi manusia yang sangat reaktif apabila menemui pembuli. Tentu saja lebih kepada emosi, lalu bagaimana mahu mengawal ikhlas di hati jika begitu? Tarbiyah mengajar saya untuk lebih tenang dan diam untuk memikirkan impak-impak daripada setiap tidakan. Lihat saja bagaimana peribadi Rasulullah, walau dicerca dan disakiti tidak pernah bertindak melampau emosi.
Melihat kepada situasi tegang sekarang, banyak mengingatkan saya akan filem animasi kegemaran semasa kecil dahulu, "A Bug's Life". Kisah belalang pembuli dengan satu koloni semut. Belalang pembuli yang sedikit bilangannya, tetapi berjaya menakut-nakutkan satu koloni semut yang bilangannya entah berapa juta. Biasanya memang begitu, pembuli bilangannya sedikit dan mungkin kelihatan sedikit berkuasa, lalu sangatlah ditakuti oleh mangsa buli walaupun bilangan mereka lebih ramai. Aneh? Tidak. Inilah hakikat yang berlaku dalam dunia masa kini.
Lalu apa yang harus dilakukan? Memberitahu kepada semua mangsa bahawa hakikatnya jika kita bersatu, kita pasti lebih kuat dan mampu mengalahkan pembuli-pembuli itu semua? Tidak semudah itu. Mereka yang dibuli selalunya tidak mudah menerima hakikat mereka sebenarnya mampu mengalahkan pembuli tanpa dibuktikan dengan sesuatu yang nyata dapat dilihat oleh mata dan dikesan oleh pancaindera lainnya juga. Atau mungkin saja mereka yang dibuli tidak merasa langsung persis dibuli...seolah-olah telah dihipnotis lalu terus-terusan melakukan sesuatu yang sebenarnya memberi faedah yang banyak kepada pembuli dan membiarkan mereka dianiya oleh diri sendiri tanpa disedari. Hakikatnya itulah yang berlaku kepada masyarakat manusia yang banyak pada hari ini. Tanpa disedari, mereka mengikut saja telunjuk boneka-boneka zionis dan yang paling menarik, mereka melakukannya dengan sukarela dan gembira.
Berdasarkan animasi "A Bug's Life", Flik, salah seorang ahli koloni yang sedikit ghuroba',
berkelana dan mempelajari kehidupan sebenarnya (mungkin ditarbiyah, tetapi aksi ini terpaksa disunting supaya tidak kelihatan begitu radikal)...maka dia kembali ke koloni untuk membebaskan perhambaan sesama serangga kepada perhambaan kepada Allah semata-mata. Flik yang kembali dengan visi dan misi yang baru, bertemu dengan pucuk pimpinan koloni..menyatakan pendapatnya untuk menghentikan perhambaan seisi koloni kepada si belalang pembuli. Rupanya, tidak mudah untuk memberi kefahaman kepada pemimpin yang sudah tentunya punya visi dan misinya yang tersendiri dan kembalilah Flik untuk memikirkan cara yang lain untuk tetap menegakkan kalimah Ilahi di koloninya.
Flik bertemu dengan sekumpulan anak-anak muda (Dot dan kawan-kawannya) lalu mereka ditarbiyah menjadi jundi-jundi yang siap berkorban. Flik merupakan murabbi yang sangat sukses, kerana jundi-jundi yang dihasilkan sentiasa siap siaga pada setiap saat mereka diperlukan. Lalu berbekalkan tenaga daripada para jundi, Flik mengatur rencana agar dapat menghasilkan satu ainul yaqeen, untuk menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan, koloni semut yang lainnya dan tentu saja kepada si belalang pembuli.
Dengan izin Allah, rencana mereka kelihatannya kurang sukses. Si belalang pembuli nampaknya berang sungguh bila mengetahui ada di kalangan koloni semut yang pengecut itu sudah menjadi pemberani. Koloni semut yang pada awalnya gembira dan menyokong usaha flik kembali mengecut diri...dan mula hilang keyakinannya.
Tetapi Flik lebih tahu, andainya dia terus menyerah...maka tiada siapa yang akan memandang tinggi kepada Allah lagi. Usahanya adalah untuk kembali menyinari bumi dengan pancaran nur Ilahi, tetapi andai dia menyerah... impaknya pasti lebih buruk lagi. Lalu Flik, bertindak untuk menjadi Ghulam. Budak yang sehingga ke hujung hayatnya tetap berusaha membawa da'wah Islam biarpun harus dibayar oleh nyawa...kerana dia yakin bahawa syurga itu lebih tidak ternilai harganya.
Di saat-saat akhir itulah, Flik lantas bangkit...memberi kata-kata yang menyemarakkan kembali semangat teman-teman semut yang lainnnya lalu mereka bersatu menentang si belalang pembuli. Pengakhiran yang sangat indah.
Kita sedang dibuli, disepak terajang oleh para zionis laknatullah.
Tetapi kita tetap membisu, membiarkan berlalu dengan doa cuma.
Kemudian melakukan kerja sehari-harian tanpa merasa berdosa.
Kita berani bersorak sorai, mengutuk dan mengeji tindakan ganas pembuli-pembuli di sana.
Tetapi kita kecut perut tidak berbuat apa-apa untuk bangkit menghalang mereka.
Bukan ertinya kita harus mengangkat senjata.
Tetapi untuk kita kembali melihat segala usaha, adakah benar-benar di tahap maksima
sehingga seluruh dunia bisa bangkit dari lena
dan percaya bahawa mereka harus melakukan perubahan untuk dunia
percaya bahawa mereka mampu untuk menjatukah si pembuli
mengembalikan khalifah ke tempat asalnya..
Tak usah bermimpi mahu menakluk dunia
andai usaha tidak seberapa
jangan merasa sudah selesa
berada dalam konvoi Flotilla menuju syurga
andai niat kita tidak satu rentak dengan mereka yang lainnya
andai usaha kita tidak semurni mereka yang benar-benar meletak Allah dihatinya.
Berada di dalam kapal bersama mereka, belum ada jaminannya bahawa destinasi kita ialah syurga
kerana mungkin saja kita menjadi mangsa bedilan peluru hidup is-ra-el
saat hati entah ke mana
saat amal tidak seberapa
lalu adakah silapnya pada konvoi Flotilla?
atau silapnya diri saat sudah dipilih di dalam konvoi ke syurga
masih lembam dan malas berbuat apa-apa
masih seronok berlibur dengan jahiliyah menggoda
atau mungkin merasa diri hebat kerana berada dalam konvoi ke syurga?
Ya ayyuhal muddattsir!
Qum Faanzir!
wa Robbaka fakabbir!
wa tsiyabaka fatohhir!
Tuesday, June 1, 2010
Allahu shomad!
"4.30 petang waktu Malaysia. Kapal kami berada di perairan Gaza dan mungkin akan bertemu dengan kapal Israel. Mohon doa daripada semua. Daripada ketua misi LL4G" Jumaat tempoh hari saya menerima mesej daripada yai-em terus ke telefon genggam. Saat itu saya sedang dalam permusafiran dari selatan. Subhanallah, bukankah doa orang yang sedang bermusafir itu paling dekat dengan Allah? Terus menggunkan kesempatan itu untuk berdoa, moga ada saham saya dalam perjuangan mereka. Mesej terus dihantar kepada akhawat yang lainnya. Moga doa-doa kami menjadi satu, membedil rejim zionis satu per satu.
Lantas teringat akan doa Nabi saat Badar al-Kubra. Rintihnya penuh pengharapan kepada Tuhan. Lalu bagaimana kita? Apakah benar-benar doa kita tulus mulus kepada-Nya? Apakah benar-benar kita telah berdoa? Atau mungkin saja kita persis sang pemuda lewat hadis 10 daripada Arbain an-Nawawiyah. Sang pemuda yang harusnya doanya sangat mudah untuk dimakbulkan, tapi kerana makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram... lalu doanya menjadi sangat jauh untuk dikabulkan.
Semalam jantung berdegup kencang saat menerima berita terbaru. Ah, mahu saja memberitahu seisi warga sekolah saat itu. Tapi, entah siapa yang peduli. Maka hanya kepada sahabat yang rapat sahaja yang saya mampu ceritakan. Banyak saja daripada mereka yang tidak tahu langsung akan konvoi ke Gaza ini. Mungkin saja silap saya mereka tidak tahu. dan mungkin saja andai saya tidak bersama dalam tarbiyah ini, sama saja tidak mengambil peduli apa-apa dan sibuk dengan urusan kehidupan sendiri sahaja.
Oh, andainya bencana ini daripada khilaf saya. Ampunkanlah ya Allah!
Panjatkan doa setiap ketika. Istighfarlah mohon pengampunan-Nya, moga ditebak segala dosa yang jadi penghalang doa-doa kita untuk sampai kepada mereka.
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.
Allahu wakeel.
Allahu waduud.
Allahu syakuur.
Allahu shomad.
Have mercy on them, ya Allah.
As they are spreading mercy on mankind.
Sila ambil TAHU.
Namun harus diingat.
Tidak cukup dengan hanya doa.
Kita perlukan doa yang menggerakkan segala usaha.
Tidak cukup dengan tawakkal, tapi tawakkal yang sangat meyakini Allah mengganjari sesuatu apabila telah cukup syaratnya.
Pelajaran daripada kekalahan, pelajaran daripada darah..semuanya bukan buat mereka yang dianugerahi syaheed dan berjaya menemui pencipta-Nya. Tetapi pelajaran buat kita yang masih bernyawa, yang masih perlu memikul amanah membawa Islam sebagai pembebasan segala manusia di jagat raya.
Sampai bila hanya mahu merintih, terasa pedih, menangis simpati apabila melihat derita mereka?
tetapi tidak merintih pedih dan menangis simpati melihat derita kita yang masih lembam tidak berbuat apa-apa?
atau mungkin saja menjadi manusia yang sia-sia kerana tidak menggunakan segala nikmat yang diberi percuma?
Mereka bergembira dengan syaheed, lalu kita bagaimana?
Subscribe to:
Posts (Atom)