Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang merebahkan dirinya beristirehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Malik. Tetapi baru sahaja dia merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun datang menghampirinya dan mengatakan, "Apa yang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?"
Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawab, "Biarkan saya tidur sejenak. Saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa." Namun pemuda itu kelihatan tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Dia bertanya lagi, "Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminin?"
Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengatakan, "Jika tiba waktu Zuhur, saya bersama orang-orang saya akan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya." Jawapan itulah kemudian ditanggapi oleh si pemuda, "Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?"
Pemuda itu bernama Abdul Malik. Dia adalah putera Amirul Mukmini itu sendiri, Umar bin Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati kedua-duanya.
Petikan Episod 1 dari buku Cinta di Rumah Hassan al-Banna oleh Mohammad Lili Nur Aulia. A must-have.
Tamat saja membaca segenap helai di buku tipis ini membuatkan saya banyak berfikir. Saya membaca dengan matlamat yang berbeza-beza. Saya benar-benar tertarik dengan cara As-Syahid IHAB dalam mendidik. Dalam buku Detik-detik Hidupku yang ditulis oleh As-Syahid ada menampilkan keadaan beliau sendiri sebagai guru, pendidik dan pendakwah. Oh, pastinya saya turut berdebar menanti saat ditempatkan ke ceruk dunia mana nanti. Pastinya besar harapan saya untuk mengubah kawasan tersebut sebagai mana IHAB memberi warna kepada Ismailiyah, walau pada hakikatnya saya harus mengakui kekurangan diri yang tersangat banyak jika mahu dibandingkan dengan personaliti mengkagumkan itu. Biarkan ia menjadi salah satu thumuhat saya. Lantas seharusnya saya memerhatikan dengan teliti aspek Dzaka Imaniyah untuk membentuk diri dan hanya kepada Allah saya kembalikan setiap urusan.
Pastinya buku tipis yang baru dibaca ini membawakan tema keluarga, tetapi asas pendidikan itu tidak terhenti setakat itu dan sepatutnya digunakan dalam apa jua cabang pendidikan lainnya. Kerana core-business kita ialah da'wah dan tarbiyah. dan D&T itu ialah untuk seharusnya untuk semua. Lalu saya mengharapkan pelajaran daripada anekdot serba sedikit dalam kehidupan tokoh ini dalam membantu menggilapkan lagi diri untuk membawa tarbiyah yang mengesankan. Banyak lagi yang harus diperbaiki. Malah saya perlu tambah level kesabaran dalam diri dalam proses menambah baik ini.
Sobat,
doakan moga Allah tempatkan saya di tempat terbaik untuk saya dan da'wah ini.

Moga saya terus tsabat.
Moga saya terus kuat.
Moga saya gigih dalam mencari syahadah untuk hari akhirat.
Siapa yang dapat menjaminku untuk terus hidup andai bukan akhirat ini yang mesti dikejar?