Thursday, January 7, 2010

mempermainkan?


Abang awak yang baru SPM tahun lepas dah kerja? Di mana?
Kerja kat hotel. Jadi pelayan. Hidang arak.

Tak boleh cari kerja lain ke?

Mana nak dapat kerja gaji ribu-ribu macam tu, cikgu.
Awak kena tolong bagitau abang awak, cikgu ada cakap yang orang Islam tak boleh hidang arak.

Takpe. Abang saya cakap dia kuat iman.

Bukan masalahnye tu.. orang Islam memang tak boleh hidang arak. Haram. (oh, I just made myself sound like orang yg suka menunjuk2 itu ini haram. tsk!)
Tapi.. mana abang saya nak dengar cakap saya. Emak saya suruh kerja lain pun dia tak nak dengar!

oh~

Di sebalik kekecohan mengenai penggunaan nama Allah, ada baiknya kita diam dan berfikir sejenak. Mungkin saja tindakan kita lebih bersikap reaktif daripada proaktif. Berbuat bising dan bingit bila saja Allah dan Islam dipermainkan oleh kufar, tetapi tiada tindakan proaktif positif dalam menunjukkan bahawa kita benar-benar menghormati Allah dan agama Islam itu sendiri. Ah, masakan sang kuffar mahu menghormati Allah dan Islam andai kita sendiri tidak mampu memperlihatkan yang kita benar-benar menghormati Allah dan Islam ini sebagai agama yang berdarah daging dalam diri kita?
Menghormati, dalam erti kata benar-benar melaksanakan segala tuntutannya!

Mereka mungkin mempermainkan nama Allah, tapi mungkin saja tanpa sedar kita sebenarnya mempermainkan Allah pula!
(dengan tidak melaksanakan tuntutannya, secara keseluruhan)

Wa'iyauzubillah.
Faghfirlana Ya Robb..

pic source

No comments: