Sedang dianugerahi oleh Allah dengan sakit 'secubit rasa'. Tidak lah sebesar mana dan seteruk mana, tetapi diharap hati ini tetap tabah. Janganlah biar goyah, mahupun punya sekelumit rasa tidak puas hati dengan ujian ini. Moga ia menjadi kafarah dosa, mahupun menjadi semangat untuk saya terus ingat bahawa Allah telah menganugerahi saya dengan kesakitan agar saya terus mengingati dan memohon pertolongan dari-Nya. Semoga dalam setiap kesakitan yang dirasai, mengingatkan saya tentang segala nikmat yang mesti disyukuri...
Nikmat. Bila kita sedang seronok dibuai nikmat, kita kurang mengingati akan nikmat tersebut lantas ia menjadi sesuatu kebiasaan dan tidak lagi dipandang sebagai nikmat. Orang yang jarang mendapat peluang untuk mandi pasti berkata, bahawa nikmat yang paling besar untuk dirinya ialah dapat mandi. Orang yang berada dalam krisis kelaparan pastinya menyatakan bahawa nikmat yang terbesar bagi dirinya ialah mendapat makanan. Orang yang hidup dalam suasana yang porak-peranda pasti nikmatnya ialah hidup dengan aman dan tenang. Orang yang sedang sakit pasti berkata nikmatnya ialah hilangnya sakit tersebut. Ini hanyalah anggapan secara general terhadap nikmat-nikmat yang mungkin difikirkan sebagai nikmat oleh kebanyakan orang. Sekiranya ingin dibandingkan antara setiap orang pastinya berbeza. Setiap orang akan menyatakan nikmat yang mana paling diinginkannya dan selalunya bergantung kepada situasi orang tersebut.
Walau apapun yang nikmat yang kita rasa merupakan nikmat yang paling besar dan bermakna, harus diingatkan bahawa tiadalah tandingannya nikmat-nikmat tersebut daripada nikmat diberi kefahaman dalam Islam dan keimanan yang teguh seterusnya diberi janji untuk mendapat syurga di akhirat kelak. Betul tak? Apalah sangat dibandingkan kepuasan dapat mandi dengan mendapat sesuatu yang diberi jaminan oleh Allah yang membolehkan kita mendapat nikmat yang paling besar di akhirat kelak. Dan kebanyakan orang semakin lupa akan nikmat yang terbesar ini dek berfikiran terlalu sempit ataupun terlalu mengikutkan nafsu semata-mata. Sedangkan jika hendak dibandingkan, sebesar manalah sangat nikmat di muka bumi ini berbanding syurga Allah nanti. Pasti di luar batasan pemikiran kita!
Metaforanya, kalau ada orang memberitahu anda di dalam suatu perjalanan bahawa sekiranya anda mematuhi beberapa syarat, anda akan diberi sesuatu yang sangat hebat di akhir perjalanan kelak, adakah anda akan mempercayainya. Mungkin pada mulanya sukar, tetapi apabila anda telah diberi beberapa bayangan akan hadiah itu dan beberapa bukti kebenaran yang ditunjukkan oleh si pemberitahu, anda mula mempercayainya. Tetapi seteguh mana kepercayaan anda untuk mengikuti syarat-syarat yang diberi adalah pengukur untuk anda mendapat hadiah di hujung perjalanan. Telah diingatkan kepada anda, apa sahaja yang disaji di sepanjang perjalanan itu hanyalah nikmat yang sementara tetapi nikmat di akhir perjalanan itu adalah nikmat yang teramat luas, hebat dan kekal selamanya. Tetapi jika anda hanya mengikut desakan nafsu dan tidak menggunakan panduan yang diberikan boleh sahaja anda terjerat dengan tipu daya di kaki-kaki lima sehingga menyebabkan anda kecundang sebelum tiba ke destinasi. Sekiranya anda mampu bertahan, mengawal diri, tunduk dan patuh kepada syarat yang diberi, alangkah besarnya nikmat yang bakal anda dapat di penghujungnya nanti. Dan sememangnya bukanlah mudah untuk mengawal diri dengan tarikan si penjual di sepanjang perjalanan dan perjalanan untuk mendapat sesuatu yang baik di hujungnya pastinya berliku, sukar dan penuh ranjau. Hanya orang yang benar-benar yakin dan mempunyai ketabahan serta kesabaran mampu menghadapinya. Semuanya merupakan pilihan yang diberi kepada kita. Sekiranya kita memilih untuk mendapatkan apa yang disaji oleh dunia, kita akan mendapat apa yang dihajati di dunia dan melepaskan nikmat yang besar di akhirat. Tetapi jika kita mampu mengawal diri daripada tarikan dunia, insya Allah nikmat akhirat yang besar itu sedang menunggu. Tapi, pastikan kita memenuhi syarat-syaratnya!
Semoga kita menjadi insan yang dipilih untuk mendapat nikmat yang di SANA ^_^
Dan rugilah bagi orang yang mengejar nikmat yang sedikit dan amat kecil berbanding dengan nikmat yang paling besar tersebut...

No comments:
Post a Comment