Sebulan tersepit di celah-celah kesesakan Februari, saya kini boleh kembali bernafas lega. AlhamduliLlah, saat-saat menyesakkan jiwa itu telah berlalu pergi dan saya sangat bersyukur diberikan kekuatan olehNya untuk mengharungi segala kesukaran. Dan saya amat yakin, Allah yang telah membantu saya dalam keadaan sukar itu. Dengan tugasan dan ujian yang datang bertalu-talu, saya amat bersyukur dapat mengharunyi dengan baik.
Banyak juga perkara 'luar biasa' atau luar daripada kebiasaan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh itu. Akibat terlalu banyak tugasan dan kekangan masa untuk menyiapkannya, saya terpaksa menjadikan ulangkaji untuk ujian sebagai nombor dua sehinggalah saat hari ujian berkenaan. Sekiranya ujian itu pada jam 10 pagi, saya hanya sempat untuk mula ulangkaji pada awal paginya. Kadang-kadang saya masuk menduduki ujian tanpa mengulangkaji walau apa pun, tetapi dengan izin Allah perkara yang 'luar biasa' itu tidak mustahil. Dan saya amat bersyukur :)
Beberapa hari yang lalu saya menduduki peperiksaan pertengahan semester. Saya telah berusaha seupaya mungkin dengan waktu yang ada untuk mengulangkaji. Tiba di dewan ujian, datang seorang teman bertanyakan soalan mengenai suatu masalah yang tidak difahaminya, kebetulan saya terlupa untuk mengulang kaji bahagian itu dan kami cuba menyelesaikan masalah itu bersama-sama. Dengan izin Allah juga, soalan yang berkaitan dengan masalah itu muncul dalam peperiksaan tersebut :)
Suatu hari, sahabat saya yang menuntut di sebuah institut di Kuala Lumpur akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Penerbangannya dirancang untuk mula bertolak malam itu. Namun begitu, saya mempunyai kelas amali pada petang itu dan kuliah pada malamnya. Saya bercadang untuk menumpang kelas amali yang dijalankan pada paginya supaya saya dapat ke KLIA untuk menghantar sahabat itu pergi. Namun begitu, saya mesti menyiapkan laporan amali untuk dihantar pada kelas amali tersebut. Saya telah melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan saya dengan bertungkus-lumus menyiapkan laporan tersebut dan tidur pada jam 4.30 pagi. Saya bangun kembali pada jam 5.50 pagi namun selesai Subuh, kepala menjadi pusing dan saya tidak mampu untuk ke kelas amali pagi. Alhamdulillah saya masih dapat mencuri ruang di waktu petang untuk menghantar sahabat saya sebelum dia berlepas pergi.
Saya ingin sekali menulis satu entri khas buat sahabat istimewa ini, kerana dia telah membantu saya untuk membuka hati dan membenarkan cahaya menerangi hati ini kembali. Being someone so inspiring, so thoughtful, so.... warming. I miss your presence, Bai-ya. And I'm very much thankful to meet you :)
To Bai-ya,
Ingat lagi tak, masa kita mula-mula jumpa. Awak dan kawan-kawan awak semua datang paling lambat. Awak pun ambil tempat sebelah saya. Selepas 'cikgu' di depan selesai menerangkan sesuatu dan awak dapati saya tak faham, awak cepat-cepat tolong jelaskan. Saya pernah tanya awak, "Kalau awak terpaksa berhenti belajar, awak sanggup kah?". Waktu itu, saya rasa belajar adalah segala-galanya untuk saya. Saya mengukur kejayaan dan kehebatan seseorang pada kepandaiannya dan pelajarannya. Dan awak dengan tenang berkata, "Kalau Allah yang nak saya berhenti belajar, saya yakin Allah lebih tahu apa yang lebih baik."

Bai-ya, saya kagum dengan kesungguhan awak. Bila buat sesuatu, awak buat bersungguh-sungguh. Bila belajar sesuatu, awak cepat-cepat cuba amalkan. Saya harap untuk jadi macam awak, buat sesuatu tanpa terlalu berkira.
Bai-ya,
jadilah seperti teratai yang hidupnya mengindahkan alam.
Biar setinggi mana kudupnya pergi, akarnya masih kukuh mencengkam dasar.
Si teratai tahu, dengan membuka daunnya seluas-luasnya
dengan menyebarkan benihnya sejauh-jauhnya, lebih banyak teratai yang akan tumbuh.
Mekar menghiasi alam.
Si teratai tahu, secantik mana rupanya di permukaan, tempat asalnya adalah lumpur di dasar kolam.
Dedicated to Bai-ya :)

No comments:
Post a Comment