Monday, January 18, 2010

Superwoman


"Cikgu hari ni macam Superwoman!"
Saya memandang pelajar itu sekilas. Senyum penat.
Dalam hati saya, "I ain't that super... But how I wish I can be super!"

Hari ni memang 'amazing day' buat saya.
Hari yang akhirnya mereka lihat cikgu mereka jadi 'transformers'.

Only God knows how it was.
and only He knows how was my heart crying inside.



Ya Allah,
Tunjuki kami jalan menuju-Mu.

Hoping for a glint of light, tomorrow.

Wednesday, January 13, 2010

Heal my soul


Saya benar-benar tidak dapat mengenal pasti apa kondisi hati tika ini. The hectic world is killing my soul bit by bit. Baru tadi main-main cek heartbeat guna stetoskop yang ada di rumah ni dengan adik, ternyata heartbeat saya lemah (read: tidak dapat dengar dengan jelas). Mungkin selemah itu kondisi hati saya kini. I really, really in need of something to freshen up my soul at the moment...something to heal me within. Saya faham, sudah tiba masa untuk meningkatkan tarbiyah zatiyah, tarbiyah ruhiyah dan tidak lagi terlalu bergantung kepada naqibah. But, it's also a big tarbiyah to me to learn and train my ownself with tarbiyah zatiyah dan ruhiyah. It's ultra-mega-super mujahadah I should say. Not to whine, of course. I should get going and put and ultra-mega-super effort for that mujahadah, shouldn't I?

Saya tak suka bila ke sekolah tanpa perasaan dan matlamat da'wah itu. Ah, bagaimana saya boleh terlupa untuk siapkan mindset itu di setiap pagi? Terasa sia-sia hari yang berlalu bila hanya memikirkan kerja dan tugasan yang perlu digalas setiap kali menapak keluar. Rutin yang mampu menjadi peluru hidup yang membunuh hati tanpa bunyi.

Setiap minggu membuatkan saya tidak sabar menunggu hujung minggu. Hujung minggu yang lepas pun terasa seperti sudah sebulan berlalu. Ah, saya perlu keluar untuk mencari pengubat hati yang ketiga (read: obat hati by opick). Dengan bebanan kerja yang banyak dan semakin berat, I think I need an extra dose of obat hati.

Dear akhawats, please repare me with an extra dose of obat hati. I'm really in need with that or I'm afraid I'll turn into a robot anytime soon.

Roger and out.

Tuesday, January 12, 2010

berdoalah



Aku ingin cahaya-Mu,
benderang di hidupku...

Tuhan, aku rindu.

Sunday, January 10, 2010

terpana dengan kelemahan



Kadang-kadang kita sering 'terpana' dengan kelemahan sendiri lalu menganggap kelemahan tersebut sebagai penghalang kita untuk cepat bergerak dalam melaksanakan tanggung jawab da'wah.
"Saya tak macam dia, saya antisoc, pendiam, tak reti cakap..."
"Saya memang pemalu! Nampak je orang lain, saya yang rasa nak lari sembunyi dulu!"
"Saya banyak jahiliyahnya dulu, kurang ilmunya, seganlah.."

Lalu marilah kita sama-sama mengamati kisah Nabi Musa.

Jika kita mengatakan bahawa kelemahan kita ialah tidak reti berkata-kata, maka Nabi Musa malah mempunyai kesukaran untuk berkata-kata. Bila berkata tidak jelas, mungkin saja lebih ramai orang akan mengejeknya bila mendengar seruannya. Tetapi adakah Nabi Musa back off dari menyandang tugas da'wah yang diberi Allah?

Jika kita mengatakan pahitnya jahiliyah kita dulu, maka lihatlah Nabi Musa yang pernah terbunuh seorang pemuda Qibti. Maka adakah jahiliyah kita lebih besar atau lebih hebat dari apa yang dirasai oleh Nabi Musa? Bayangkan bagaimana Nabi Musa harus kembali kepada masyarakat yang mungkin saja telah melabelnya sebagai pembunuh? Tetapi adakah Nabi Musa bertindak melarikan diri dari tugas da'wah?

Jika kita mengatakan betapa takutnya kita berhadapan dengan manusia lainnya, maka bayangkanlah bagaimana Nabi Musa terpaksa berhadapan dengan seorang yang paling berkuasa di saat itu, yang menganggap dirinya sendiri sebagai Tuhan...malah orang yang paling berjasa dalam hidupnya kerana sejak dari kecil dibesarkan olehnya (Firaun). Lalu adakah Nabi Musa berundur daripada melaksanakan tugasnya?

Ah, kadang-kadang kelemahan dan kekurangan kita itu tidaklah seberapa. Selalunya yang menjadi permasalahan datang daripada dalam diri kita sendiri. Lantas, apa yang perlu dilakukan? LAWAN!!!!!!!!!!!!!

Bergembira dan bersyukurlah dengan kekurangan yang ada. Kerana pastinya kekurangan dan kelemahan itu anugerah Allah untuk kita menggandakan pahala dalam bermujahadah mengatasi kelemahan dan kekurangan tersebut. Be positive!!

dan ohye, teruskan berdoa dan berusaha meningkatkan hubungan dengan Allah. Kerana daripada Allah jualah sumber segala kekuatan ;)Justify Full

Thursday, January 7, 2010

mempermainkan?


Abang awak yang baru SPM tahun lepas dah kerja? Di mana?
Kerja kat hotel. Jadi pelayan. Hidang arak.

Tak boleh cari kerja lain ke?

Mana nak dapat kerja gaji ribu-ribu macam tu, cikgu.
Awak kena tolong bagitau abang awak, cikgu ada cakap yang orang Islam tak boleh hidang arak.

Takpe. Abang saya cakap dia kuat iman.

Bukan masalahnye tu.. orang Islam memang tak boleh hidang arak. Haram. (oh, I just made myself sound like orang yg suka menunjuk2 itu ini haram. tsk!)
Tapi.. mana abang saya nak dengar cakap saya. Emak saya suruh kerja lain pun dia tak nak dengar!

oh~

Di sebalik kekecohan mengenai penggunaan nama Allah, ada baiknya kita diam dan berfikir sejenak. Mungkin saja tindakan kita lebih bersikap reaktif daripada proaktif. Berbuat bising dan bingit bila saja Allah dan Islam dipermainkan oleh kufar, tetapi tiada tindakan proaktif positif dalam menunjukkan bahawa kita benar-benar menghormati Allah dan agama Islam itu sendiri. Ah, masakan sang kuffar mahu menghormati Allah dan Islam andai kita sendiri tidak mampu memperlihatkan yang kita benar-benar menghormati Allah dan Islam ini sebagai agama yang berdarah daging dalam diri kita?
Menghormati, dalam erti kata benar-benar melaksanakan segala tuntutannya!

Mereka mungkin mempermainkan nama Allah, tapi mungkin saja tanpa sedar kita sebenarnya mempermainkan Allah pula!
(dengan tidak melaksanakan tuntutannya, secara keseluruhan)

Wa'iyauzubillah.
Faghfirlana Ya Robb..

pic source

Tuesday, January 5, 2010

Southern Gathering!



Mempersembahkan, acara yang paling ditunggu-tunggu... khas buat pelajar-pelajar yang bakal menerbangkan diri ke Negara Kanggaru (OZ) dan Kiwi (NZ) tahun 2010 ini.

Apa yang menarik?
TIADA BAYARAN dikenakan! (bukan skim ansuran atau bayaran muka ya...)
Berjumpa dengan seniors yang best, baik, ramah mesra dan sedia untuk berkhidmat kepada anda (erk, apakah?)
Pengisian yang mungkin merungkai segala persoalan dan kekacauan jiwa.
Sesuatu yang berbeza, mungkin?

Selanjutnya..
klik pada gambar untuk perincian. Hubungi nombor yang tertera.
Tempat adalah terhad, jadi sila hubungi segera!

apelagi, promote le kat kekawan len!

Monday, January 4, 2010

coming clean

Light won't penetrate dirty hearts.

It's time to get cleaned.
Let's brush it off, dear.