Monday, November 22, 2010

Itu nyawaku!


Hatinya berdebar-debar. Ah, aku mesti gunakan kesempatan ini untuk menyatakan setulus hati!
Dia memberi isyarat mahu berbicara.
"Saya mohon dimengerti...usrah itu seperti nyawaku!"
Matanya sudah berkaca. Dia mengalih wajahnya ke arah lain. Malu andai ada butir-butir jernih yang jatuh. Dia terus tunduk. Cuba ditahan empangan yang bila-bila masa saja akan pecah.
Dia sangat berharap untuk dimengerti. Usrah (dakwah dan tarbiyah) itu sememangnya adalah nyawanya. Kerana dengan usrah itu dia hidup, malah merasakan dirinya hidup.

Jika sebelum ini dia hidup bagai bangkai tak bernyawa, persis zombi yang tertipu dengan keindahan duniawi mahupun robot yang tidak mengerti, berpusing-pusing dalam kitaran yang tidak difahaminya.

Lalu dengan usrah ini dia berasa seperti dihidupkan semula. Hidup dalam nafas baru dan penghayatan tentang hidup yang sangat berbeza. Dia merasakan seolah seluruh hidupnya penuh makna.

Lantas bagaimana mungkin dia mahu diberhentikan daripada melakukan apa yang biasa dia lalui. Dia telah bertatih dalam jalan ini dan merasa nikmatnya yang tak terhingga. Hidup di bawah bayangan al-Qur'an dan menjunjung Islam dalam setiap segi kehidupan. Dia mahu untuk terus hidup begini dan dia sangat takut andainya suatu masa nanti dia terpaksa berhenti dan kembali menjadi bangkai tak bernyawa atau robot yang merasakan hidupnya sudah sempurna.

Tidak!
Usrah ini adalah nyawanya.
dan dengan usrah ini dia merasakan kehidupan yang sebenarnya.
Andai ada sesuatu yang menghalangnya daripada usrah ini, dia tidak mahu berkrompomi.
Lalu dia mohon dimengerti. Usrah ini adalah nyawanya, kekuatannya...dan dia mungkin tidak bisa hidup tanpanya.

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya. Dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.” (Al-Anfal: 24)

3 comments:

fi zhilalil tarbiyah said...

subhanallh..=)

Abu Khalid said...

Macamana pula kalau seorang penggerak usrah itu merasakan dirinya sendiri sudah mula menjadi robot/zombi dakwah ini?

Sekadar taqlid dan segalanya tanpa ruh?

Mama Hazim said...

Penggerak pun perlu digerakkan kalau mereka tertidur sambil berjalan (apatah lagi kalau tertidur sambil duduk mendengar taujihat).

Mungkin masing-masing perlu tampalkan notis, tolong kejutkan saya kalau saya tertidur (lagi)!

Lalu siapa-siapa yang masih jaga berebutlah peluang pahala untuk mengejutkan mereka yang tertidur.