Tuesday, January 19, 2010

manusia


Manusia dan bermacam ragamnya. Saya yakin itu tarbiyah daripada Allah yang saya sedang hadapi ini. Mungkin tarbiyah yang tidak ternilai harganya apabila perlu berhadapan dengan ratusan pelajar dan perangai yang tidak sama setiap satunya. Tarbiyah untuk mengenali manusia danbelajar mengendalikan manusia (read: dealing). Walaupun saya seorang manusia, tidak bererti saya sudah cukup mengenali manusia. Lantas, terasa betapa agungnya kuasa yang menciptakan kita dan betapa ceteknya ilmu yang ada pada kita.

Bertemu dengan pelajar yang 'outstanding' memang pengalaman yang baru untuk saya. Ada yang hiperaktif, ada yang sangat 'loud', ada yang ke sekolah dengan misi yang lain (bertemu geng kampung dusunnya) dan bermacam-macam lagi. Semalam mungkin pertama kalinya saya sedikit tegang dengan mereka. Tetapi di akhirnya, saya cuba consult setiap seorang pelajar yang bermasalah itu. Saya cuba untuk faham keadaan mereka walaupun kebanyakannya hanya diam membisu dan mengharapkan saya untuk berleter dan berceramah. "Saya bukan nak berceramah, saya nak tanya awak. Sekarang awak yang kena cakap, bukan saya". Saya fikir, pelajar-pelajar ini mahu didengari. Cuma mungkin masih berat untuk mereka memilih telinga saya sebagai pendengarnya. Mungkin juga kerana masih kurang rasa antara hati kami.

Saya tersentuh dengan seorang pelajar ini. Saya panggil dia yang pertama sekali dan cuba bercakap dengan nada yang paling lembut. Akhirnya dia mengaku hanya mengikut telunjuk seorang ketua geng kampung dusun di dalam kelas itu. Kasihan, saya dapat rasakan dia pelajar yang baik dan dia berjanji untuk tidak ponteng kelas lagi selepas ini. Hari ini saya melihat dia bersungguh-sungguh sedikit semasa belajar. Bila saya memberi latihan dan meminta mereka mencuba sendiri dahulu sebelum mencari jawapannya di dalam buku, dia mencuba sedaya upayanya walaupun tidak banyak yang dapat dijawabnya. Saya doakan moga Allah membuka hatinya dan menjadikan dia manusia yang bermanfaat pada dunia serta beroleh kejayaan akhirat.

Saya belum betul-betul dapat menyelami ketua geng itu, entah apa yang ada dalam fikirannya. Dia bukannya tidak bijak, tetapi memilih untuk tidak belajar. Hari ini bila ditanya tentang cita-cita, katanya mahu jadi mat rempit. Oh!

Pelajar-pelajar ini kebanyakannya bukan orang berada. Ada yang ayahnya bekerja sebagai jaga, pemandu, pekerja kilang dan peniaga kecil dengan pendapatan mungkin sekitar RM800 sebulan. Apakah mereka tidak cukup memahami beban tugas ayahbunda yang bersusah payah? Atau apakah kerana kemiskinan ini, mereka lantas berfikir bahawa ke sekolah pun tidak akan mengubah apa-apa?

Pelajar itu manusia.
Manusia yang punya hak untuk disantuni.
Moga Allah kuatkan hati dan iman, untuk membimbing mereka kembali menemui jalan ke destinasi gembira abadi.

I do love them with all my heart.

4 comments:

mawaddah (~_*) said...

slm kd=)

jeles betul ngn kd..tetbe rase nk jadi cikgu..kite tukar boley?=p

alhmdllh dr cite kd rasa cikgu betul2 dekat dgn kerja kite.n at the same time sharpen your skill dlm mentrbyh..huhuhu..alhmdulillah turut tumpang bahagia dgn enti=)

pejamkan mata,betulkan niat,yakin n lajukan langkah dgn amal yg berterusan..doa utk kd sentiasa menyusul dr bumi russia(*_~)

Mama Hazim said...

jazakillah, waddah :)

Jadi doktor pun insya Allah dapat sharpen your skill dalam D&T. tapi mad'unya di kalangan org yang lebih hebat lagi. nak tahu lanjut, kena tny dgn mereka yg dah jd doktor..hehe.

insya Allah apa yang Allah telah tetapkan utk kita itu yg terbaik dan sesuai mengikut kemampuan kita.

Anonymous said...

Pelajar-pelajar ini kebanyakannya bukan orang berada. Ada yang ayahnya bekerja sebagai jaga, pemandu, pekerja kilang dan peniaga kecil dengan pendapatan mungkin sekitar RM800 sebulan. Apakah mereka tidak cukup memahami beban tugas ayahbunda yang bersusah payah? Atau apakah kerana kemiskinan ini, mereka lantas berfikir bahawa ke sekolah pun tidak akan mengubah apa-apa?


salam, sebagai seorang pelajar yang belajar dan terpelajar. Saya sekadar berkongsi pendapat bedasarkan pengalaman saya. pucuk pangkal bermula dari rumah.

"Apakah mereka tidak cukup memahami beban tugas ayahbunda yang bersusah payah?"

yes, setuju dengan persoalan ini. tapi cikgu kd...

jiwa mereka sedang kacau. ayahbunda asyik marah2 di rumah. Ayahbunda terlupa, anak juga punya perasaan. Ayahbunda terlupa nk didik anak. Ayahbunda x memenuhi kekosongan hati seorang anak. ayahbunda asyik perang sesama sendiri.

dll..

stress doh!

Mama Hazim said...

Cik Anon.
Setuju, ayahbunda mungkin menjadi antara faktornya. tapi tak boleh salahkan kepada mereka semuanya.

selalunya cikgu salahkan ayahbunda, ayahbunda salahkan cikgu. kalau sume orang asyik tunding kat orang lain, sampai bila pun masalah tak selesai..ye tak?

sbb tu, kita kena sama2 fikir dan bertindak utk memperbaiki keadaan =)

maaf jika post saya tu seperti menunding kepada pelajar pulak.jangan terasa pula wahai cik anon yang belajar dan terpelajar.

I guess you are wise enough to understand ;)