Friday, July 22, 2011

Syurga atau gangster?

Dia mengambil bulatan besi kecil itu dan menyangkutnya pada telinga. Seolah-olah seperti memakai subang.
"Kenapa pakai macam tu?" Saya bertanya, buat-buat tak faham.
"Heh. Baru nampak macam gangster!" Dia sengih panjang.
"Eleh, ingat best sangat ke jadi gangster?!" Saya mencebik, membuat muka bosan.
"Mestilah best. Jadi gangster boleh pukul orang!" Ah, seperti bangga saja bunyinya.
"Kalau pukul orang dapat apa? Tak best pun!" Sengaja saya memanjangkan bicara.
"Kalau pukul orang, boleh dapat duit!" Dia masih mempertahankan 'hujah'nya.
"Haha.. awak ingat duit tu boleh bawa mati ke? Satu sen pun awak tak boleh bawa mati tau! Nanti dah mati kena seksa lagi dahsyat daripada apa yang kita buat kat dunia. Sanggup ke?"

Lalu dia terus mengambil kesempatan itu untuk bertanya tentang alam kubur, syurga dan neraka.
"Cikgu, betul ke kat dalam syurga tu kita boleh dapat apa saja yang kita nak?"
"Hm, betul. Tapi bergantung kepada pahala yang kita bawa masa kat dunia la.."
"Kat syurga boleh minum arak kan, cikgu?" seorang lagi 'member'nya mencelah.
"Ya, tapi arak kat syurga arak yang baik. Tak mabuk, tak rosakkan badan..tak sama macam kat dunia. Sebab tu kita kena sabar sikit dengan benda yang Allah tak bagi kita buat kat dunia, supaya kita dapat yang lagi baik nanti di syurga.."

"Oh, tapi kat syurga kita boleh hidu gam tak cikgu?" Pelajar kelas kesepuluh itu bertanya lagi.
"Kat syurga kita boleh main kad (poker/judi?) tak, cikgu?" 'member' itu menambah soalan.
"Syurga itu semua benda yang baik-baik dan semua yang ada lagi best dari apa yang ada kat dunia ni.. bila dah masuk syurga tu, awak jumpa banyak lagi benda best, awak dah tak teringat dah kot naik hidu gam atau main kad tu."
"hm, kalau tiba-tiba teringat juga..boleh tak kalau nak main, cikgu?"
"macam ni lah, kalau kita banyak buat benda baik, dapat pahala..pahala tu la kita nak guna macam duit untuk dapat macam-macam kat syurga. lagi banyak awak buat baik, dapat pahala..bolehlah minta macam-macam kat Allah nanti masa kat syurga.."
"kat syurga nanti senyap je ke cikgu?" mungkin dia membayangkan keadaan di surau dan masjid yang sepi.
"hm, kat syurga nanti hari-hari kita bergembira macam hari-hari raya. boleh ziarah-ziarah orang lain. semua orang pun gembira dalam syurga. meriah macam hari raya, best tau!"
"tapi kena ingat, kalau kita ada buat dosa..nanti kena masuk neraka dulu..kena siksa sampai selesai semua dosa. satu hari kat neraka tu 1000 tahun kat dunia. kalau dapat masuk syurga pun, ada tanda pada kita yang kita ni pernah jadi ahli neraka. mesti malu nanti!"
"cikgu, betul ke kalau kita nak hapuskan dosa, kita solat terawih banyak-banyak masa bulan puasa ni?"
"Hm, semuanya bergantung kepada Allah kalau dia nak ampunkan. Yang penting kita kena sentiasa berusaha untuk buat baik dan jangan buat benda yang tak elok, nanti dapat dosa"

Subhanallah.
Saya fikir mereka sangat jauh untuk diingatkan kepada Allah. Slow and a heart-to-heart talk, insya Allah will do. Mereka yang ganaz pun kalau kena pendekatannya pun mampu disuntik sesuatu untuk menguatkan akidah mereka pada Allah.

Ya Allah, jadikan kami muslim yang lebih baik!
Mari gunakan masa yang ada untuk panaskan enjin supaya menderu laju di sepanjang Ramadhan.

Friday, July 1, 2011

Mendewasa



Terasa sungguh cepat masa berlalu.



Suatu masa dulu sayalah budak yang selalu mencari alasan untuk tidak ke tadika supaya dapat menonton TV pendidikan di rumah.



Saya jugalah budak yang suka keluar dan masuk rumah melalui tingkap secara senyap-senyap kerana hendak keluar bermain.



Semasa darjah tiga, sayalah budak perempuan yang berani memukul budak lelaki yang malas nak buat tugasan bersihkan kelas.



Saya jugalah budak yang sangat selalu berada di atas pentas sama ada membuat persembahan atau mengambil hadiah atas kejayaan-kejayaan tertentu.



Ah, terasa sepertinya hidup menjadi budak-budak sangat bahagia. Hidup tanpa memikirkan susah payah dan hanya perlu bergembira. Horey, mari bersuka ria!






Pasti sangat aneh untuk membayangkan seorang dewasa melakukan aksi-aksi seperti saya di zaman kanak-kanak dahulu. Tetapi tanpa sedar begitulah kehidupan masa kini telah membentuk kita. Budaya menjadikan kita kekal dalam dunia kanak-kanak dalam tubuh seorang dewasa.






Bila seorang kanak-kanak asyik dengan dunia permainan mereka, kita juga diperkenalkan bermacam permainan yang mengasyikkan dan dicanang-canangkan kononnya permainan ini membuatkan kita kelihatan terkedepan, kool dan bergaya. Lalu apa bezanya kita dengan kanak-kanak?






Bila seorang kanak-kanak asyik dengan cerita fantasi, kita yang dewasa juga dijemput mengembara dalam dunia fantasi melalui tivi, muvi, tiub-u dan novel-novel entahpapa. Lalu apa bezanya kita dengan kanak-kanak?






Bila kelihatannya seorang kanak-kanak riang-gembira di atas pentas, maka si tua tak sedar diri ini juga mahu meriangkan dirinya menjadi pojaan hati penonton-penonton...tak kiralah giginya masih asli atau palsu dengan kilauan emas. Lalu apa bezanya kita dengan kanak-kanak?






Aneh sekali bila saat kita mampu untuk memberi jawapan skema, bahawa dengan meningkatnya usia harusnya seseorang itu menjadi lebih dewasa...realitinya yang berlaku hari ini, semakin meningkat usia..semakin menjadi kanak-kanak rianglah nampaknya orang kita yang masih perasan muda.






Mudah saja si lebih dewasa atau si lebih tua itu merasa jengkel melihat kenakalan kanak-kanak yang masih tidak berapa matang pemikirannya melakukan itu dan ini, tetapi tanpa sedar lebih-lebih jengkel lagi kita yang berusia bukan kanak-kanak lagi tetapi punya fikiran, perasaan dan keinginan seperti kanak-kanak. Kesian, kesian, kesian!






Seiring dengan peningkatan usia, maka saya terasa urgensi untuk lebih mendewasakan diri. Benar, tanpa sedar semuanya berada di bawah rencana Allah yang Maha Hebat itu sendiri. Kalau dahulu saya hanya sibuk memikirkan tentang diri dan lingkungan yang lebih kecil, Allah meletakkan saya untuk menggalas tanggungjawab yang lebih banyak mungkin supaya saya tetap berusaha keras untuk memaksa diri menjadi lebih dewasa.






Bukan saja muayasyah dengan adik-adik usrah, tetapi kini dengan keluarga yang lebih besar.



Bukan saja dengan kolej dan ipt tertentu, tetapi dengan pelbagai lapisan dalam masyarakat.



Terkadang tergagap-gagap juga untuk membiasakan diri untuk bersikap lebih dewasa. Cara bercakap, cara berfikir, cara bertindak..semuanya punya penilaian dan kesannya kepada manusia lainnya.



Kita bukan golongan eksklusif yang hidupnya berkisar dengan orang-orang tertentu sahaja. Tetapi kitalah sumber untuk membenihkan masyarakat kepada nilai hidup yang lebih baik, iaitu hidup dengan nilai Islam yang syumul.






Tanggungjawab tentunya melebihi masa yang ada. Lalu mengapa sepertinya ada waktu yang masih tersisa dengan sia-sia?






Ah, mendewasalah diri!!!



T_T