Showing posts with label Ceritera Keluarga Angah. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Keluarga Angah. Show all posts

Thursday, October 23, 2008

Ceritera Keluarga Angah

Selepas menulis entri pertama mengenai Angah dan Adik, saya berasa seperti ingin menulis lagi. Mungkin akan diadakan susulan cerita mengenai Keluarga Angah. Mungkin juga watak-watak dalam Keluarga Angah ini akan dikembangkan lagi. Cerita Keluarga Angah ini bukanlah watak-watak sebenar mengenai sesiapa sahaja. Tetapi saya ingin menggabungkan kisah dan pengalaman sesiapa sahaja yang ada disekeliling saya mahupun daripada pemerhatian saya dalam bentuk ceritera yang dapat dikongsi dan diambil pengajarannya bersama.

Selepas ini, Ceritera Keluarga Angah akan diteruskan ;) Biiznillah.

Saya labelkan di bawah Ceritera Keluarga Angah, ya.
^_^

Wednesday, October 22, 2008

Angah dan Adik

Angah terkedu. Berkedip-kedip matanya melihat 'utusan segera' daripada adiknya. Tidak pernah disangka adiknya akan bertanya sedemikian rupa.

Adik: Angah, f**k tu apa?

Angah terdiam sebentar. Adiknya baru berusia sepuluh tahun. Perangai pun masih seperti kanak-kanak ribena. Angah cuba juga menjawab pertanyaan adik. Angah tahu, dia mesti hati-hati. Jangan berkasar, takut adik salah faham pula.

Angah: Adik, itu perkataan mencarut. Jangan guna, tau. Nanti orang ingat adik ni teruk.
Adik: Okay
Angah: Mana adik baca tu?
Adik: Chat
Angah: Adik chat dengan siapa?
Adik: Tak tahu. Dia yang invite. Adik terima je la.
Angah: Adik, internet ni bahaya. Adik tak boleh terima orang yang adik tak kenal.
Adik: Adik dah kenal la...
Angah: Kenal dalam internet tak cukup. Internet ni bahaya. Bukan boleh percaya. Nanti orang tu hantar virus, rosakkan computer, nak? Macam-macam boleh jadi kat internet ni. Orang pun boleh curi duit kat internet.
Adik: Ok.
Angah: Habis tu, adik nak buat apa sekarang?
Adik: Tak nak
Angah:Ok. sekarang adik klik kanan pada nama orang tu, pilih 'block'. Ok?
Adik: Ok
Angah: Adik dah buat?
Adik: dah
Angah: Ok, ada siapa-siapa lagi yang bukan family kita dalam senarai adik?
Adik: Ahmad
Angah: Ahmad ni siapa?
Adik: Adik jumpa dia kat Iloveislam. Dia belajar kat Universiti.
Angah: Adik, tak boleh. Adik tak kenal dia.
Adik: Adik kenal. Dia baik.
Angah: Adik, kalau kat internet kita tak boleh kenal siapa baik atau tak. Banyak orang jahat yang menyamar jadi baik. Internet ni bahaya. Jangan kawan dengan siapa-siapa sesuka hati saja.
Adik: Habis tu nak kena block juga ke.
Angah: Ya
Adik: Ala..
Angah: Adik, Angah sayang adik. Angah tak mahu jadi apa-apa kat adik nanti.
Adik: Okay..
Angah: Adik buat macam yang angah ajar adik tadi ya. Block Ahmad tu.
Adik: Ok. dah block.
Angah: Ada siapa-siapa lagi?
Adik: Tak de.
Angah: Betul ni?
Adik: Betul. Tak caye, cek la.
Angah: Bagus. Alhamdulillah. Angah doakan adik supaya selamat dan dijaga oleh Allah. Lepas ni adik kena bagitahu Angah apa-apa yang Adik buat dalam internet ni. Internet ni bahaya. Website pun tak boleh buka sesuka hati saja.
Adik: Ok. Angah..tolong adik cari website yang ada game. Bosanlah...
Angah: Ok, dear :)

Angah sungguh risau. Adiknya itu sungguh naif. Kadang-kadang Angah dihimpit rasa bersalah tidak sempat meluangkan masa untuk adik. Adik, maafkan Angah..

p.s: mungkin selepas ini saya akan membuat siri khas mengenai Angah dan Adik pula ;)