Thursday, March 12, 2009

nikmat dan amanah

Adik saya si kucing parsi telah mendapat keputusan SPM nya.
Alhamdulillah, 10 A1.

em, lagi besar nikmat.. lagi besar amanah dan tanggungjawab untuk memikulnya.
keputusan itu kurnia dari Allah, mungkin juga jadi ujian untuk kita.
Harus lebih berhati-hati.
Andai ada bisikan-bisikan riak dan ujub, lekas-lekas tangkis dengan istighfar dan ingat kembali bahawa natijah itu daripada Allah. Bukan usaha kita yang menghasilkan natijah. Seperti kereta dengan peminjamnya.

takut-takut syaitan cuba mengambil peluang untuk merosakkan pahala amal kita.

oh, adakah kucing parsi akan datang terbaca blog ini?
i wonder..

...

how does it feels when someone said,
"I HATE YOU"


entah.

Wednesday, March 11, 2009

bicara dengan Tuhan dalam solat?

Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah S.A.W.: Firman Allah Ta'ala:
"Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian,separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku,"

apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil'alamin)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku"

apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku"

apabila hamba itu berkata:(malikiyaumiddin)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku

dan apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in)
Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku"

apabila hamba itu berkata: (ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi'alaihim waladdha lin)
Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku."

Tuesday, March 10, 2009

wahai hati!

Wahai hati!
Kamu adalah raja dalam diri.
Baiknya kamu, baiklah seluruh diriku.
Buruknya kamu, buruklah seluruh diriku.
Namun, mengapa aku masih mengambil mudah dalam menjagamu?

Wahai hati!
Apa khabar mu?
Maafkan aku jika aku terlalu sibuk sehingga aku hanya menegurmu di hujung-hujung waktu.
Maafkan aku jika aku kerap terlupa untuk menyediakan makanan berkhasiat untukmu.
Maafkan aku andai aku selalu saja melengah-lengah dalam mengubatimu.

Wahai hati!
Andai kamu merasa puas dengan amal.
Andai kamu merasa gembira dengan hasil.
Awas.
Apakah kamu benar-benar telah mencapai IKHLAS?

Wahai hati!
Sang syaitan suka benar menyelinap dan berbisik-bisik padamu.
Andai kamu membenarkannya, binasalah seluruh jiwa.
Tetap teguhlah, wahai hati!
Jangan biar satu saat pun terleka
kerana syaitan itu menjadi raja di hati orang-orang yang alpa.

Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetap teguhkan hati ini di jalan Mu.
Satukan hati ini dengan orang-orang yang berusaha mencari RedhaMu.
Penuhkanlah piala hati ini dengan hidayah iman dan kasih-sayangMu.
Jadikanlah cintaku pada Mu sebagai puncak tertinggi dan Raja di dalam hatiku.

Thursday, March 5, 2009

ikhlas?

"Susah rupanya nak capai ikhlas ni, kan?", kata seorang sahabat.
"Betul, betul, betul!!" , saya mengangguk. Terpana sebentar.

Ah, rugi-rugi-rugi!!!
Kalau selama ini merasakan diri sudah beramal, mungkin kita perlu melihat kembali..

Apakah amal kita selama ini benar-benar tulus suci keranaNya?
Apakah amal kita selama ini tidak ada walau sebutir debu ujub yang menghinggap?
Apakah kita benar-benar perhatikan niat di sepanjang pelaksanaan amal tersebut?
Apakah kita benar-benar menjaga amal tersebut dari perasaan dan perasan-perasan yang tidak elok?

Mungkin saja di awal pelaksanaan amal itu kita berniat tulus untuk mencari redhaNya. Tapi syaitan juga sangat rajin untuk merosakkan amal kita dengan menyucuk racun-racun perasaan dan perasan-perasan yang tidak elok. Maka perlunya untuk 'recheck' dan 'refresh' niat di sela-sela ingatan.

Juga perlunya kita saling ingat-mengingatkan untuk sentiasa memperhatikan niat dan membersihkan hati dari perasaan dan perasan-perasan yang tidak elok.

Merasakan hasil yang diperoleh adalah atas usaha kita juga mampu merosakkan amal dan mengakibatkan rosaknya ikhlas. Bukankah segala natijah adalah ketetapan dan di bawah kekuasaan Allah?

Terlalu yakin dengan kebolehan diri juga mampu merosakkan ikhlas dek terlupa segalanya tidak mungkin berlaku tanpa iradah Allah juga. Maka, tunduklah ke bumi. Ingatkan diri yang kita ini lemah dan tidak mungkin punya apa-apa tanpa kuasa dari yang Maha Kuasa.

amal tanpa ikhlas, rugi!!!
rosaknya amal akibat rosaknya keikhlasan diri.

Oh, hati..
kembalilah ke fitrahmu yang suci.


mode: sedang mencuba dalam ikhlas.

kucing menjadi singa

hari ini saya bertukar menjadi singa.
pelajar buat perangai. saya ganti kelas 4X dan ada pelajar lelaki sesuka hati berjalan-jalan keluar masuk kelas. Saya panggil tapi mereka toleh dan senyum sinis saja. Bila mereka kembali ke kelas saya cuba tahan mereka. Tindakan refleks, saya angkat kaki dan tahan mereka di pintu dengan kaki saya (tapi saya tak sepak pun!). Mereka betul-betul terkejut dan ingat saya dah nak tendang.

Lepas tu saya jerit, "Masuk kelas sekaraaaaang!!"
sabar-sabar...
tapi saya tak lah marah sangat pun, cuma berlakon macam garang je.
(gelak-gelak dalam hati. hihihi)

Tapi, pening kepala sebab kena jerit kuat-kuat. ohh~

Sunday, March 1, 2009

iman

"Mari kita duduk dan beriman sejenak"
- Muaz bin Jabal


Saya teringat semasa kakak mula-mula menceritakan kisah ini. Kisah sahabat-sahabat di zaman selepas kewafatan Rasulullah. Masing-masing sibuk untuk cuba mengingatkan satu sama lain untuk sentiasa memelihara iman dalam setiap urusan kehidupan. Ah, para sahabat tentunya orang-orang yang hebat dan tinggi imannya berbanding dengan kita. Jika mereka berusaha sedaya upaya untuk saling mengingatkan untuk memelihara iman, kenapa kita tidak pula?

Kita yang berada di zaman yang semakin melupakan Tuhan dan penuh dengan tarikan-tarikan Taghut sepatutnya berusaha dengan lebih giat lagi untuk saling mengingatkan untuk memelihara iman. Hati itu ibarat gelas, jika tidak diisi dengan air ia akan terisi dengan udara. Jika hati tidak diisi dengan iman, ia akan diisi dengan kebatilan.

Kadang-kadang kita memandang remeh soal iman. Atau mungkin mempunyai keyakinan tahap tinggi bahawa diri kita dapat memelihara iman sehinggakan merasa tidak perlu untuk melakukan sesuatu yang dapat menambahkan iman.
Ingatlah, Allah yang memegang hati kita. Bagaimana mungkin kita mampu berbicara seolah-olah kita terlalu pasti dengan iman kita? Bagaimana mungkin kita terlalu pasti seolah-olah kita tahu yang Syurga itu untuk kita?

Dunia kini telah membingungkan kita. Masyarakat memandang ilmu, pangkat dan harta sebagai segala-galanya. Siapa yang tinggi ilmunya, berpangkat tinggi dan kaya raya itulah yang menjadi sebut-sebutan dan kelihatan hebat di mata mereka. Namun, pastinya bukan itu semua yang akan kita bawa bila kita kembali padaNya tetapi sekeping iman untuk membuktikan kita benar-benar hambaNya yang bertakwa.

Bingung. Seolah-olah kita sedang dikelirukan dengan memberikan jawapan yang salah dalam ujian kehidupan ini. Tuhan meminta kita untuk membawa hasil iman kita tetapi kita hidup berhabis-habisan untuk mengejar cita yang entah apa-apa.
"Saya mahu jadi akauntan yang berjaya!"
"Saya mahu menjadi jutawan!"
"Saya mahu jadi wanita Malaysia pertama di angkasa!"
dan kita berusaha sekeras-kerasnya untuk mengejar cita-cita. Sedangkan bukan itu yang Tuhan maksudkan dalam ujian kehidupan ini. Sayang sungguh, kita sedang menjawab soalan yang salah dalam ujian kehidupan ini.

Hm, tapi tidaklah saya bermaksud supaya kita meninggalkan terus apa yang sedang kita usahakan sekarang ini juga tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa mengejar cita-cita itu adalah entah apa-apa.

Cuma, kita perlu berhati-hati andainya apa yang kita cita-cita itu tersasar daripada matlamat utama penciptaan kita. Berusaha sehabis daya untuk mengejar cita-cita sehingga terlupa untuk berusaha sehabis daya untuk memelihara iman kita.

Pastinya, kita harus jelas..kita bercita-cita untuk apa?

Adalah lebih baik, jika kita bercita-cita besar tetapi semuanya difokuskan untuk Islam.
"Saya mahu jadi akauntan berjaya dan islami. Moga-moga orang lebih tertarik untuk mendengar saya berbicara tentang Islam dengan kejayaan saya ini."
"Saya mahu jadi jutawan seperti Abdul Rahman bin Auf. Menggunakan hartanya semata-mata untuk Islam"

oh, cita-cita ini bukan hanya bicara penyedap rasa tetapi sesuatu yang benar-benar lahir dari hati dan tentunya bermula dengan jelasnya IMAN.

Sudah jelas tentang jawapan kehidupan?
Oh, masih ada masa. Ujian belum tamat lagi, kita masih boleh membetulkan jawapan yang salah ini. Tapi, perlu dibetulkan SEGERA kerana kita pun tidak pasti bila masa tamatnya ujian ini.