Sunday, January 10, 2010

terpana dengan kelemahan



Kadang-kadang kita sering 'terpana' dengan kelemahan sendiri lalu menganggap kelemahan tersebut sebagai penghalang kita untuk cepat bergerak dalam melaksanakan tanggung jawab da'wah.
"Saya tak macam dia, saya antisoc, pendiam, tak reti cakap..."
"Saya memang pemalu! Nampak je orang lain, saya yang rasa nak lari sembunyi dulu!"
"Saya banyak jahiliyahnya dulu, kurang ilmunya, seganlah.."

Lalu marilah kita sama-sama mengamati kisah Nabi Musa.

Jika kita mengatakan bahawa kelemahan kita ialah tidak reti berkata-kata, maka Nabi Musa malah mempunyai kesukaran untuk berkata-kata. Bila berkata tidak jelas, mungkin saja lebih ramai orang akan mengejeknya bila mendengar seruannya. Tetapi adakah Nabi Musa back off dari menyandang tugas da'wah yang diberi Allah?

Jika kita mengatakan pahitnya jahiliyah kita dulu, maka lihatlah Nabi Musa yang pernah terbunuh seorang pemuda Qibti. Maka adakah jahiliyah kita lebih besar atau lebih hebat dari apa yang dirasai oleh Nabi Musa? Bayangkan bagaimana Nabi Musa harus kembali kepada masyarakat yang mungkin saja telah melabelnya sebagai pembunuh? Tetapi adakah Nabi Musa bertindak melarikan diri dari tugas da'wah?

Jika kita mengatakan betapa takutnya kita berhadapan dengan manusia lainnya, maka bayangkanlah bagaimana Nabi Musa terpaksa berhadapan dengan seorang yang paling berkuasa di saat itu, yang menganggap dirinya sendiri sebagai Tuhan...malah orang yang paling berjasa dalam hidupnya kerana sejak dari kecil dibesarkan olehnya (Firaun). Lalu adakah Nabi Musa berundur daripada melaksanakan tugasnya?

Ah, kadang-kadang kelemahan dan kekurangan kita itu tidaklah seberapa. Selalunya yang menjadi permasalahan datang daripada dalam diri kita sendiri. Lantas, apa yang perlu dilakukan? LAWAN!!!!!!!!!!!!!

Bergembira dan bersyukurlah dengan kekurangan yang ada. Kerana pastinya kekurangan dan kelemahan itu anugerah Allah untuk kita menggandakan pahala dalam bermujahadah mengatasi kelemahan dan kekurangan tersebut. Be positive!!

dan ohye, teruskan berdoa dan berusaha meningkatkan hubungan dengan Allah. Kerana daripada Allah jualah sumber segala kekuatan ;)Justify Full

4 comments:

Lebah said...

oh sedara kembarku!

Mama Hazim said...

hehe..
kuchinque pun boleh kembar dengan lebah kan?
hebat2 =D

mawaddah (~_*) said...

jazakillah ats pencerahan kd=)

dan nabi Musa juga perlu sokongan & kekuatan sahabah yang hinggakan dia meminta seorg teman Nabi Harun=p

begitu juge wddah perlukan kd di dlm perjuangan ini sbgai Quwwah diri;)

Mama Hazim said...

dan lebih2 lagi kd juga perlukan waddah sbg quwwah dan qudwah ;)

insya Allah saling bergandingan dan membantu.