My sweet little brother used to call me Super Girl once. I love it, coz I want to be a hero... someone who can go and save the world. Yet, he is very determined to become a Super Hero too. He is 7-year old and has just created a theme song for himself. and here it goes...
LAGU AMMAR
Ammar jadilah Super hero penyelamat dunia Ammar oh Ammar jangan jadi orang jahat walaupun takda kuasa jangan jadi nakal Ammar jangan jadi nakal.
See how sweet he can be? Oh, I really hope that he can be a hero someday. A hero for the Muslim ummah. Like Sultan Muhammad al-Fateh, or Salahuddin al-Ayyubi or at least like Usamah bin Zaid. My super hero brother, Ammar Afifi. Go save the world!!!
Baru sahaja tamat peperiksaan akhir semester ini petang Khamis yang lalu, dan berakhirlah satu lagi semester di sini. Tamat sahaja peperiksaan, aku bergegas ke destinasi seterusnya. Tidak sabar rasanya ingin mengutip iman dan semangat semula serta berada bersama mereka yang dapat menghangatkan hati-hati yang dingin, mereka yang sama-sama ingin menyambungkan rantai-rantai perjuangan sejarah dahulu dan mereka yang sama-sama inginkan yang terbaik untuk semua. Alhamdulillah, aku telah dipertemukan oleh Allah akan nikmat-nikmat ini.
Sungguh cepat masa berlalu. Tamat semester 6 bermakna hanya tinggal satu semester untuk berada di sini (satu semester lagi digunakan untuk praktikal), membuatkan hati ini sedikit gusar. Satu semester yang mesti digunakan dengan cara yang paling efektif untuk mendapatkan hasil yang paling optimum. Hasil yang membolehkan rantai-rantai ini terus bersambung dan bergerak mencapai target yang diinginkan. Sejak semester lepas telah memikirkan perkara ini, tetapi sejak tamat semester ini perkara ini seolah-olah menekan aku untuk berfikir mencari jalan secara pantas agar segala perancangan dapat dijalankan dengan lebih teratur.
Semester yang baru lepas ini tidak dinafikan memang melelahkan. Tercungap-cungap aku menyelesaikan satu demi satu tugasan yang tidak henti-henti bertandang. Mungkin juga bukan soal tugasan yang banyak, tetapi terpaksa membuat semula tugasan yang telah hampir siap menyebabkan banyak masa ditumpukan dalam menyelesaikan hal-hal dunia ini. Alhamdulillah, Allah telah menetapkan hati ini. Aku tidak mudah melatah dan tidak juga berasa terbeban. Semua yang ditakdirkan Allah, walau kelihatan seteruk atau seburuk mana pada pandangan kita, pastinya pilihan yang terbaik untuk kita. Ayat favoritku pada setiap saat dan ketika :)
...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ۞ (2:216)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." ۞ (2:286)
Maka, optimis sajalah! bukankah...
Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said,
"Allah the Exalted says: `I am as my slave expects me to be, and I am with him when he remembers Me. If he remembers Me inwardly, I will remember him inwardly, and if he remembers Me in an assembly, I will remember him in a better assembly.'' [Al-Bukhari and Muslim].
dan aku harus optimis yang Allah pastinya membantuku menghadapi semester akan datang. Yang penting, aku harus merancang dan berusaha menjalankan rancangan tersebut. Yuk, berusaha!!! p(^_^)q
Pagi ini perlu menghadapi kertas Ecology. Sedang studi sambil bermain-main di hadapan komputer, terjumpa lagu yang menarik ini. Juga punya kaitan dengan ekologi (termasuk manusia dan alam). Menarik!!
Aku senang, aku senang Tapi bingung, aku bingung Aku senang, aku senang Tapi heran, aku heran..
Dan akupun bertanya.. Pada semua ikan di kolam Tiadakah kau bosan, disitu... Dan diapun menjawab,tiada bosan Walau berada di tempat sekecil ini Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku
Dan akupun bertanya.. Pada laron-laron berterbangan Kenapa kau hidup semalam... Dan Iapun menjawab,Tiada tersiap.. Walau hanya semalam aku hidup di dunia Karna dalam semalam.. aku hidup, Ku sebut Tuhanku...
Dan akupun bertanya.. Pada semut-semut di sarangnya.. Tidakkah kau merasa lelah bekerja... Dan Dia pun menjawab, Tiada lelah.. Walau sepanjang hidup aku terus bekerja, Karna setiap saat dalam bekerja, bersama Tuhanku..
Dan ikanpun menjawab,tiada bosan Walau berada di tempat sekecil ini Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku
Dan laronpun menjawab,Tiada tersiap.. Walau hanya semalam aku hidup di dunia Karna dalam semalam,aku hidup, Ku sebut Tuhanku...
Dan semutpun menjawab, Tiada lelah.. Walau sepanjang hidup aku terus bekerja, Karna setiap saat, dalam bekerja, bersama Tuhanku..
Dan aku bertanya, pada jiwaku Sejauh apa...hidup tanpa Tuhanmu Dan aku bertanya, pada hatiku Sedalam (selama) apa...hidup tanpa Tuhanmu Dan aku bertanya, pada diriku Sekeras apa... kerja tanpa Tuhanmu
(by: Fatih)
Aku malu dengan ikan, laron dan semut... aku bertanya pada jiwaku, hatiku, dan diriku... T_T
Riuh. Suara mereka kedengaran begitu gembira meraikan malam yang mereka tunggu-tunggu. Gembira? Teruja? Dan aku masih di sini, namun aku pasti aku orang yang lebih gembira daripada mereka. Aku tak perlu gelak tawa untuk menunjukkanya dan aku tak perlu bersorak-sorai untuk meraikannya. Yang pasti aku memang gembira, gembira dikurniakan hadiah paling berharga, dikurniakan insan-insan paling bermakna. Sesuatu yang tidak pernah aku jangka untuk mendapatkannya dan begitu sukar untuk diperoleh jika bukan atas izin-Nya. Alangkah indah jika mereka dapat menikmati bersama, seperti apa yang aku rasa. Islam itu indah, dan lebih indah jika semua orang dapat menikmatinya. Dan aku gembira untuk mengenali Islam semula. Gembira yang hanya mampu digambarkan dengan rasa terharu dan kesyukuran tidak terhingga kepada Yang Maha Esa atas kurnia-Nya yang tidak ternilai harganya.
Baru sahaja minggu lepas aku bertemu dengan cikgu. Entah macam mana kata-kata cikgu menyebabkan aku sebak. Cepat-cepat aku tahan air mata itu daripada tumpah. Aku tahu, cikgu tidak bermaksud menujukannya kepada siapa-siapa. Tapi, aku terasa seperti apa yang dikatakan oleh cikgu seperti mengena diriku dan betapa aku sangat bersyukur dibawa ke jalan ini hingga kini. Cikgu sebenarnya sedang memberitahu, apa yang dia usahakan dan harapkan ialah suatu perubahan yang lahirnya daripada hati. Bukan sesuatu yang berasal daripada luaran yang dilakukan secara paksaan. Ibarat emas yang disadur pada besi yang berkarat, lama-kelamaan akan tertanggal dan terlihat juga keburukan yang di dalam. Saduran itu tidak kekal. Tetapi sekiranya daripada dalaman lagi kita usahakan untuk menjadi emas, pastinya emas itu lebih kukuh dan bakal bersinar. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas (Analogi ini adalah ciptaan saya sendiri. harap maklum). Seperti yang dikatakan oleh cikgu, begitulah juga aku. Aku berasa sangat bersyukur kerana perubahan yang aku lakukan ini adalah didasari atas pilihanku sendiri. Atas perasaan yang dicampakkan oleh Ar-Rahman ke dalam hatiku, atas pertolongan Ar-Rahiim untuk membuat aku cepat-cepat membuka pintu hati dan menerima perasaan itu. Dan aku bersyukur kerana tiada siapa yang memaksa aku untuk berubah (kerana aku memang seorang yang degil, sekiranya dipaksa pasti aku memberontak). Semoga perasaan kurniaan Allah ini masih kekal dan terus teguh mendasari hati ini. Insya Allah...
Bukankah, jika Allah ingin memberikan kebaikan kepada seseorang, Allah akan memberi kebaikan dalam Agama-Nya? dan Aku amat bersyukur untuk dianugerahkan kebaikan yang tidak ternilai ini.
Malam itu aku bertemu secara maya dengan saudaraku di NZ. Tanpa semena-mena hatiku berasa begitu sebak. Teringat tatkala kami kali pertama bertemu, di suatu kawasan jauh di pinggir desa. Di situlah, Allah memancarkan hidayah-Nya terus masuk ke hatiku. Walau aku tidak bercadang sebenarnya untuk ke sana, walau aku ke sana dalam keadaan yang amat terpaksa. Namun, itulah perancangan Allah yang Maha Hebat. Di sana aku dipertemukan dengan seorang teman, yang menjadi cahaya dan membawa cahaya dalam hatiku. Dan mengingatkan itu, air mataku tumpah, tidak tertahan lagi. Aku bukannya sedih berjauhan dengannya, tidak juga. Aku amat bersyukur, syukur kerana dikurniakan seorang teman yang telah membawaku ke sini, membasahkan hatiku dengan pesanan dan nasihat, menggembirakan hatiku dengan janji-janji Allah, memberi semangat tatkala hati ini mula lesu dan sentiasa menggilap hati ini bila dihinggap debu-debu penuh noda.
Aku: Sahabat, aku ingin menjadi seperti Abu Bakar... Dia: Pertama kali aku mengenali mu, aku tahu kau memang seperti Abu Bakar. Kau bawa teman-temanmu... sama seperti Abu Bakar. Aku: ...
(Tapi... aku mahu lebih dari itu. Aku mahu jadi secekal dan setabah hatinya. Aku mahu mencintai Rasulullah seperti yang dicintainya. Aku mahu... Tapi, mampukah aku? T_T)
P.S: Saat menulis coretan ini, aku mendapat panggilan telefon dari rumah dari adik perempuanku yang di darjah 4. Nyata dia kebosanan. Masakan tidak, ditinggalkan sendirian bersama adiknya yang di darjah satu dan abang yang di tingkatan satu (dan belum matang, kerana mereka selalu bergaduh). Oh, di manakah ahli keluargaku yang lain pada waktu malam seperti ini??
P.P.S: This is not the first time that they have been left home alone. Usually, the two youngest kids. I feel so sorry for them, and feel very bad that I couldn't accompany them. Sometimes I just wish that my parents will be more concern on what is happening to the family instead of ... work. Oh.... T_T
P.P.P.S: and I still have another two papers to go for the final exam.. Ayuh, berjuang!!!