Monday, March 29, 2010

Kun rajulan!


"Rijal itu ialah mereka yang mampu berdiri untuk dirinya sendiri dan mampu berdiri untuk orang lain"
(al-muhandis)

Bila keadaan tidak seindah yang kita impikan,
adakah hanya berdiam diri menjadi pilihan?
Nah, lihatlah ke depan, kiri dan kanan
mungkin saja ada yang mahu menyambut huluran tangan
tapi mana mungkin ada yang mahu menjadi teman
andai tanganmu kau sembunyikan.
lalu apa yang perlu kau lakukan...
fikrahmu, zahirkan!
hatimu, bersihkan!
langkahmu, panjangkan!
ikatan dengan Tuhanmu, kuatkan!
Malamnya, kun ruhban!
dan siangnya, kun fursan!
Ayuh, kun rajulan!


p/s: ada sesape terasa macam nama blog dia ke? hehe. moga cik umah di sana selamat, sejahtera dan sentiasa dalam Iman/iman. juga buat teman-teman lama dan barunya di sana :)

Thursday, March 25, 2010

If we can smell sins..


Said one famous scholar,
“If sins had a smell no one would come near me because of the stench!”

***
Anas relates that, “We asked the Prophet ﷺ, ‘O Messenger of Allah ﷺ, shouldn’t we refrain from calling others to goodness if we don’t practice all good things ourselves, and shouldn’t we refrain from forbidding wrong things until we ourselves have abstained from all the bad?’ ‘No,’ he replied, ‘You should call others to goodness even if you don’t do all good, and you should forbid bad things even if you don’t abstain from all of them yourselves.’” (Al-Tabarani)

***

Allah don't give us the ability to smell sins,
ain't that such a blessing?
Whoever we are, let's Qum Faanzir!!
and along the way
let's get busy cleaning up those sins.

"Tell them (O Muhammad ): 'O My slaves who have wronged their souls, do not despair of Allah's mercy, for Allah will forgive all the sins. He is indeed very Forgiving, very Compassionate, Turn to Him then, and obey Him (in all your affairs).'" (Al-Zumar:53,54).

Promo: Auscape 2010


Mari! Mari! mari!!!!

Monday, March 22, 2010

filling up our cup


Hati itu ibarat gelas
hanya gelas yang penuh mampu melimpahkan air
hanya hati yang basah bisa membasahkan hati yang lainnya
lalu bagaimana saat gelasmu hanya tinggal separuh?
dan terbiar lama...
hingga lebih banyak air yang tersejat.
Apakah kamu mahu membiarkan hatimu dehidrasi
saat cuaca bumi tidak mahu berkrompomi?
ayuh, penuhkan kembali gelas itu.
siramlah kembali hati yang mungkin tandus
dan pecahkan ais yang membeku
moga hati ini mengalir dengan degupan iman
sehingga membasahi hati yang lainnya.

Bumi semakin panas
tanah semakin gersang
jangan biarkan hatimu membahang kering kontang.

Andai gelasmu retak
dan air mencuri keluar di rekahannya
maka segeralah membaikinya
mohon kepada Pencipta agar dipulihkan segera
kerana hatimu hanya satu
dan dari hati itu kau memandu segala sesuatu
bila kompasmu tidak bisa lagi memandu
lalu arah mana lagi yang mahu kau tuju?

Futuh

Wishing for a futuh,
working for that futuh,
may Allah's guidance be with us.

I'll be going for that interview tomorrow, insha Allah.
Don't know what to expect.
I guess, I should just be honest.
Allah, do help me to work everything out by tonight.
and please robbi,
syrahli sodri wa yassirli amri
wahlul u'datal millisani yafqohu qouli.

Allah knows best.
and He knows better whether I fit to be here or not.
I tried hard to actually make sense of going for tomorrow.
and alhamdulillah, I really hope that the steps I'm taking for tomorrow
would be the steps for the futuh I'm working on.

By Allah's will.

Thursday, March 18, 2010

With great power comes great responsibility


"With great power comes great responsibility", kata Uncle Ben kepada Peter Parker sebelum menghembuskan nafas terakhir. Daripada kata-kata yang berhikmat itu, Peter Parker bangkit untuk menyelamatkan dunia daripada kejahatan sehingga dikenali ramai sebagai Spiderman. Itu mungkin satu daripada kisah-kisah bagaimana seorang yang biasa-biasa bertukar menjadi Superhero. Mungkin ada berjuta-juta lagi Superhero seluruh dunia yang kita belum kenali atau mungkin saja sedang dalam proses transformasi. Mungkin juga ada berjuta-juta manusia yang sedang menanti-nanti untuk dieksplor kehebatan mereka agar dapat digunakan untuk kebaikan sejagat. Superhero yang membawa kebaikan kepada dunia dengan membawa kembali Islam sebagai panduan kehidupan setiap manusia.

Kita semua percaya bahawa Allah memberi kelebihan-kelebihan yang berbeza kepada manusia. Kita juga percaya bahawa Allah menilai usaha seseorang berdasarkan kemampuannya. Siapa yang mujahadahnya lebih besar tentu nilainya berbeza dengan orang yang sudah dipermudahkan oleh Allah sejak awal lagi. Lalu, mereka yang diberi anugerah yang lebih, semestinya tanggungjawabnya lebih banyak lagi. With great power comes great responsibility! Sungguh tidak adil pastinya, jika kita punya Spiderman atau Superman, tetapi mereka tidak perlu buat apa-apa dan menyerahkan segala kerja bulat-bulat kepada polis atau tentera kerana kata mereka, "oh..itu sudah tugas mereka. Pihak polis dibayar gaji untuk menangkap penjenayah" dan mereka (spiderman dan superman) pun berehat-rehat saja minum kopi kerana nak buat apa buat kerja yang tidak ada gaji kan? Tapi ini tidak berlaku, kerana mereka tahu bahawa dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada mereka itu, ada tanggungjawab besar yang mereka perlu laksanakan!

Maka polisi da'wah kita ialah mencari mereka yang punya superpower dan menyedarkan mereka bahawa ada tugas besar perlu diiringi dengan anugerah kelebihan yang diberi oleh Allah. Juga kerana kita sedar bahawa untuk apa segala nikmat yang telah Allah anugerahi ini kita gunakan, akan disoal-siasat kelak. Lantas kita yang telah juga dianugerahkan oleh Allah nikmat kefahaman akan tanggunjawab ini, mesti bertindak segera menyedarkan mereka yang sepertinya biasa-biasa tetapi punya superpower untuk bangkit menjadi superhero dan menyelamatkan dunia (baca: dengan Islam).

Tetapi dalam banyak-banyak masyarakat dunia, terdapat juga golongan kebanyakan iaitu mereka yang tidak punya superpower yang sama seperti kebanyakan superhero lainnya. Adakah kita perlu meninggalkan mereka begitu saja dan tidak perlu diingatkan tentang tanggungjawab? Sudah tentu tidak. Oleh kerana kehebatan mereka mungkin tidak kelihatan outstanding seperti para superhero lainnya, tapi kita masih perlu untuk menyedarkan mereka untuk menerima apa yang dibawa oleh sekalian superhero itu ialah untuk kebaikan seluruh jagat raya. dan apa yang dapat disumbangkan oleh orang kebanyakan ini ialah dengan menjadi 'good samaritan'.

Lalu, tentunya cara untuk melatih golongan superhero-to-be berbeza dengan cara mendidik golongan good samaritan-to-be. Bukan bermaksud untuk mendiskriminasi, tapi kita perlu memikirkan cara yang terbaik supaya kedua-dua golongan ini dapat dibentuk untuk menjadi manusia yang mampu memberi sumbangan positif kepada dunia. Pasti kita mahu semua manusia menghirup dan menikmati manisnya iman kepada Allah dan mengamalkan Islam dengan sebenarnya-benarnya. Maka, cara menyantuni kedua-dua golongan ini harusnya saksama, iaitu kena dengan keadaan, kelebihan dan kekurangan mereka.

Mungkin dengan cara menghasilkan lebih banyak superhero, kita akan mendapat lebih banyak tenaga pendidik untuk menghasilkan good samaritan (kerana superhero kan ada superpower!) seterusnya menjadikan kerja membawa keamanan kepada dunia itu lebih efektif.

Sepanjang diberi pengalaman bersama-sama dengan masyarakat kebanyakan, alhamdulillah Allah memberi saya peluang untuk belajar memahami mereka sedikit demi sedikit. Bukan mudah untuk memberi mereka kefahaman seperti yang kita faham dan tekniknya juga berbeza. Contohnya, jika mengajar pelajar yang agak lemah saya perlu mengulang-ulang beberapa kali sehingga mereka mampu untuk cerna, faham. dan ingat. Jika terlalu banyak mengulang dengan pelajar yang sudah bijak, pasti mereka cepat bosan. Gaya pengajaran juga berbeza, pelajar yang slow-learner perlu diberi arahan satu persatu, ditanya masalah mereka sebelumnya dan diulang-ulang peringatannya. Banyak kali saja saya masuk kelas dan perlu bertemu seorang demi seorang pelajar, "where's your book? open up your book, take your pen and copy the notes, please". Mereka juga golongan yang cepat hilang fokus, fikiran cepat menerawang ke tempat lain, lalu perlu melakukan sesuatu yang extravaganza untuk memastikan fokus tidak lari. dan selalunya, apa yang saya buat ialah membuat sedikit gimik (i.e tiba-tiba jadi garang, tutup pintu dengan kuat, semua orang kena berdiri etc.) dan seriously, memang kena sangat kreatif untuk memastikan mereka memberi perhatian.

Sebenarnya dahulu, saya sangat berharap untuk bertemu dengan mereka yang punya lebih banyak peluang untuk menjadi superhero. Tapi, ditakdirkan Allah saya lebih banyak ditemukan dengan mereka yang perlu dididik untuk menjadi good samaritan dan Alhamdulillah, saya banyak belajar daripada mereka. Tetapi jauh di satu sudut hati, saya tetap percaya yang good samaritan juga bisa saja menjadi superhero andai mereka punya jiwa yang kuat, dan jiwa yang kuat itu pastinya datang daripada iman yang mendalam dan kefahaman yang benar tentang Islam.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Monday, March 15, 2010

Berhala kupu-kupu


Berhala itu mewujud dalam setiap zaman persis kupu-kupu. Bermetamorfosis. Indah sempurna.

Seperti itulah yang dikias oleh Salim A.Fillah dalam "Saksikanlah bahawa Aku Seorang Muslim." Setakat ini, buku ini memang menarik. Cuma bahasanya dan kandungannya mungkin tidak seindah Jalan Cinta Para Pejuang. Sedang berusaha menghabiskan kandungan hebat buku ini. Anyways, sekarang cuti sekolah. Cikgu di sini sedang berusaha menjadi full-timer di waktu kerja sekolah bercuti.

Semalam saya terkesima sebentar, mengingatkah hak shahadatul haq yang mungkin tidak tertunai sempurna. Mungkin kita yang kononnya terlalu sibuk dengan metode da'wah yang dirancang langsung mengetepikan hak-hak manusia yang kita temui dalam sehari-harian kita. Mak cik cleaner, kakak cashier, pak cik guard, adik yang menjual pisang goreng dan siapa-siapa saja yang kita bertemu walau hanya sesaat dua. Lalu bagaimana da'wah kita kepada mereka? Da'wah itu bukankah faan (seni)? Lalu kita punya 1001 cara untuk melaksanakan da'wah, untuk memanggil manusia untuk mengingati Allah walau seminit dua. Mungkin ada yang bertanya bagaimana dengan follow-up, muntijkah dan sebagainya. Lalu harus diingatkan, mereka juga punya hak untuk mendapat percikan manisnya memahami Islam. Mungkin bukan kita yang memberi perubahan 180 darjah kepadanya, tetapi kita juga mampu menjadi salah seorang untuk melengkapkan ream of paper-nya.

dan harus diingat, kita adalah cerminan 'kita' yang lainnya. Mungkin suatu masa dia bertemu dengan orang yang sama seperti kita, lalu terus berminat untuk memahami Islam kerana suatu masa dahulu kita pernah menyentuh hatinya dengan sentuhan iman itu.
Islam itu indah, ayuh biar semua menikmati keindahannya!