Monday, July 14, 2008

Alhamdulillah ^_^


Salam.

Macam dah lama tak post entri. Sebenanrnya dah banyak kali tulis. Tapi tak habis-habis. Bila nak sambung, macam tak dapat nak guna mood tulisan yang sama. Maaflah. Insya Allah bila dah kembali dengan mood itu, saya cuba sambung. Minggu ini kena selesaikan beberapa perkara penting, nak kena siapkan laporan ROS sebab nak kena hantar dalam minggu ini dan berurusan dengan cik supervisor yang baru untuk tesis. Semoga Allah permudahkan..

Hmm..dah masuk minggu kedua kembali ke medan tempur ini. Baru hari pertama di sini dah kena berperang dengan ujian. Mungkin satu bentuk perancangan Allah untuk memantapkan lagi diri saya. Di sebalik ujian yang hanya seciput sahaja saiznya itu, kurniaan nikmatnya yang tidak terhingga luasnya tidak pernah putus. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Allah beri saya kelapangan hati, keteguhan dan keindahan iman. Apa yang saya lihat kini, hanya indah-indah belaka. Andai segala keindahan, kelapangan dan nikmat-nikmat ini juga satu ujian, saya berharap dapat menjalaninya dengan ikhlas hanya untuk mencari redha dan cinta-Nya.

Minggu lepas bertemu dengan seorang sahabat dari UK yang menyambung pelajarannya di sini. Alhamdulillah, memang cantik perancangan Allah itu. Kalau dulu saya pernah kaget akan meninggalkan bumi ini tanpa penerus, Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk mereka di sini. Benar kata seorang teman, "biarkan sahaja Allah merancang kerana perancangan Allah itu Maha Hebat. Kita hanya perlu berusaha dengan seluruh upaya dan kudrat kita."

Selepas berjumpa dengan sahabat dari Uk tersebut, saya benar-benar terkesan dengan satu pesanan yang saya ingin sekali saya jadikan sebagai sumber inspirasi. "Setiap pagi, sebelum keluar set dalam diri kita untuk memberi kasih sayang kepada semua orang pada hari itu, cuba untuk menggembirakan semua orang." Apakah yang lebih menggembirakan daripada pengkahabaran mengenai keindahan islam? Berkongsi dengan kasih sayang tentang indahnya berada dibawah naungan islam, merasai islam dalam segenap sudut dalam hidup dan merasai keberadaan Allah dalam setiap saat merupakan sesuatu yang sememangnya indah. Bila merancang untuk menggembirakan semua orang, kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu sesiapa yang memerlukan seterusnya cuba berkongsi berita gembira mengenai Islam. Saya telah mencuba cara ini, terbukti memang berjaya untuk memberi semangat seperti menerima secawan coklat panas di pagi hari. A real boost for the whole day!!

Hati saya tambah berbunga-bunga dengan mampirnya sahabat-sahabat daripada Jepun yang tampil memberi sokongan. Siapa sangka hanya dengan satu kisah yang bertajuk "Cerita Saya" telah menarik minat sahabat-sahabat yang tidak pernah saya kenali sebelum ini untuk berkongsi cerita. Siapa sangka, cerita yang saya hanya tulis sekadar meluahkan rasa bagi meminta pendapat ramai bagaimana untuk menyambung cerita tersebut telah terbang menemui sahabat-sahabat lain di destinasi lainnya. Sedikit sebanyak daripada perkongsian dengan sahabat-sahabat lain menyebabkan hati saya bertambah-tambah gembira. Alhamdulillah. Apabila kita bersahabat dan bersaudara berpaksikan aqidah, segalanya pasti menjadi lebih indah. Saya tidak bersua dengan mereka, apatah lagi menatap wajah mereka, tetapi sokongan yang mereka berikan seolah-olah kami memang telah bersahabat baik sejak lama. Ya, mungkin sejak lama dulu di alam ruh, kita memang telah bersahabat baik. Hanya Allah yang tahu..

Baru-baru ini saya ke kediaman rakan sekelas saya semasa di sekolah. Setelah empat tahun meninggalkan sekolah, baru tempoh hari kami dapat bersua untuk satu tempoh yang agak lama. Tujuan saya pada mulanya ialah untuk menumpang teduh semalaman memandangkan program yang akan saya hadiri pada keesikannya terletak di sekitar kediamannya. Saya telah begitu lama teringin untuk berjumpa dengan rakan saya ini untuk berkongsi perasaan saya setelah mendapat Islam semula. Saya berharap sangat agar dia dapat merasai kebahagiaan dan keindahan islam yang seharusnya dirasai oleh semua. Dalam tempoh lebih kurang 18 jam berada di biliknya, Alhamdulillah saya dapat menerangkan sedikit sebanyak apa yang telah saya dapati sebelum ini.

Pada hari saya dan sahabat-sahabat saya yang lainnya ingin berangkat pergi, saya dapat lihat riak di wajahnya, betapa dia amat menghargai pertemuan ini. Sangkaan saya benar, keesokan malamnya dia menghantar satu mesej kepada saya..

tiit, tiit... 1 message received
" Thanks ek sbb datang sini. Rasa best sangat. Kirim salam ek kat **** ngan ****... :) Len kali dtglah lagi.."


..dan pada malam itu, saya rasa sungguh bahagia. Terima kasih, ya Allah. Alhamdulillah ^_^


No comments: