Wednesday, September 15, 2010

Nak duit raya ke?

Selesai saja makan kuih raya, budak-budak itu senyum tersipu-sipu.
"Nak duit raya ke?" Sengaja saya berbahasa basi. Sudah gaharu cendana pula.
"Tak nak!" Kata seorang budak lelaki di satu sudut. Kawan-kawannya yang lain menjeling.
"Dia je yang tak nak!" Mereka yang lain menjawab hampir serentak.
"Wah, baguslah tu! Kita beraya ni bukan sebab nak duit raya tau! Kena ikhlas.."
Terdiam sebentar.
"Tapi saya akan tetap bagi duit raya. Cuma, siapa yang nak duit raya..kena jawab soalan dulu!"
Mereka kelihatan teruja.
"Soalan yang pertama untuk siapa yang nak ambil UPSR minggu depan ni, What is the biggest planet in the solar system?"
Budak tahun enam tu senyap saja. Kawannya yang di tahun lima sibuk cuba menjawab.
"Jupiter!"
"Wah, bagus. Nah duit raya untuk awak! Soalan yang kedua, apakah rukun Islam yang kedua?"
"Solat lima waktu!" Berebut-rebut mereka cuba menjawab.
"Soalan yang ketiga, berapakah rakaat solat Isya'?" Saya memilih soalan secara rawak. Mana-mana yang terlintas di fikiran saja.
"Apakah niat solat subuh?"
"Usolli fardhu subhi rak'ataini ada-an lillahi ta'ala!"
Wah, kagum sebentar. Jarang-jarang jumpa budak yang mampu baca niat solat dalam bahasa Arab.

Subhanallah. Tercapai juga hasrat untuk membuat satu kelainan di hari raya kali ini. Saya berasa perlunya kita cuba untuk mengubah mindset budak-budak sekarang tentang hari raya. Hari raya bukannya bermaksud semata-mata untuk duit raya. Mungkin bagi sesetengah orang, "tak apalah. Sekali setahun je. Biar budak-budak tu seronok dapat duit raya." Bagi saya, masalahnya bukan itu. Masalahnya, budak zaman sekarang ni terlalu terdidik dalam budaya materialistik. Apa saja yang dilakukan, mahu ada ganjaran secara fizikal sahaja. Kalau setakat dapat pahala, tak naklah! Sepertinya ganjaran fizikal yang bersifat dunia sementara itu lebih berharga buat mereka. Sebab tu, bila dah sekolah menengah...solat tak terasa sebagai keperluannya, berbuat dosa seperti tidak ada apa-apa masalah..kerana mereka tidak mampu untuk menilai yang ghaib itu. Ganjaran yang tidak mampu dicapai oleh pancaindera tetapi dijanjikan oleh Allah bahawa ia jauh lebih bernilai daripada apa yang ada di dunia ini.

Ah, yang lebih merisaukan saya...bila mereka hidup untuk sesuatu yang berupa fizikal semata, maka bagaimana mahu mempercayai perkara yang ghaib itu? Bagaimana dengan rukun iman kita yang mempercayai segala yang ghaib! Sains contohnya, hanya mempercayai sesuatu yang dapat dicapai oleh pancaindera dan ditafsir oleh otak. Maka saya lebih suka untuk menjelaskan bahawa pancaindera kita sebenarnya sangat terhad untuk mentafsir semua perkara sepertimana kita tidak mampu untuk melihat, mendengar, merasa, menyentuh mahupun menghidu perasaan yang hadir daripada hati seperti sedih, marah, sayang dan segalanya tetapi kita percaya bahawa semua perasaan itu wujud walaupun hakikatnya ia ghaib menerusi pancaindera kita. Kita percaya perasaan-perasaan ini wujud kerana kita dapat merasai kehadirannya melalui hati kita dan di sanalah iman itu terwujud sebenarnya! Perkara-perkara ghaib yang diberitahu oleh Allah melalui ar-Rasul tercinta itu mampu dipercayai kewujudannya melalui hati kita, sebagaimana hati kita percaya bahawa segala perasaan-perasaan itu wujud.

It's appearance vs. reality!

1 comment:

Anonymous said...

KDee,

Thanks for the video :) Nak tumpang share kat FB ek. Syukran.