Sunday, May 16, 2010

Guru Terulung


"Baca!" suara itu bergema kuat, menuju terus ke sanubari.


"Aku tidak boleh membaca!" cemas dan kaget. Nafasnya terus mendesah. Bagaimana mungkin mahu dilakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya. Dia buta huruf! Dia tidak boleh membaca! Lalu mengapa Allah yang Maha Mengetahui akan itu terus-terusan membenarkan Namus membelasah jiwanya dengan memintanya melakukan sesuatu yang sangat mustahil.


Dia buta huruf! Mustahil dia dapat membaca!




Seribu hikmah Allah di sebalik penurunan wahyu pertama ini. Seribu hikmat yang mungkin tidak ternilai harganya. Bila ar-Rasul yang mulia mula dilantik sebagai utusan Allah buat umat, dimintanya untuk melakukan sesuatu yang begitu mustahil bagi dirinya... sesuatu yang begitu mustahil di pandangan seorang manusia yang dari lahirnya seorang yang ummi....yang buta huruf. Masakan disuruh membaca pula!




Lalu harusnya diingat kepada kita, semustahil mana sesuatu itu di pemikiran dangkal seorang manusia... Yang mengarah itu tentunya lebih mengetahui bahawa kita mampu melakukannya! Ya, biar semustahil mana di segenap indera yang kita guna! Kerana ayat pertama itu berbunyi, "Bacalah dengan NAMA TUHANmu yang menciptakan!". Membaca dengan nama, membaca dengan kuasa Tuhan. Kerana Allah yang memberi kuasa dan kemampuan, menjadikan segala yang mustahil di mata manusia, tetap terlahir...tetap terzahir. Walau usahanya mungkin kelihatan sungguh mustahil memperlihatkan hasil.


Nabi Muhammad SAW yang mulia, walau tidak mampu membaca...tetap diberi pengetahuan laksana mereka yang mampu membaca. Tapi harusnya dimulakan dengan USAHA! Walau semustahil mana kelihatan usaha itu, tetapi andai itu ketetapan Tuhanmu, maka laksanakanlah! Muhammad dipeluk erat oleh Namus, diajar dan diikutinya bait-bait kalam Allah dari Namus... qadarullah, bait-bait itu tertancap kemas dalam dadanya. Bait-bait awal penurunan wahyu...titipan Tuhan Maha Pengasih buat sekalian kekasih-Nya di bumi.

Titipan Murabbi paling agung, Allah Rabbul 'alamin.



Terima kasih Tuhan kerana memilihku sebagai murid-Mu.

Sedang mungkin di kalangan murid-murid yang lain, aku di antara yang paling nakal, paling culas, paling malas, paling leka dan paling tak tentu hala.

Tapi dengan penuh sabar, penuh kasih dan penuh cinta...Kau tetap membenarkan aku untuk terus menikmati indahnya tarbiyah-Mu dan manisnya titipan tarbiyah-Mu lewat manusia-manusia lain yang mentarbiyahku.


Terima kasih tak terhingga..

kerana memberi aku peluang lagi dan lagi

untuk mengecap nikmat terbesar hingga ke hari ini

moga aku terus punya asa untuk memperbaiki diri

melakukan perubahan dengan penuh cinta

perubahan dengan penuh kesungguhan

dan moga aku benar-benar berusaha untuk mencapai Ahsanu 'amala!

3 comments:

Hawa Mahabbah said...

Subhanaallah..
teruskan perjuangan pena anda.
Insyaallah.
Allahumma faqqihna fiddeen. Ameen. =)

mawaddah (~_*) said...

salam ukhty~

masih belum terlambat rasanya nak ucap selamat hari guru buat kd=)

semoga terus kekal menjadi seorang mu'allim sukses dalam mendidik masyarakat insyaAllah~

prophet Muhammad saw is the best mu'allim,remember?heeee=p

p/s-sangat berhajat nak ketemu kd july ni biiznillah..back for good dah..saudari sudi ke?amat besar harapan sayeeeeeee^_^

Mama Hazim said...

Jazakillah ukht Hawa dan Mawaddah :)

aha, tentu lebih besar harapan saya utk bertemu ukhti..
malah tentunya lebih besar harapan kerana kelak kita bakal bekerja di padang yg sama, insya Allah :D

Allah yusahhil. moga Allah permudahkan kepulangan ukhti..
dalam tempoh itu, kuatkan diri ya ukhty! kerana transisi ini kerap kali menduga banyak daripada kita!

moga Allah terus menetapkan langkahmu, menuntunmu terus-terusan dalam tarbiyah-Nya.

tentu sekali saya rindu!