Tuesday, January 26, 2010

gembira dengan dosa?

"Kegembiraanmu terhadap dosa yang kamu lakukan itu lebih berat di hadapan Allah daripada dosa itu sendiri. Tertawamu padahal kamu baru saja melakukan dosa itu lebih berat di hadapan Allah daripada dosa itu. Sedikitnya rasa malu kepada malaikat yang berada di sebelah kirimu dan malaikat yang berada di sebelah kananmu yang keduanya selalu mengawasi dan mencatat amalanmu, lantas kamu tidak malu kepada keduanya itu lebih berat di hadapan Allah daripada dosa itu sendiri"

- Ibnu Qayyim


"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyongnya, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
- Al-an'am: 44



Sunday, January 24, 2010

Saya si-apa?


Manusia itu terdiri daripada ruh dan jasad. Seringkali kita terlupa dan terlalu sibuk menguruskan si jasad: mencantikkan, memberi makan, menjaga sihatnya, membelainya, lalu tinggallah si ruh terkapai-kapai.

Di akhirnya nanti, si jasad yang cantik, diberi makan cukup dan sihat tubuh badannya bakal ditinggal tenggelam bersama tanah dan si ruh kembali kepada Tuhannya untuk dinilai. Bagaimana agaknya rupa si ruh itu ketika menghadap Tuhan agaknya?

Adakah secantik si jasad?
Adakah sesihat bugar seperti si jasad?
Adakah kurus kering atau ternyata cukup segalanya seperti si jasad?

Lalu si-apakah kita sebenarnya?
Si jasad atau si ruh?
Justify Full
Andai fisik atau si jasad itu adalah diri kita yang utama, maka tidak ada bezanya kita dengan haiwan. Tetapi yang membezakan kita dengan haiwan ialah elemen ruh itu. dan kerana ruh itulah kita ialah manusia yang diberi sekian-sekian tanggungjawab.

Lalu si-apakah kita sebenarnya?
dan dalam keadaan si-apakah kita akan kembali menemui-Nya?

Aqidi Spontani

"Cikgu mesti tau pasal agama, kan? Boleh saya tanya soalan?", pelajar tingkatan satu kelas kedua belas itu bertanya.
"Boleh. Tanyalah!" Alhamdulillah. Hari ni hujan rahmat. Peluang bersama pelajar-pelajar perempuan dalam kelas bila tidak dapat turun padang.
"Cikgu, dosa ke kalau lelaki cium pipi perempuan?" Naif sungguh soalannya.
"Dosa. Lagi-lagi itu dah sangat menghampiri zina.."
"Zina tu ape cikgu?" Memang naif!
"Oh, berdua-duaan lelaki perempuan pun tak boleh ke cikgu? Kalau macam tu susah la nak pakwe makwe..."
"Hah, tak boleh couple ke cikgu?" pelajar lain menyampuk.
"Eh, cikgu mana tau 'couple' tu ape. Cakaplah pakwe makwe.."

Kasihan. Mereka sungguh naif.
Mahu salahkan siapa?
Kalau ikutkan perasaan saja, mahu saja pecahkan tivi kerana siarannya yang mengelabui masyarakat. Tapi selesaikah masalah?

Da'i itu bukan penghukum, tapi pemberi alternatif. Terus bergerak dan berusaha untuk menyelesaikan masalah dari sumbernya, bukan merawat simptomnya saja.

Mari menjadi Si Aqidi, bukan Si Spontani.

Thursday, January 21, 2010

mushi


Saya dan Mushi


Saya terlupa untuk membuat pos istimewa sempena ulangtahun hari kelahiran seseorang semalam. Selamat menjadi dewasa dan semestinya ulangtahun kelahiran ialah peringatan bahawa semakin dekatnya kita dengan hari kematian. Semoga semakin hebat persiapan mencari syahid, insya Allah.

Rasulullah pernah mengingatkan bahawa andai kita menyayangi saudara kita, maka harusnya kita memberitahu kepada mereka. Jadi pos ini dibekalkan bersama kiriman kasih sayang tak terhingga buat ukhti yang berada di tengah-tengah ladang kelapa sawit sana. Moga berbahagia dalam iman hendaknya.

Ukhti ini pada saya ialah orang yang paling hebat kerana mampu bertahan untuk bersama-sama saya sejak dari semester pertama di universiti hinggalah berpraktikal. Teman sebilik yang paling hebat tentunya kerana mampu bersabar dengan segala macam karenah saya. Karakter kami memang sangat berbeza tapi perbezaan itu yang saling melengkapkan. Bukan begitu?

Tetapi tentunya kenangan paling manis ialah bersama-samanya menyusuri jalan indah berduri ini, membina iman dan amal agar tenang bertemu Sang Pencipta di akhir perjalanan. Tentunya ukhti ini yang paling mengenal akan jahiliyah saya yang dahulu, tapi indahnya sebuah ukhuwwah yang dihulurkan kerana tidak pernah memandang gelap pekat garis-garis hitam di belakang saya.

Buat ukhti, moga pertambahan usiamu seiring dengan iman dan amal. Terima kasih di atas segala jerih perih dan kesabaran dalam menyantuni saya. Moga Allah membalas segala usahamu. Maafkan salah silap temanmu yang pelik ini.

Barakallahufik.

Salam rindu,
Si Kucing.

Rindu masakan Cik Mushi.

Tuesday, January 19, 2010

manusia


Manusia dan bermacam ragamnya. Saya yakin itu tarbiyah daripada Allah yang saya sedang hadapi ini. Mungkin tarbiyah yang tidak ternilai harganya apabila perlu berhadapan dengan ratusan pelajar dan perangai yang tidak sama setiap satunya. Tarbiyah untuk mengenali manusia danbelajar mengendalikan manusia (read: dealing). Walaupun saya seorang manusia, tidak bererti saya sudah cukup mengenali manusia. Lantas, terasa betapa agungnya kuasa yang menciptakan kita dan betapa ceteknya ilmu yang ada pada kita.

Bertemu dengan pelajar yang 'outstanding' memang pengalaman yang baru untuk saya. Ada yang hiperaktif, ada yang sangat 'loud', ada yang ke sekolah dengan misi yang lain (bertemu geng kampung dusunnya) dan bermacam-macam lagi. Semalam mungkin pertama kalinya saya sedikit tegang dengan mereka. Tetapi di akhirnya, saya cuba consult setiap seorang pelajar yang bermasalah itu. Saya cuba untuk faham keadaan mereka walaupun kebanyakannya hanya diam membisu dan mengharapkan saya untuk berleter dan berceramah. "Saya bukan nak berceramah, saya nak tanya awak. Sekarang awak yang kena cakap, bukan saya". Saya fikir, pelajar-pelajar ini mahu didengari. Cuma mungkin masih berat untuk mereka memilih telinga saya sebagai pendengarnya. Mungkin juga kerana masih kurang rasa antara hati kami.

Saya tersentuh dengan seorang pelajar ini. Saya panggil dia yang pertama sekali dan cuba bercakap dengan nada yang paling lembut. Akhirnya dia mengaku hanya mengikut telunjuk seorang ketua geng kampung dusun di dalam kelas itu. Kasihan, saya dapat rasakan dia pelajar yang baik dan dia berjanji untuk tidak ponteng kelas lagi selepas ini. Hari ini saya melihat dia bersungguh-sungguh sedikit semasa belajar. Bila saya memberi latihan dan meminta mereka mencuba sendiri dahulu sebelum mencari jawapannya di dalam buku, dia mencuba sedaya upayanya walaupun tidak banyak yang dapat dijawabnya. Saya doakan moga Allah membuka hatinya dan menjadikan dia manusia yang bermanfaat pada dunia serta beroleh kejayaan akhirat.

Saya belum betul-betul dapat menyelami ketua geng itu, entah apa yang ada dalam fikirannya. Dia bukannya tidak bijak, tetapi memilih untuk tidak belajar. Hari ini bila ditanya tentang cita-cita, katanya mahu jadi mat rempit. Oh!

Pelajar-pelajar ini kebanyakannya bukan orang berada. Ada yang ayahnya bekerja sebagai jaga, pemandu, pekerja kilang dan peniaga kecil dengan pendapatan mungkin sekitar RM800 sebulan. Apakah mereka tidak cukup memahami beban tugas ayahbunda yang bersusah payah? Atau apakah kerana kemiskinan ini, mereka lantas berfikir bahawa ke sekolah pun tidak akan mengubah apa-apa?

Pelajar itu manusia.
Manusia yang punya hak untuk disantuni.
Moga Allah kuatkan hati dan iman, untuk membimbing mereka kembali menemui jalan ke destinasi gembira abadi.

I do love them with all my heart.

Monday, January 18, 2010

Superwoman


"Cikgu hari ni macam Superwoman!"
Saya memandang pelajar itu sekilas. Senyum penat.
Dalam hati saya, "I ain't that super... But how I wish I can be super!"

Hari ni memang 'amazing day' buat saya.
Hari yang akhirnya mereka lihat cikgu mereka jadi 'transformers'.

Only God knows how it was.
and only He knows how was my heart crying inside.



Ya Allah,
Tunjuki kami jalan menuju-Mu.

Hoping for a glint of light, tomorrow.

Wednesday, January 13, 2010

Heal my soul


Saya benar-benar tidak dapat mengenal pasti apa kondisi hati tika ini. The hectic world is killing my soul bit by bit. Baru tadi main-main cek heartbeat guna stetoskop yang ada di rumah ni dengan adik, ternyata heartbeat saya lemah (read: tidak dapat dengar dengan jelas). Mungkin selemah itu kondisi hati saya kini. I really, really in need of something to freshen up my soul at the moment...something to heal me within. Saya faham, sudah tiba masa untuk meningkatkan tarbiyah zatiyah, tarbiyah ruhiyah dan tidak lagi terlalu bergantung kepada naqibah. But, it's also a big tarbiyah to me to learn and train my ownself with tarbiyah zatiyah dan ruhiyah. It's ultra-mega-super mujahadah I should say. Not to whine, of course. I should get going and put and ultra-mega-super effort for that mujahadah, shouldn't I?

Saya tak suka bila ke sekolah tanpa perasaan dan matlamat da'wah itu. Ah, bagaimana saya boleh terlupa untuk siapkan mindset itu di setiap pagi? Terasa sia-sia hari yang berlalu bila hanya memikirkan kerja dan tugasan yang perlu digalas setiap kali menapak keluar. Rutin yang mampu menjadi peluru hidup yang membunuh hati tanpa bunyi.

Setiap minggu membuatkan saya tidak sabar menunggu hujung minggu. Hujung minggu yang lepas pun terasa seperti sudah sebulan berlalu. Ah, saya perlu keluar untuk mencari pengubat hati yang ketiga (read: obat hati by opick). Dengan bebanan kerja yang banyak dan semakin berat, I think I need an extra dose of obat hati.

Dear akhawats, please repare me with an extra dose of obat hati. I'm really in need with that or I'm afraid I'll turn into a robot anytime soon.

Roger and out.