Sunday, August 17, 2008

iklan

mmm...
just to tell that I'm going to be off for some time.
My mobo (motherboard) maybe spoilt.
Tu la..ganasss sangat!
Huhu..duit terbang lagi :P

Tuesday, August 12, 2008

Misterius yang serius


Entri ini akan berada di atas sehingga suatu waktu. Untuk entri selanjutnya, sila skrol ke bawah.
PROMO: MISTERIUS YANG SERIUS

Ini bukan muvi. Bukan juga tayangan drama atau seangkatannya. Tapi satu penerangan mengenai satu program yang ingin saya promosikan di sini. Itu bukan tajuk programnya, tapi tajuk promosinya (dan pastinya saya dengan sesuka hati saya memberi nama promosi ini. Adake orang beri nama untuk promosi? Em..suka hati lah :P)

Apa yang best?
1) Misterius
Memang sengaja saya buat ia nampak misterius tanpa nama dan tentatif. Bukan bajet bagus. Tapi daripada pengalaman ia lebih terkesan sebegini. Anda perlu cuba untuk rasai sendiri.
2) Aktiviti
Program paling santai dan paling lepak saya boleh katakan. Di sepanjang program, para peserta merupakan fokus utama. Jika ngantuk, boleh tidur. Jika lapar, ada makanan. Jika bosan, boleh main. Semuanya berdasarkan keadaan peserta. Tiada tentatif yang rigid. dan yang paling penting, tiada paksaan!

Program baru-baru ini di sebuah SBP: sebelum break untuk tengah hari, presenter mengingatkan kepada para pelajar, "Petang ni siapa yang nak sambung dengar je datang. Kalau tak nak, tak payah datang." Tetapi selepas break, semua pelajar datang. Presenter masih cuba provok pelajar-pelajar, "Saya tak suruh awak semua datang. Saya nak yang mahu dengar je. Kalau tak nak, awak boleh balik". Tetapi tak ada yang mahu keluar. Semua mahu terlibat walaupun terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu mereka. Hm, kenapa ya?
3) Persoalan
Mengikut pengalaman saya, program ini banyak membuatkan saya berfikir. Mengajar saya untuk menjadi lebih kritis dan kreatif. Alhamdulillah banyak juga persoalan yang telah terjawab. Saya bukanlah seorang yang skeptikal. Tapi banyak juga benda yang selama ini saya tak pernah terfikir, tapi saya jumpa jawapannya di sini. Secara tak langsung ia membantu saya untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Serius!

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita ni ada satu skema pemikiran yang salah. Yang kita tak sedar dan tak berapa nak ambil kisah. Apakah skema-skema itu? Misterius sungguh...
Kata seorang peserta, "Thanks for un'skema'ing my mind. Somehow, I manage to think out of the box now"

4) Motivasi
Nak kata program motivasi, tak lah spesifik sangat. Tapi secara tak langsung, saya telah termotivasi lepas habis program. Program ini sangatlah mementingkan kita untuk melihat potensi dan kelebihan yang ada (ala-ala ESQ gitu!). dan kita juga tahu ke mana nak salurkan segala kelebihan yang ada tu bila kita tahu matlamatnya. Hm, best! Kalau dulu saya malas nak study sekarang jadi sangat rajin bila dah tahu matlamat kena rajin study dan bersemangat dalam apa saja yang kita buat. Hidup ini nampak lebih cerah, riang dan gembira. Em, muslim itu bukankah sepatut hidupnya tenang? Bila ditimpa susah dia bersabar dan bersyukur...kerana itu tanda Allah mahu kita ingat pada-Nya dan terus-terus rapat dengan-Nya dengan berdoa..Oh, Allah is always sooo sweeett :D

Apa lagi nak dipromosikan? Hm..anda perlu rasai sendiri untuk ketahui keadaannya.
Bagaimana?
Sisters only!
16-17 August 2008
venue: Bangsar
or
30-31 August 2008


Brothers only!
17 August 2008

Monday, August 11, 2008

Sekolah Kehidupan

Salam.
Sekarang jam 1.2o pagi. Penat, tapi tak boleh nak tidur lagi. Hari ini saya rasa sangat gembira. Jadi, saya tidak boleh tidur sehingga saya dapat ceritakan semua. Hehe..

Petang tadi saya ke LY untuk menemani seorang sahabat@sister@adik yang akan pulang ke Yu Es seminggu lagi. Walaupun baru kenal selama 2 bulan, rasa macam dah cukup lama bersama-sama. Bukan maksud saya dah lama dan rasa bosan. Tapi, rasa lama yang macam dah lama kenal. Dah pergi rumah dia, dah jumpa mak dia, dah tidur rumah dia dan makan kat rumah dia, dah rasa karipap segera yang selalu dia masak.. banyak juga yang dah dilakukan bersama. dan saya rasa sangat gembira mengenali dia. Sebab tu saya tak mahu melepaskan peluang menghabiskan masa yang ada untuk bersama dia sebelum dia terbang kembali ke negara encik bush-uuk.

Tee. Dia memang istimewa. Pertama kali dia muncul, dia tidak pernah tunjukkan keganjalan untuk bersama kami. Apa saja kami buat, dia juga buat dengan penuh semangat. Saya cukup kagum melihat semangat dia. Walaupun dia hanya berseorangan bertugas di medan Yu Es, dia tidak putus harapan. Dia seolah-olah tahu yang dia perlu bangkitkan semula semangat di Yu Es yang sudah semakin menghilang. Banyak idea-idea yang diutarakannya yang saya lihat memang cukup bernas. Pernah juga dia ke pejabat atasan, mencari senarai nama pelajar-pelajar baru untuk dibimbing. Juga sanggup menjadi jurucakap bagi pihak tersebut hanya untuk bertemu dengan pelajar-pelajar ini. Sanggup menaiki bas hampir setiap hujung minggu dari selatan ke sini, tanpa jemu. Waahhh..sangat semangat! and she's even younger than me! huhu..

Apa yang saya paling ingat mengenai dia ialah dia memang unik. Boleh bercakap dengan pantas, sangat rajin bertanya dan sangat semangat. Dia tidak segan untuk menjadi dirinya. Juga untuk bersama dengan sesiapa sahaja. Hari ini kami berpusing-pusing di sekeliling bandaraya Kei El, melalui Bukit Bintang dan berhenti di beberapa tempat. Berada di LY, saya lihat riak wajahnya yang kelihatan tidak senang hati. Saya bertanya kenapa. Dia melirik ke satu sudut. Saya melihat dan saya faham kenapa. Anak Malaysia zaman sekarang! Tee berkata, "Ingatkan kat Yu Es je orang macam ni. Tak sangka kat Mesia pun sama je". Setelah selesai urusannya kami meneruskan perjalanan. Tee berkata lagi, "Pelik lah. Apa yang pelancong western cari kat sini ye? Semua kan dan macam sama je dengan tempat diorang. Tak de langsung ciri-ciri Islam". Saya juga mengakui, rata-rata tempat yang kami pergi langsung tiada ciri Islami. Kadang-kadang saya juga pernah terasa seperti orang asing yang berada di negara yang asing. Mana taknya, semua yang ditayangkan pun merupakan gambar-gambar yang memang asing. Asing daripada agama dan adat kita. Dan keasingan yang pelik ini juga yang disambut-sambut oleh khalayak sehingga diterima oleh bermacam pihak. sehingga yang asing ini begitu sebati dalam jiwa kita dan tidak tertampak lagi keasingannya.(haha..ayat pusing-pusing).

Malam ini kami merancang untuk menyambut hari lahir seorang sister. Kami ke sana-sini untuk mencari makanan kegemaran semua. Sekali lagi kami tercampak ke tempat yang memang asing dan menjadi orang asing. Seperti ada satu pesta besar-besaran di sana. Saya tertanya-tanya, apa istimewanya hari ini sehingga sambutan sedemikian besar diadakan. Oh, rupa-rupanya tempoh hari adalah hari 'ong'. Kasihan, saya nampak mereka memuja-muja batu besar tak bernyawa itu. Mereka meraikannya dengan penuh gembira.. dan saya masih terkapai tidak tahu untuk berbuat apa. Saya mengakui..masih banyak lagi kerja kita. Dan saya tidak boleh berhenti..

Dalam perjalanan pulang, kami menerima panggilan untuk menjemput sisters dari Brunei dan Ireland di Kei El Sentral. Saya belum pernah bertemu dengan sisters Brunei yang dimaksudkan. Malam sudah hampir larut. Tidak ramai orang di stesen. Saya ternanti-nanti dan risau apa-apa terjadi kepada mereka. Maklumlah di tempat mereka tiada kenderaana awam sebegini. Takut-takut terlepas stesen pula. Perancangan awal mereka mahu menaiki komuter ke 'sana'. Tapi memikirkan bagasi-bagasi mereka dan peranan mereka ketika ini ialah sebagai tetamu, kami cuba menjemput mereka di sini, supaya mereka dapat menaiki kereta dengan lebih selesa. Biar kami yang bersesak di dalam tren komuter.

Sebaik mereka tiba saya tertanya-tanya, yang manakah sisters Brunei. Kelihatan mereka sama sahaja. Sebelum ini saya pernah bertemu dengan seorang sister Brunei yang lain, tetapi dari pemakaian dan percakapannya saja saya dapat tahu yang dia memang dari Brunei. Tetapi kali ini mereka berbeza. Mampu bertutur dengan bahasa kita dengan baik, berpakaian pun sama saja. Selepas membawa mereka ke kereta dan memindahkan semua bagasi yang ada kami bercadang untuk membawa sisters Brunei menaiki kereta ke desitansi yang ingin dituju. Pasti mereka capek selepas seminggu berkursus di sini. Tetapi seorang daripada mereka, Shasha berkeras tidak mahu menaiki kereta. Dia mahu mencuba menaiki komuter di sini. Saya dan Tee, serta Kak R dari Ireland membawa Shasha menaiki tren.

"Ciyok!" Shasha tiba-tiba berkata. Tee membalas, "Chaiyok!". Shasha, "Bukan..chiyok!". Saya bertanya, "Chiyok tu apa?". "Seronok", balas Shasha. "Tapi bukan chiyok. Siok. S-i-o-k". "Ohh.. syok! haha..sama la" saya tertawa. Walaupun terpaksa berhimpit-himpit di dalam tren, berdiri di sepanjang perjalanan. Saya rasa pada malam itu merupakan malam pertama yang penuh nikmat. Saya merasai nikmat persahabatan dalam Islam. Merasai indahnya mengenal seseorang beberapa saat, tetapi seperti sudah bertahun mengenalinya. Tidak kering gusi kami bersama Shasha. Kata Shasha, "Tee tengoklah. Saya sudah boleh cakap bahasa malaysia dengan baik. Dulu saya memang tak mahu cakap Bahasa Malaysia. Sampai dengan kamu pun saya mahu cakap Brunei juga". Memang, Shasha mampu bercakap dengan lancar. Kalau mendengar dia bercakap dalam bahasa Brunei, saya pasti terpana. "Lajunya!"

Tiba di destinasi, semua orang sedang menunggu kami. Kasihan mereka, terpaksa menahan lapar semata-mata untuk makan bersama. Semasa di perjalanan, sisters dari France turut tiba. Mereka sanggup berjalan di kegelapan malam dari stesen ke sana. Akhirnya mereka berhenti di balai polis kerana tidak pasti arahnya. Aduh, kasihan mereka! Beginilah Islam mengajar kami. Sanggup berkorban demi orang lain. Apalah ertinya pengorbanan yang secuil itu berbanding nikmat berada dalam redha Allah.

Banyak yang saya pelajari dari Sekolah Kehidupan ini. Belajar daripada mereka yang tidak perlu menggelarkan diri mereka sebagai cikgu. Sahabat-sahabat yang mengajar saya dengan semangat dan tingkah laku mereka. Bersama-sama berkongsi pengalaman sebagai panduan bersama. Kalau dahulu, ramai di antara kami bukanlah siapa-siapa. Tetapi dengan izin Allah juga, kami mampu menjadi siapa-siapa. Menjadi Super Hero dari diri yang zero. Menjadi insan-insan yang ingin berusaha membawa insan-insan lain merasa nikmatnya mengecap hidup dalam nikmat islam... dan turut menjadi Super Hero :P

(saya je yang suka-suka guna perkataan Super Hero ni. perasan je...)

p.s: Saya terpaksa menyambung entri ini pada keesokan harinya. Disebabkan terlalu penat saya Zzzz.......

Kepada Tee, Selamat terbang tinggi. Saya pasti merindui kamu nanti :D Maaf ye tak dapat hantar kamu pergi. Saya tidak ada pasport untuk ke kota singa..
Anyway, Tee boleh dilawat di sini.

++ Lab report Coliform bacteria tak siap lagi. Masih boleh tulis entri di sini? haha :P

Friday, August 8, 2008

Ngeri



Huu..ngerinya. Hari-hari saya baca akhbar (walaupun secara on-line sahaja), berita yang dipaparkan memang mengerikan. Bukan ada cerita kemalangan yang dahsyat atau pembunuhan bersiri. Tetapi pembunuhan hati-hati manusia yang semakin menjadi-jadi. Hati yang dibunuh secara sembunyi-sembunyi, diracun lantas dibiar mati keras kejung perlahan-lahan. (Oh, ganasnya bahasa! Tapi ini realiti, sedar tak sedar mungkin saja kita juga sedang diracuni).

Kadang-kadang saya malas mahu buka akhbar lagi. Tapi takut juga kalau ada berita yang lebih mengerikan, bila pembunuhan tidak menggunakan racun lagi, mungkin dengan mesin-gan yang lebih canggih biar semua hati mati serentak dan ditembak hingga tinggal serpihan-serpihan saja lagi. Saya harus waspada, penyerang-penyerang hendap ada di mana-mana. Mungkin saja mereka ada taktik-taktik baru untuk terus membunuh hati-hati manusia.

Mana taknya, bila hati mati semua orang pun akan jadi zombi. Zombi yang tidak tahu menahu arah tujunya, hanya mengikut-ikut orang lain. Tertipu dengan keseronokan dunia semata hingga akhirat luput dari jiwa. Lupakah kita pada surat cinta yang Maha Esa? Dunia ini hanya permainan dan senda gurau... It's not even real!! Bila kita buka mata satu hari nanti, kita akan merasa yang dunia ini memang sebentar cuma. Mungkin sehari, dua atau setengah hari sahaja. Mungkin saja dunia ini adalah mimpi indah di kala kita lena. Jika kita larut dalam mimpi ini, percaya yang mimpi ini adalah kehidupan yang sebenarnya.. aduhai, tertipunya kita! Akhirnya kta menjadi zombi-zombi yang berjalan dalam lena. Khayalan yang entah ke mana. Dunia ini dijadikan medan fantasi, membina angan-angan hingga melangit tinggi. Aduh! Jika dunia ini yang kita kejarkan, ia hanya sebentar. Esok, lusa.. mungkin saja kita dipanggil kembali. Dan apabila sedar, kita hanya mampu menangis sambil melihat apa yang telah dibuat oleh kedua tangan kita dan berkata "Alangkah baiknya andai dahulu aku menjadi tanah!" (78:40)

Manusia yang dulu berbangga-bangga dengan dirinya...mahu menjadi tanah? Tanah yang dahulu tidak membawa erti, pada ketika itu adalah lebih baik dari manusia yang hanya berjalan dalam lena. Terus ingin membina mimpi indah merona. Terus menjadi zombi yang berjalan dalam lena...

Mahukah kita menjadi zombi? dengan hati yang mati, kering, hitam dan busuk tanpa iman? hati yang menolak untuk diperingatkan. Hati yang merasa segala yang berada di dunia ini indah dan lazat. Hati yang percaya dengan segala kemahuannya mengatasi kemahuan dan tuntutan yang Maha Mengetahui. Hati.. yang kalah bila akur dengan bisikan-bisikan yang merosak diri.

Ya, bukan mudah menjaga hati. Menyentuh hati orang lain apatah lagi. Hati itu teramatlah fragile, pasti susah untuk menjaganya. Ingin merosaknya dengan noda-noda hitam cukup mudah, tapi untuk membersihnya semula..alangkah sukar. Apatah lagi bila hati ini kering tanpa iman. Kering dan jauh dari Tuhan. Ketika itu, syaitan mula menjolok-jolok mahu ditembusi. Bersarang dan membina koloni di dalamnya. Syaitan tidak pernah putus asa. Andai ada ruang-ruang yang bisa dilalui, pantas saja mereka menerobos. Kita saja suka bersikap menangguh-nangguh. Mahu taubat dilewat-lewatkan, mahu buat amal ditangguh-tangguhkan. Aduh...

Ada seorang teman pernah berkata, "Kita perlu contohi Syaitan". Saya tergamam. Dia menyambung, "Syaitan tidak kenal erti putus asa. Kita pun tidak boleh putus asa". Ya, kita mesti lagi bagus dari syaitan. Kita harus bersegera untuk melakukan kebaikan, sebagaimana syaitan bersegera untuk menyuntik racun-racun kejahatan. Kita mesti mencari setiap ruang dan masa untuk mengajak orang kepada kebaikan, sebagaimana syaitan sentiasa mencari ruang dan masa untuk membawa orang kepada kejahatan. Kita mesti lebih baik, harus berusaha dan bersungguh-sungguh!!

Kematian hati itu ngeri. Membiarkan hati terus mati itu lebih ngeri. Hati bila sakit harus diubati, dan siapakah yang lebih hebat daripada pakar yang mencipta hati. Kerana itu kepada Nya harus kita rujuk kembali, untuk membuang segala penyakit yang telah menodai hati.



Dengan nama Allah yang mencipta hati manusia, memegang dan membolak-balikkan hati. Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(7:179)

Thursday, August 7, 2008

diari kampus

I
Saya nampak mereka dari jauh, masih dengan gaya riang-ria kanak-kanak. Sengaja saya mencuba, mana tahu tekaan saya tepat.
"Ehem, semester satu ke?"
"Ha? A'ah.. Awak?"
"Oh, saya semester tujuh.."
(Mereka berpandang sesama sendiri)
"Bukan awaklah, kakak!", temannya membetulkan.
Saya hanya tertawa.
Mahu meneruskan perbualan tetapi kelihatan mereka ada urusan yang perlu diselesaikan.
Oh, saya masih kelihatan muda rupanya.. (perasan :P)


II
Dalam bas.
"Akak sem 7 ke? Bestnyer.. dah tahun akhir"
"Erk, best? Taklah.. kalau boleh nak jadi student lama-lama. Itu baru best!"


Semasa mula-mula di semester satu, saya begitu teringin segera ke semester akhir. Itu semua sebelum saya lihat matlamat hidup saya sekarang. Oh..saya mahu jadi pelajar yang belajar dan terus belajar.

III
Beberapa minggu lalu saya bertemu dengan teman di zaman kanak-kanak saya dahulu. Rakan senakalan saya semasa di sekolah rendah. Mereka seperti kelihatan seperti sangat gembira bertemu saya sedangkan saya biasa-biasa sahaja (oh, teruknya. Rasa bersalah pula...). Kami bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita. Seorang bakal doktor, bakal biomedik dan bakal cikgu (oh, saya lah tu ;P).

Saya: Saya rancang mahu sambung belajar.
Mereka: Oh, baguslah. Awak nak ambil masters?
Saya: Hm, mungkin. Tapi saya sangat teringin nak belajar Bahasa Arab. Belajar sampai boleh
faham macam bahasa melayu.
Mereka: Wahhh...
Saya: Erk, boleh ke ni? (dalam hati)

p.s: juga mahu share entri teman-teman saya yang sangat menarik. Tahniah untuk mereka. Klik sini dan sini.

Tuesday, August 5, 2008

Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Entah kenapa dua tiga hari ini, segala perkara yang berlaku banyak mereflek diri. Tambah-tambah lagi eksperimen fisiologi baru-baru ini juga melibatkan topik refleks. Mungkin telah tiba masa untuk saya kembali mereflek diri dan melihat segala sudut untuk dipertingkatkan =)

Tempoh hari


Kak A: Awak ni bagus betul. Sains pun pandai, melukis pandai, seni pandai, teknikal (guna komputer) pun pandai. Semua pun pandai.
Saya : Err..tak lah. Saya tak pandai teknikal-teknikal ni. Suka guna komputer je..


Hari ini

Selepas kelas
Cik B :
Tadi dalam kelas ada orang cakap awak hebat!

Saya : Erk.. kenapa?
Cik B : Ye lah. Awak belajar pandai. Pointer pun skor. Dulu dia ingat awak ni ulat buku.. dia tak sangka..
Saya : Hm, best la kalau saya dapat jadi ulat buku. hehe



Rezeki. itu sahaja yang dapat saya berikan jawapannya.
Semua orang punya rezeki yang berbeza. Mungkin rezeki saya dari sudut ini.
Rezeki@kelebihan ini semua kurniaan Allah yang dipinjamkan kepada saya. Sungguh lah tidak patut untuk saya membangga diri apatah lagi merasa obses terhadap kelebihan yang ada sehingga seperti ingin menunjuk-nunjuk di tengah khalayak.
Ya Allah, minta dijauhkan saya dari sifat ujub dan riya' yang bisa membinasakan diri ini.

Dari satu sudut, ini mungkin sahaja menjadi satu ujian untuk saya. Ujian yang berselindung disebalik kesenangan dan kelebihan yang ada. Ujian yang mungkin dinilai berdasarkan sejauh mana saya memanfaatkan segala kelebihan yang telah dipinjamkan kepada saya.

Kadang-kadang saya begitu mengharapkan diberi kelebihan-kelebihan dari sudut lain. Saya ingin menjadi pemandu yang cekap, saya mahu menjadi seorang yang bijak merancang dan mengurus, saya mahu pandai memasak makanan yang sedap-sedap dan banyak lagi. Tapi kadang-kadang dengan terlalu mengharap seperti ini, saya seolah-olah lupa akan kelebihan sedia ada yang telah dipinjamkan kepada saya. Apakah tidak cukup lagi??

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu d
ustakan?"
(55: 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77)

Jika melihat dari sudut orang yang memandang saya sebagai seorang yang hebat (?), saya sepatutnya merasa sangat-sangat bersyukur atas pinjaman yang diberikan ini. Memang sangat banyak. Mungkin lebih banyak lagi daripada apa yang dilihat oleh orang lain. Tidak perlu menyenaraikan di sini, cukuplah Allah yang lebih mengetahui. Tetapi, perlu dikira juga tanggungjawab yang lebih besar telah diletakkan di atas pundak ini dengan segala kelebihan yang telah dipinjamkan itu. dan apabila saya telah menyedarinya, ia menjadi lebih BESAR dan BERAT..

Tapi ia tidak bererti saya harus berhenti daripada cuba menggilap segala kebolehan yang ada. Kebolehan/kelebihan/potensi ini haru dicari dan digilap, diasah dan dimanfaatkan selagi mana saya mampu untuk gunakan. Mungkin ada banyak lagi pinjaman-pinjaman Allah kepada saya yang masih terpendam dan terendam, menunggu masa dan usaha saya membawanya keluar untuk digilap sehingga bersinar. Mungkin sahaja pinjaman kebolehan yang ada nanti merupakan salah satu kebolehan yang saya sering kali harapkan. Hanya Allah yang mengetahui dan saya hanya mampu berusaha ^_^

Meminjam kata-kata teman saya, "Mencari logam dalam diri..."
dan saya ingin menyambungnya di sini:
Mencari logam dalam diri,
supaya dapat
menyinari,
menjadi penyuluh jalan sepi,
menjadi cahaya hidup insan
i
.




Ya Allah, semoga kelebihan yang ada ini dapat menjadi manfaat dan berjaya saya buat semua..



"Maha suci nama Tuhan mu, pemilik keagungan dan kemuliaan"
(55:78)

p.s: gambar adalah hiasan semata ;P

Friday, August 1, 2008

~*~memoirs~*~

JENDELA

HATI




Lihatlah ke dalam makananmu, seperti itu kita bertemu...





dan bila ditanya...

harusnya LEBIH dari melalui yang ini...


Satu coretan, buat kenangan tamatnya riwayat kamera kesayangan.
Yang banyak berjasa, buatku mengukir kenanan dan detik indah..
menjadi diriku yang kini.
Terima kasih, ya Allah.
(2005-2008)