Monday, August 10, 2009

mari bersyukur

Bismillah.

Mari buat sesi mari bersyukur! Kenapa? Sebab manusia tu sifatnya selalu lupa nak bersyukur. Berhenti sejenak, lihat sekeliling kita. Mengapa tidak untuk kita bersyukur dengan apa yang kita telah ada dan dapat nikmati setakat ini? Kerana... bila bersyukur, pastinya terbit BAHAGIA!

Bersyukur itu memberikan ketenangan kerana kita tetap berpuas hati dengan apa yang ada =)

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Saya bersyukur kerana masih mampu menaip di blog comot ini dan berkongsi seposen dua.
Saya bersyukur kerana masih dapat buat perkara-perkara dengan baiknya walaupun sudah demam seminggu lebih kini.
Saya bersyukur kerana demam saya tak adalah apa sangat sebab baru seminggu dua, bukannya sakit melarat bertahun-tahun lamanya.
Saya bersyukur kerana doktor yang merawat saya tempoh hari sangat baik dan berbudi bahasa sehinggakan tidak terasa penat menunggu sehingga dua jam lamanya di hospital kerana semua orang pun sangat kacau jiwanya dengan H1N1 itu.
Saya bersyukur kerana doktor tetap membenarkan saya pulang dan tidak menangkap saya masuk ke dalam wad walaupun disyaki demam viral type dan bukan setakat bacterial infection seperti yang dinyatakan oleh doktor di klinik.
Saya bersyukur kerana pening kepala saya itu hanya datang sekali sekala dan rasa sakit itu dapat hilang setelah tidur sejam dua.
Saya bersyukur kerana saya ada ibu bapa yang sangat penyayang dan menjaga saya dengan baik sekali.
Saya bersyukur kerana Allah ingatkan saya untuk sentiasa bersyukur dan ingatkan saya untuk ingatkan orang lain untuk bersyukur juga.
Saya sangat, sangat, sangat bersyukur kerana sakit saya yang agak lama ini, moga jadi kifarah dosa...semoga dosa-dosa saya dapat dicuci sebersih-bersihnya.
Saya sangat-sangat -sangat bersyukur kerana dengan sakit ini.... saya rasa sangat kasih kepada semuanya.... Allah, keluarga, sahabat, alam dan semuanya....waaaaah~~~

dan terlalu banyak untuk saya tuliskan semua yang perlu disyukuri di sini...
"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:55)

Saya sayang Allah.
dan saya percaya, bila saya sakit.. itu tanda Allah sayang saya juga.. (perasan).

Okeh, kembali berehat.
Doakan yang terbaik buat saya, kawan-kawan.

2 comments:

whitelotus said...

salam, kak kd.
liza nie=)
baru sedar betapa banyak nikmat y Allah beri.
baru kini aku bersyukur~
jazakillah 4 this post.

semoga akak cpt sembuh, ameen~

Mama Hazim said...

alhamdulillah.
saya pun kena sering diingatkan juga..
jzkk for the du'a. ameen~~ ^__^