Tuesday, September 28, 2010

Muhasabah mode

"Saya rasa macam munafik!"
Saya memandang ukti yang saya kagumi itu, dia melepaskan nafas perlahan.
"Kalau macam tu, saya rasa lagi double munafik... "

Benar, keadaan kita sekarang benar-benar berbeza dari saat kita mula-mula mengenal tarbiyah dulu...saat terasa hidup ini begitu indah bila disapa bayu tarbiyah yang mendamaikan. Lalu bila sudah semakin jauh kaki melangkah dan semakin banyak tanggungjawab yang digalas, malah dengan kerja-kerja dunia yang menghimpit maka mungkin saja si daie yang kurus-kering dan kusut masai kadang-kadang turut tergoda dengan kesenangan dunia.

Ah, senang saja dunia itu mempamerkan indahnya bersenang-senang dan bermalas-malas!

Hai, mudah sungguh dunia itu mempamerkan sudah tiba masanya untuk kamu memikirkan hal diri kamu dan kehidupanmu!

Lalu dengan nafas dan tenaga yang berbaki, berusahalah sehabis daya agar seluruh usahamu selama ini tidak sia-sia. Lihat jejak-jejak yang kita tinggalkan dulu. Betapa perjalanan susah-payah sudah kita lakukan untuk tidak terus tenggelam dalam lumpur yang membusuk. Betapa dengan penuh kasih-sayang, Allah memilih kita untuk keluar daripada lumpur berpenyakit itu, memuliakan kita dengan tugas suci ini dan sentiasa memberi kita peluang untuk mendaki lebih tinggi ke arah mencapai puncak redha-Nya. Lantas, apakah kita mahu mempersia segala peluang yang telah diberi ini? Apakah ada yang lebih hebat untuk kita kasihi daripada hebatnya kasih Ilahi mahupun segala yang dijanjikan untuk kita di syurga nanti? Apakah ada apa-apa di dunia ini yang mampu menandingi segala yang ada di syurga nanti?

Ah, rehat saja di syurga nanti!

Bermalas-malas saja di syurga nanti!

Bersenang-senang saja di syurga nanti!

Fikirkanlah masa peribadimu di syurga nanti!

Mintalah dan dapatkanlah segala apa yang dihajati di syurga nanti!

Hoi dunia, jangan kau ganggu aku lagi!

Aku mahu menewaskanmu, biar kau jadi tawananku. Bukan aku menjadi tawananmu!

Lalu bila kau jadi tawananku, biar aku gunakanmu sesukaku untuk mendapatkan syurga!
Syurga!

Syurga!
Syurga!
Ah, kau ni memang gila!

Biarkan aku bahagia dipanggil gila, kerana ar-Rasul juga dipanggil begitu..
dan hanya si gila syurga saja yang bisa mendapatkannya...sebagaimana sahabat-sahabat berebut-rebut untuk mendapatkannya!

"Ini adalah urusan syurga!
Andainya ini memberi sesuatu selain darinya, maka aku akan itsar denganmu!"

2 comments:

TiNi iNTi said...

ohhh..kak kd mintak link kan dekat fb boleh??

Mama Hazim said...

oh, silalah adikku sayang =)