Baru sahaja tamat peperiksaan akhir semester ini petang Khamis yang lalu, dan berakhirlah satu lagi semester di sini. Tamat sahaja peperiksaan, aku bergegas ke destinasi seterusnya. Tidak sabar rasanya ingin mengutip iman dan semangat semula serta berada bersama mereka yang dapat menghangatkan hati-hati yang dingin, mereka yang sama-sama ingin menyambungkan rantai-rantai perjuangan sejarah dahulu dan mereka yang sama-sama inginkan yang terbaik untuk semua. Alhamdulillah, aku telah dipertemukan oleh Allah akan nikmat-nikmat ini.
Sungguh cepat masa berlalu. Tamat semester 6 bermakna hanya tinggal satu semester untuk berada di sini (satu semester lagi digunakan untuk praktikal), membuatkan hati ini sedikit gusar. Satu semester yang mesti digunakan dengan cara yang paling efektif untuk mendapatkan hasil yang paling optimum. Hasil yang membolehkan rantai-rantai ini terus bersambung dan bergerak mencapai target yang diinginkan. Sejak semester lepas telah memikirkan perkara ini, tetapi sejak tamat semester ini perkara ini seolah-olah menekan aku untuk berfikir mencari jalan secara pantas agar segala perancangan dapat dijalankan dengan lebih teratur.
Semester yang baru lepas ini tidak dinafikan memang melelahkan. Tercungap-cungap aku menyelesaikan satu demi satu tugasan yang tidak henti-henti bertandang. Mungkin juga bukan soal tugasan yang banyak, tetapi terpaksa membuat semula tugasan yang telah hampir siap menyebabkan banyak masa ditumpukan dalam menyelesaikan hal-hal dunia ini. Alhamdulillah, Allah telah menetapkan hati ini. Aku tidak mudah melatah dan tidak juga berasa terbeban. Semua yang ditakdirkan Allah, walau kelihatan seteruk atau seburuk mana pada pandangan kita, pastinya pilihan yang terbaik untuk kita. Ayat favoritku pada setiap saat dan ketika :)
...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ۞
(2:216)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." ۞
(2:286)

Maka, optimis sajalah! bukankah...
Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said,
Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said,
"Allah the Exalted says: `I am as my slave expects me to be, and I am with him when he remembers Me. If he remembers Me inwardly, I will remember him inwardly, and if he remembers Me in an assembly, I will remember him in a better assembly.''
[Al-Bukhari and Muslim].
[Al-Bukhari and Muslim].
No comments:
Post a Comment