Nasyrah tersentak. Ada buzz daripada tetingkap Utusan Segera yang tiba-tiba muncul. "Salam, Nasy. Sibuk ke?" tulisan pendek-pendek kecil muncul di tetingkap itu. Ah, Lisa! Teman baiknya semasa di kolej dahulu. Salah seorang kumpulan The Bachelorettes yang gila-gila, seperti gila-gilanya Nasyrah di zaman jahiliyahnya dulu. Subhanallah, betapa Nasyrah sangat mengharapkan dirinya dapat menyentuh kembali hati teman-teman sepermainannya dahulu. Membawa mereka turut merasakan indahnya hidup berpaksikan Tuhan.
Salam, Lisa. tak sibuk pun. boleh je nak borak. what's up? dah kerja?" Nasyrah menaip cepat-cepat. Masih ada kerja yang perlu diselesaikan tetapi diusahakan juga menyantuni teman lamanya ini. Moga kembali berhubung dengan teman lama ini ada rahmatnya di sisi Allah. Sudah hampir setahun Nasyrah tidak mendengar apa-apa berita daripada Lisa. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini ditakdirkan Allah, seorang demi seorang ahli The Bachelorettes mula berhubung kembali dengannya. Hikmah Allah yang tidak terjangkau pengetahuan kecilnya sebagai manusia.
"Tak kerja pun. Dah setahun tanam anggur.." ada nada kecewa di balik kata-kata Lisa. "Dulu ada offer. Tapi tu la, memilih sangat. Sekarang dah takde kerja.." Nasyrah tidak tahu mahu membalas bagaimana, dibiarkan saja tulisan Lisa meluncur laju. "Nasy camne? Dah keje kan?? Ok?" Nasyrah cuba menceriakan kembali suasana, "Alhamdulillah masih ok. Hm, tau tak Zaida dah nak jadi cikgu juga ni, baru tamat DPLI. Ha, dah ada 4 org join geng cikgu. Tinggal Lisa dan Mimi je. Tak nak join sekali ke?" Kalau dulu, hanya Nasyrah seorang yang memohon untuk menjadi guru. Teman-temannya yang lain punya minat masing-masing. Tapi takdir Allah mendahului. Siapa sangka akhirnya mereka semua sama-sama menjadi guru juga. Subhanallah, betapa kuasa Allah mendahului segala perancangan manusia.
"Tak taulah. Hm, Nasy dah kerja..lepas ni boleh kahwin la ye? Eh, Nasy dah ade kapel?" tersentak Nasyrah dengan tujahan soalan daripada Lisa. Ah, semasa menjadi The Bachelorettes, semua ahlinya bertaat setia tidak mahu bercinta sehingga tamat belajar di kolej. Kumpulan gila-gila yang terkadang baik juga. Suka berlumba-lumba untuk solat berjemaah di surau, terutamanya waktu Subuh. Asyik, tenang dan mendamaikan. Pendengar setia slot tazkirah maghrib dan kembali dengan jiwa nakal dan main-main selepas keluar daripada surau. Teringat di hari terakhir sebelum tamat kolej, mereka mengadakan permainan eksplores sesama sendiri. Saling memberi hadiah untuk meraikan diri setiap ahli. Ah, kelakar bila mengimbau kembali zaman jahiliyah dan kurang matangnya mereka dahulu. The Bachelorettes bukan kumpulan glamour yang diketahui khalayak kolej mereka. Cukup mereka berasa seronok bersama-sama, sehati sejiwa dalam pelbagai perkara. Tempoh setahun sepertinya cukup untuk mereka saling mengenal hati budi masing-masing. Tetapi tamat saja kolej dan masing-masing terpisah ke universiti yang berbeza menyebabkan hala tuju sudah tidak lagi sama. Masing-masing sudah punya teman-teman baru untuk tempoh 3-4 tahun pengajian. Andai setahun di kolej mungkin tidak memberi kesan kepada ahli Bachelorettes yang lainnya, Nasyrah punya perasaan yang berbeza. Sungguh dia mengharapkan teman-teman Bachelorettes yang lain turut merasai keindahan Islam dan menikmati hidup indah dengan hati yang dekat dengan Tuhan.
Nasy!!" Sekali lagi Lisa menekan buzz. Nasyrah tersentak. "Lisa...saya tak pernah kapel and hopefully tak akan pernah kapel kecuali selepas kahwin".
"OMG" Lisa menjawab pendek.
Nasyrah terus menaip, "To me, getting married is not just about having someone as a partner for the rest of your life. It's about how the marriage and that someone, will helps us to fulfill our obligations to Allah for the rest of our life. Tidak cukup dengan mendapatkan seseorang yang kita rasa mampu untuk menyintainya, tetapi kita perlu mendapatkan seseorang yang mampu untuk kita laksanakan perintah Allah melaluinya. The marriage is supposedly for Allah. Not just for us.." Nasyrah melepaskan nafasnya perlahan. Berdebar menunggu respon Lisa.
"Wow, well said Nasy!" Ada nada positif di balik respon Lisa. "Lama dah kita tak jumpa kan? I just remember, the last time was just before we enter uni. Like almost 5 years!" Lisa kembali memberi respon,
"Yep. I miss the old times...".
"Sebenarnyakan Lisa, during my life in uni..saya telah mengalami fasa-fasa perubahan...and it was the sweetest time I could ever remember"
"What do you mean?"
"It's really such a good feeling, contented..feeling close to Allah. Feeling of doing everything in pursuit of Allah's pleasure.... I really hope that someday you'll be able to feel that way too.."
"Wow. Sounds good to me :)"
Lisa sungguh positif. Nasyrah mengucapkan hamdalah.
Maybe we should meet someday."
"Yeah, I would love to"
"anyways, Lisa dear. This is my latest picture" Nasyrah cekatan menekan share photos pada tetingkap Utusan Segera.
"Wow Nasy. pakai tudung labuh ke?? sejak bila?"
"That'll be a huge story behind that :) but one note to remember, it's not about changing the physical appearence. but to change our hearts first. hati yg baik akan membawa kepada jasad yang baik."
"Agree!!!! um, Nasy. got to go. I really hope to get back in touch with you real soon. Thanks so much for everything. you made my day!"
"Allah made your day, dear. Can't wait to meet you. May Allah's guidance be with you. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam :)"
Nasyrah tersenyum sendirian. Puji dan syukur tak terhingga buat Allah yang membawa teman-teman lamanya untuk kembali menghubunginya. Puji dan syukur tak terhingga kepada Allah yang menyirami hati mereka dengan limpahan hidayah dan mempermudahkan mereka untuk menerimanya sebagai Nasyrah yang baru. Kuatkan hati dan dirimu, Nasyrah! Masih banyak kerja yang menanti!!
(percubaan lagi untuk kembali ke dunia penulisan. sila berkomentar. moga ada manfaatnya)
No comments:
Post a Comment