Monday, November 22, 2010
Itu nyawaku!
Bisakah menjadi Rumaisa'?
Thursday, November 18, 2010
Wa Islaaamah!
Qutuz memberikan arahan agar tentera Islam keluar menzahirkan diri secara berperingkat, satu katibah demi satu katibah.
Ketika katibah pertama turun dari bukit dan menghampiri tentera Tatar, Katabgha (Kitbuqa) dan tentera Tatar menjerit ketakutan. Katibah ini turun dengan memakai pakaian berbelang putih dan merah. Keseluruhan peralatan senjata mereka dihias cantik. Mereka turun dalam keadaan tersusun. Pergerakan mereka sama dan seimbang.
Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: “Pasukan apakah ini?”
Sorimuddin menjawab: “Inilah katibah Sanqar ar-Rumi.”
Kemudian turun pula katibah kedua. Katibah ini memakai pakaian berwarna kuning dan membawa senjata yang berhias indah. Mereka juga turun dalam keadaan tersusun, pergerakan yang sama dan seimbang.
Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: “Pasukan apakah ini?”
Sorimuddin menjawab: “Inilah katibah Balban ar-Rasyidi.”
Kemudian turun pula katibah seterusnya dengan memakai pakaian berwarna lain. Setiap kali katibah baru turun, Katabgha akan bertanya kepada Sorimuddin: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin yang tidak mengetahui keseluruhan nama-nama katibah Mamalik mula mereka-reka nama tertentu untuk menambahkan ketakutan Katabgha.
Tentera Mamalik terpecah kepada banyak katibah. Setiap katibah akan memakai warna tertentu yang membezakannya dengan katibah lain. Kuda mereka akan dihias dengan warna yang sama. Begitu dengan senjata, khemah dan bahkan rumah-rumah mereka di Mesir. Semuanya akan diwarnakan dengan warna katibah masing-masing.
Semua katibah ini adalah sebahagian tentera Islam yang dipimpin oleh Baibras. Baki tentera yang masih lagi ramai menyembunyikan diri bersama Qutuz.
Gendang mula dimainkan oleh pasukan gendang tentera Islam. Sudah menjadi kebiasaan tentera Mamalik, mereka akan meletakkan satu pasukan gendang di medan perang. Mereka memainkan rentak yang akan memberikan isyarat tertentu kepada tentera Mamalik.Isyarat tersebut hanya mampu difahami oleh tentera Mamalik. Setiap pergerakan tentera akan ditentukan oleh gendang tersebut.
Pasukan Baibras sudah berada hampir dengan tentera Katabgha. Peperangan sudah semakin hampir.
***
Qutuz berada di tengah-tengah medan peperangan memberikan semangat kepada tentera Islam. Beliau melaungkan: “Wa Islaamah. Wa Islaamah. Wa Islaamah. Ya Allah bantulah hambamu, Qutuz untuk menghancurkan Tatar.”
***
Qutuz sujud ke bumi mensyukuri kemenangan tersebut. Beliau dan tenteranya berjaya membunuh kesemua tentera Tatar. Ya! Kesemuanya. Tidak ada seorang pun dari tentera Tatar yang berjaya melepaskan diri mereka hidup-hidup. Semuanya mati dibunuh oleh tentera Islam di dalam peperangan yang cukup hebat ini.
Wa Islaamah!
Duhai Qutuz pengganti Sobarku. Moga kamu bisa menjadi perajurit Tuhan yang mendesakku agar bangkit di saat umat semakin sempit dan menghimpit.
Qutuz yang tidak membiar diri terkulai kesejukan di saat seluruh umat membeku lesu.
Qutuz yang bisa bangkit dengan semangat menderu-deru dan mengejutkan dunia, bahawa kita umat Islam tetap punya asa dan daya.
Wa Islaamah!! Wa Islaamah! Wa Islaamah!
“Ada pun diriku, sesungguhnya ia sedang menuju surga. Ada pun Islam, ia mempunyai Tuhan yang tidak akan membiarkannya.”
Thursday, November 4, 2010
Andai itu yang terbaik
Saat berada di persimpangan
dan kita sarat berfikir untuk membuat pilihan
ke kiri atau ke kanan
ke belakang atau ke hadapan
ah, bisa saja ia terjadi saat kita dalam perlawanan
bukan takut atau pengecut
cuma kita perlu sedikit waktu yang mungkin membuat dahi berkerut
kerana kita mahu hati-hati dalam melangkah
biar nampak perlahan asal tidak menggelabah
tapi tidak juga bisa menjadi seperti lelabah
yang berputar-putar di balik sarangnya yang lemah.
Ambil masa sejenak
tirai di hati diselak
bagaimana kondisi imanmu saat ini?
apakah degupannya kuat menguasai diri?
atau kamu sedang berhibernasi
langsung tak sedar al-hawa’ yang berkrompomi
lalu bagaimana kamu mahu langsung membuat pilihan
sedang yang dikelilingmu ialah syaitan?
Kembali merawat hati
kerana hati yang sihat bersambung terus dengan Ilahi
agar kita bisa mendapatkan signal
dan tidak terhenti saja di terminal
langsung tidak tahu bila mahu berlepas
dek diselubung perasaan was-was.
Dan kau tetap berharap
andai saat ini di terminal masih terperangkap
kau akan tetap berusaha
dengan segala daya dan cara
untuk tetap bisa mendapatkan signal itu
dan hati langsung kembali bersambung
terus ke langit tertinggi
mengharap redha Ilahi.
Lalu dari kejauhan ini
aku ingin terus-terusan menghantar mesej tanpa henti
Andai ini yang terbaik, permudahkanlah ya Rabbi!
andai bisa saja ini membawa keburukan,
maka aku mohon dijauhkan
dan aku mohon agar bisa diberi kekuatan
untuk tetap teguh dalam iman
juga ketaqwaan
yang terjahit kemas sebagai pakaian.
(Seputar sesi tafsir dalam QC sebentar tadi. Oh, bukankah kita disarankan untuk beristikharah dalam setiap perkara! )