Friday, March 14, 2008

Semua perlu bekerja keras


Melihat keadaan yang semakin hangat sekarang, saya berasa tersentak. Bara-bara perkauman sengaja ditiup pihak-pihak tertentu agar marak menjadi api yang bisa merebak dan membakar. Golongan yang kononnya matang, berpendidikan dan berpengalaman, tetapi berpenrangai kebudak-budakan. Saya yang sememangnya masih kebudak-budakkan pun terasa malu melihat gelagat mereka yang sekiranya ditanya kepada budak-budak pun tahu apa yang patut dibuat. Inilah yang berlaku apabila nafsu amarah tidak dikawal, tidak kiralah orang itu sudah belajar setinggi mana, berpengetahuan seluas mana tetapi tidak bijak mengawal emosi boleh membawa mudarat yang tidak terjangka.

Perasaan ketika ini? Rimas dengan tiupan-tiupan busuk pihak yang suka api membuat onar, kecewa dengan orang-orang 'dewasa' yang berperangai macam budak-budak (i.e. Tarik balik kelebihan yang diberi sebab orang lain menang) dan sikap tidak mahu bertolak-ansur antara mereka. Konon semuanya nak memperjuangkan kepentingan rakyat, tapi tak nak pula bersatu nak membantu rakyat. Itu nak ditarik balik, tak nak pedulikan yang ni sebab dah tak ada kena mengena. Oh, Behave! Sangatlah macam budak-budak yang tak matang. Tak boleh ke, nak duduk semeja, sambil minum, cakap baik-baik. Bincanglah apa yang terbaik untuk semua kepentingan rakyat. Saya cuma tak nak sebab orang-orang 'dewasa' yang perangai macam budak-budak ni, rakyat yang jadi mangsa.

Ok, stop blabbering about politics! Politic can be so yucky when it doens't follow the true rules. The rules of Islam that has been given to us right from God. God knows better, more than people yang perasan ilmu dan pengalamannya cukup luas dalam bidang politik ni. God created us, He knows us inside out for sure! The only solution is, back to the Qur'an and sunnah. Tapi kalau orang yang sombong sangat, memanglah.. cakap Allah pun tak nak ikut. Aduss.. Dah hebat sangat ke?

Ataupun mungkin mereka ni termasuk dalam golongan orang-orang yang masih tak dapat faham Islam dan tak tahu bahawa Islam ni bawa kebaikan untuk seluruh ceruk alam. Termasuklah golongan yang masih tidak kenal Islam so that they don't know kenapa lah Islam ni sebenarnya sangat penting untuk diaplikasikan dalam hidup. Mana taknya, kalau selama wujudnya Islam kat sini yang rata-ratanya ditunjukkan oleh orang melayu yang kononnya 'Islam' tidak langsung mempamerkan ciri-ciri Islam yang sebenar. Misconception, kesalah fahaman terhadap Islam tidak dapat dinafikan lagi.

Maka, bara-bara yang semakin merah menayala ini sepatutnya menyebabkan muslim di sekitarnya terselar dek kepanasannya.muslim lah yang sepatutnya bekerja keras untuk menonjolkan, mempamerkan dan mengamalkan kehidupan sebagai muslim yang sebenar. muslim lah yang perlu bekerja keras untuk menyedarkan, memahamkan dan menerangkan kepada masyarakat bahawa hanya dengan mengikuti ajaran Islam yang sebenar, segalanya akan menjadi baik. Dan muslim yang saya nyatakan di sini dengan sengaja tidak meletakkan huruf besar dihadapan (supaya tidak tertumpu kepada seseorang yang menyatakan namanya sebagai Muslim sahaja tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan) adalah dimaksudkan kepada semua orang yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Semua orang ini bertanggungjawab untuk memberi kefahaman dan membuktikan Islam yang sebenar. Semua orang ini lah yang perlu menggengam bara api yang semakin merah ini sehingga jadi arang.

Apa yang sedang terjadi pada waktu ini, mungkin adalah suatu peringatan kepada kita kerana kita semua perlu bekerja keras!

1 comment:

Hilman Nordin said...

salam.
benar. inilah masanya, bagi tempat tertentu terutamanya.. bila kekuasaan sudah dimiliki, Al-Quran dan Sunnah lebih mudah untuk dimuliakan (bukan letak atas rak shj, tp diaplikasikan.)

Inilah juga masanya untuk clean balik perjuangn nasionalis sempit yg bermain dengan Islam atas nama perlembagaan.

Kerja keras!