Friday, August 14, 2009

mari jadi genius!


Alhamdulillah. Baru selesai konvokesyen (yg membosankan itu~~~). Walaupun rasa bersalah kerana membazirkan masa (sedangkan banyak lagi benda yang lebih produktif boleh dilakukan, kan?), saya cuba untuk memenuhkan masa tersebut dengan mengharapkan tarbiyah dari Murobbi Agung saat itu. Alhamdulillah, tiada yang sia-sia. Bagaikan mendapat semangat kembali bila menerima tarbiyah Ilahi. Yang pasti, ia sangat manis!

Saya ke konvokesyen hanya berdua dengan abah. Nampaknya semua orang pun sibuk pada hari ini. Kakak terlebih dahulu menghadiahi saya jambangan mawar merah nan indah. Terima kasih, anda orang pertama yang sangat istimewa untuk saya di konvo ini! Sememangnya hati sedikit berbelah bahagi. Masakan tidak, sahabat-sahabat baik saya tidak semua bergraduasi di sesi pagi ini. Kami terpisah dalam tiga sesi berbeza. Mengimpikan untuk bergambar bersama, jauh senduk dari kuali. Lalu, harus diakui yang konvokesyen ini sangatlah membosankan!

Walaupun begitu, ada sesuatu yang sangat menarik. Saya dikelilingi oleh begitu ramai manusia yang tidak dikenali. Kami dalam satu kursus yang sama tetapi dipisahkan oleh pengkhususan yang berbeza. Saya seolah-olah seronok memerhatikan sekeliling. Semua orang kelihatan sangat gembira dan teruja. Saling tolong-menolong dalam membetulkan letak jubah dan hood agar kelihatan kemas. Entah siapa yang berada di hadapan saya, terus menawarkan pin-pin yang dibawanya kepada saya. Ada pula yang begitu baik sekali membantu mengemaskan hood saya. Benar, saya pertama kali bertemu mereka. Tetapi atas dasar matlamat yang sama, kami saling bantu-membantu. Semua mahu kelihatan sempurna pada hari yang 'besar' ini.

Semasa mahu naik ke atas pentas, pegawai-pegawai yang bertugas pun kelihatan sungguh baik dan berbudi bahasa. Ada yang sempat membetulkan lengan jubah saya yang terlipat sedikit dan ada yang bersungguh-sungguh membetulkan hood seorang kakak yang memakainya terbalik walaupun ketika itu namanya sudah begitu hampir untuk dipanggil. Masya Allah.. jika mahu difikirkan secara logiknya, konvo ini bukanlah apa-apa. Langsung tidak memberi tambahan secara langsung kepada iman dan amal (secara kasarnya). Tetapi semua orang pun bersungguh-sungguh mahu memberikan yang terbaik. Tetapi ada sesuatu yang lebih utama yang selalu saja kita lupa... hari akhir kita.

Jika kita begitu beriya-iya memastikan hari konvo kita sempurna, mengapa tidak kita beriya-iya memastika konvo kita di akhirat lebih lagi sempurnanya? Kerana pastinya, konvo di akhirat kelak menentukan kedudukan kita buat satu tempoh masa yang infiniti. Jika kita boleh bersungguh-sungguh membantu satu sama lain untuk kelihatan sempurna di hari 'besar' konvo ini, kenapa tidak kita bersungguh-sungguh untuk membantu satu sama lain agar dapat menerima buku rekod amalan dalam keadaan yang sempurna di hari yang malah lebih besar nanti?

Konvokesyen kita di universiti belum menunjukkan kita dikalangan orang yang bijak pandai biar sehebat mana pun CGPA kita kerana Rasululullah SAW tercinta pernah bersabda, "The intelligent person works for what comes after his death." (riwayat Tirmidzi).
Melihat kepada signal-signal yang diutuskan Allah dalam beberapa minggu belakangan ini, saya sendiri turut gusar. Betapa kematian itu tidak menampakkan taringnya. Kebanyakkan yang meninggal dunia dalam keadaan mereka sendiri tidak sedar akan dipanggil pergi tak kembali. Hari saya, entah bila? Mungkin beberapa saat cuma... persoalannya, adakah diri ini telah bersedia? Apa yang bakal dibawa bersama andai dipanggil pergi nanti?

Hayat kira di dunia sangat sekejap. Secara purata hayat manusia biasa sekitar 65 tahun. Andai baligh menjadi aras ukuran mula kita beramal, rata-rata manusia punya tempoh beramal selama 65-15 tahun = 50 tahun sahaja. Andai solat dirasakan amal terbesar kita, solat = 10 minit x 5 kali sehari x 365 hari x 50 tahun = 2 tahun sahaja daripada usia 50 tahun kita. Hanya 2 tahun daripada 50 tahun usia kita digunakan untuk bersolat, maka apa yang kita gunakan pada hayat lainnya? tidur berapa jam? berehat-rehat?

Jika kita tidur dengan purata 8 jam sehari, kita akan menggunakan 17 tahun daripada 50 tahun yang kita ada hanya untuk tidur! Jika 12 jam diperuntukkan untuk bekerja setiap hari, kita akan menggunakan 25 tahun daripada tempo 50 tahun tersebut! Malah jika ada masa senggang, sekalipun hanya 4 jam untuk berehat-rehat..kita akan menggunakan 8 tahun daripada tempoh 50 tahun yang kita ada. Lalu jika dijumlahkan semua,
17 tahun tidur + 25 tahun kerja + 8 tahun berehat = 50 tahun!

Lalu bagaimana dengan amal kita? Adakah cukup dalam tempoh tersebut?

Benarlah. Siapa yang memikirkan tentang kehidupan selepas kematian dan berusaha untuk itu adalah mereka yang benar-benar genius!

Saya paling gemari desain t-shirt brotherhood yang ini =)
GENIUS MINDS DISCUSS ABOUT THEIR DESTINY IN THE HEREAFTER

gambar: brotherhood arts


Kepada sesiapa yang memperkecilkan mereka yang bicara soal agama dan hal-hal akhirat, maaf mungkin anda masih belum dalam kategori bijak pandai.
Malah, jika kita merasa segan silu atau tidak gemar berbicara soal agama dan hari akhir kita..mungkin juga kita di kalangan mereka yang belum betul-betul bijak lagi. heh.

renung-renungkan, dan selamat beramal! ;)


3 comments:

PuteriBonda Anis said...

salam kak^_^

firstly, tahniah!
best tgk orang2 konvo..
doakan nisa dapat konvo gak someday..

lagi satu, takutnyer biler bc sal perkiraan amal solat kita tue..
benarlah apa yg akk tules tue..
tak pernah terpk nak kira2 cam tue before this..
astaghfirullah..

anyway, thanx kak for the reminder..

farah afiqah said...

salam
tahniah juga.
memberi kami inspirasi mahu berjaya.
thanks.
pray 4 our success 2.
all da best in ur future k?
wee :)

Mama Hazim said...

dearest sisters,
thanks for the wishes =)

kena lebih bersemangat utk study ye!
tp perlu ingat, n betulkan niat..
study tu utk ape?
hmm... '_~