Mari jadi dermawan!
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (r.a.) bahawa:
“Nabi (saw) adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan
pada bulan Ramadan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya
Al-Qur’an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadan, lalu
membacakan kepadanya Al-Qur’an. Rasulullah (saw) ketika ditemui Jibril lebih
dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama merupakan sebab masuk
Syurga. Dinyatakan dalam hadis Ali radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi(saw)
bersabda:
“Sungguh di Syurga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat
dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. “ Maka berdirilah kepada
beliau seorang Arab Badui seraya berkata: Untuk siapakah ruangan-ruangan itu
wahai Rasulullah,?jawab beliau: “Untuk siapa saja yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur. “
(Hadis Riwayat. At-Tirmidzi)
Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama lebih dapat menghapuskan
dosa-dosa dan menjauhkan daripada api Neraka Jahannam, terutama jika
ditambah lagi solat malam. Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa Nabi (saw)
bersabda:
“Puasa itu perisai dan benteng kokoh yang melindungi seseorang daripada api
Neraka”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
Dalam hadis lain, dari Mu’adz(ra) bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Sedekah
dan solat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana
air memadamkan api”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Kita maklum bahawa adalah sukar untuk menjaga puasa yang sempurna.
Biasanya tentu terdapat kesilapan atau kekurangan. Maka sedekahlah yang
bakal menampung kekurangan atau ketidak-sempurnaan ini.
Dinyatakan dalam hadits Zaid bin Khalid dari Nabi (saw) beliau bersabda:
“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya
seperti pahala ovang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari
pahalanya.“
(Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi).
Bi iznillah.
Semoga Allah membantu kita dalam beramal dengan penuh ikhlas keranaNya.
No comments:
Post a Comment